42

3K 120 5
                                    

" Siapa nurse yang tukar air patient Kapten Hanis? " soalan dari Leftenan Joshua itu membuatkan semua jururawat terdiam. Masing-masing tidak mahu mengaku. 

" Better admit it now before Kapten Zakri take over my command " ugut Leftenan Joshua. Zakri yang berada di sebelahnya memandang kesemua jururawat tersebut dengan wajah bengisnya. Matanya seakan-akan ada pengesan, scanning semua jururawat tersebut. 

" You " jarinya kemudian ditunjuk tepat ke arah seorang jururawat perempuan yang berdiri di hujung sekali. Jururawat tersebut sedikit terkejut. 

" Better admit. I warn you " sekali lagi Joshua memberi amaran. Baik mengaku, sebelum singa sebelah ni mengamuk. 

Perlahan jururawat yang ditunjuk tadi mengangkat tangannya perlahan. 

" Saya.. cuma ikut arahan.. " akui jururawat tersebut. Zakri membenarkan jururawat lain bersurai. Dia cuma mahu berurusan dengan jururawat tersebut. 

" Arahan siapa? " soal Zakri tegas. Jururawat itu mengeluarkan telefonnya lalu diberikan kepada Zakri. Menunjukkan isi kandungan mesej. 

" Malik? " terkejut Zakri membaca nama penghantar mesej tersebut. Itu bapa mentuanya. Hampir terhenti jantung Zakri membaca kesemua isi kandungan mesej itu. Seperti tak percaya, kenapa bapa mentuanya boleh mengarahkan untuk membunuh anak sendiri?

Apa yang akan berlaku kepada Hanis?


-----------------


" Dear " Zakri menyuakan air coway kepada Hanis. Hanis meneguk perlahan air tersebut. 

" Start esok saya mungkin balik lambat. Kalau awak nak tidur dulu, tidur je. Tak payah tunggu saya " kata Zakri kepada Hanis. Hanis terkejut memandang Zakri. 

" Awak ada operasi lagi ke? " soal Hanis. 

" Bukan, latihan saya dah start " beritahu Zakri. Kemudian dia mengeluh perlahan. Tergelak Hanis dibuatnya. Latihan komando lah tu. 

" Training double yang " keluh Zakri lagi. Latihan komando ditambah pula kursus naik pangkat. Adoii penat tubuh macam gini. 

" Goodluck " ucap Hanis perlahan. Zakri melepaskan nafas berat. Dia perasan, sejak kejadian yang berlaku, Hanis sudah berubah. Lebih pendiam dan jarang ketawa seperti dulu. Entah apa yang berlaku padanya, Zakri cuba juga korek namun Hanis seorang yang pemendam. 

Walaupun layanan Hanis padanya masih mesra dan memenuhi segala keperluan dan kehendaknya, tetapi dia tetap rasa lain. Apa yang disorokkan isterinya? 

" Kenapa tolak, Wan? " soal Zakri kepada Rizwan yang sedang menonton televisyen itu. Hayfa pula berada di dapur, membuat konten masakan. Untuk Hayfa, Rizwan yang keluar duit belanja gas, bahan memasak semua. Walaupun ada yang Hayfa ambil sedikit dari dapurnya, Zakri dan Hanis tidak kisah pun. Guna sahaja lah. Nanti mereka juga yang makan. 

" Biarlah. Benda dah jadi " jawab Rizwan malas. Zakri menggeleng kepala. 

Kedengaran pula suara orang memberi salam. Zakri bangun dan membuka pintu.

" Eh Fayyad " terukir lebar senyuman Zakri melihat Fayyad, adik Fattah yang duduk di atas kerusi roda ditolak oleh Fattah. Hanis berlari naik ke atas mencari tudung sebelum turun semula. 

" Wah lama honeymoon? " usik Zakri. Fattah mengangkat keningnya beberapa kali. Ariana masuk dan memeluk Hanis. Fattah dan Ariana baru sahaja pulang dari bercuti di Langkawi. Memberikan buah tangan kepada Hanis dan Hayfa. 

" Eee baby bump dia comel la " Ariana mengusap perlahan perut Hanis. Hanis tersenyum. Hayfa pula menjemput Fattah dan Ariana makan makanan yang dimasaknya tadi untuk konten media sosialnya tadi. 

WASIATWhere stories live. Discover now