Kereta dipandu laju menuju ke Kampung Parit Dayang Melati. Terus kereta menerjah masuk ke perkarangan rumah Haji Derawi.
" Eh, kak. Katanya accident? Okay tak ni? " soal Haji Derawi. Bersamanya ada Ijam dan Emir.
Hanis tidak menjawab apa-apa. Terus melangkah naik ke atas masuk ke bilik. Beberapa minit kemudian, dia keluar dari bilik membawa beg bagasinya.
" Kak, Zakri macam mana? " soal Hajah Halimah pula. Hanis tetap tidak menjawab dan kembali masuk ke dalam kereta. Kereta Audi R8 milik Zakri dipandu laju oleh Hanis meninggalkan Kampung Parit Dayang Melati.
" Kak Long! " panggil Emir cuba mengejar namun Hanis sudah jauh meninggalkan.
" Kenapa ni? " soal Haji Derawi pelik. Terus menyuruh Ijam menelefon Rizwan. Namun tidak berjawab.
" Nak telefon paklong ke? " soal Ijam. Haji Derawi menggeleng. Tak perlu. Malik dan Hawa sudah berlaku kejam pada Hanis.
Dia tahu, sesuatu telah berlaku yang membuatkan Hanis pergi. Hanis bukannya balik mengambil baju untuk menetap menjaga Zakri tetapi balik mengambil bajunya sendiri untuk pergi.
" Kenapa kak Hanis yang selalu dipersalahkan? " soal Emir. Kesal dengan apa yang berlaku. Kalau diikutkan, Hanis tak pernah buat hal. Tahap kesabaran kak Hanis sangat tinggi.
" Kalau apa-apa jadi pada Hanis, memang aku takkan maafkan dua orang tu "
Haji Derawi menapak masuk ke dalam rumah. Emir dan Ijam gerun melihat wajah garang tok ayah mereka.
----------------" Hanis mana?! "
Terkejut semua yang berada di dalam wad itu dengan jerkahan oleh Zakri. Sabar Zakri sudah melebihi hadnya. Sedari tadi ditanya, mana isterinya namun tiada siapa menjawab.
" Kenapa tak jawab?! " marah Zakri lagi. Namun semua masih senyap.
Zakri tersenyum sinis. Terus mencabut IV dripnya sebelum menurunkan kaki dari katil.
" Along, nak pergi mana? " soal Syuhada menahan Zakri.
" Along dah boleh balik kan? Along nak balik dekat isteri along "
" Along, Hanis tak datang sebab dia dah tak kesahkan along. Dia dah tinggalkan along "
Terpempan Zakri dibuatnya. Air liur diteguk pahit. Nafasnya berombak kuat.
" Along, buat apa nak kejar lagi orang macam tu? Dia tak ada dengan along masa along susah. Masa sekarang ni. Kalau dia betul-betul sayangkan along, dia akan berada di sini temankan along "
" Hanis akan teman along melainkan ada orang yang tak beri dia teman along "
Jelingan maut Zakri diberikan kepada Syuhada.
" Along kenal Hanis macam mana. I know my wife very well "
Zakri memakai seliparnya sebelum menapak untuk keluar dari wad tersebut. Baru sahaja dia mahu menolak pintu, pintu telah dikuak buka terlebih dahulu dari luar. Dan berdirilah Hanis di muka pintu tersebut.
Zakri terkejut namun bersyukur apabila melihat keadaan isterinya sihat walaafiat dan selamat.
" Jom, balik " kata Hanis lalu menarik tangan Zakri. Zakri mengangkat keningnya dan kemudian bersetuju.
Tangan Hanis menggamit tangan Zakri untuk bersama-sama keluar. Tetapi mulut pedas Syuhada menahannya.
" Hei perempuan tak sedar diri! Aku dah cakap tadi kan? Kau boleh berambus dari hidup anak aku tak? Berambus sekarang! "
YOU ARE READING
WASIAT
Action" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi ha...