" Hayfa, kenapa ni? " soal Hanis apabila melihat Hayfa sedari tadi tidak senang duduk.
" Ah takde pape. Ni, Fa nak buatkan sarapan. Panggillah abang Zakri makan " jawab Hayfa. Hanis melihat Hayfa pelik, duk mengelap kawasan dapur. Nak licin macam mana lagi tak tahu lah.
" Rizwan mana? " soal Hanis lalu mengambil pinggan dan mencedokkan nasi goreng yang telah siap dimasak oleh Hayfa. Hayfa cuma tersengih-sengih kelat.
" Akak tak kerja ke harini? " Hayfa menukar topik. Hanis masih berkerut lagi.
" Akak masuk lambat sikit. Ni kenapa macam cacing panas ni? " balas Hanis. Zakri pula sedang melangkah turun dengan beruniform penuh. Mengambil tempat duduk di meja makan lalu memberikan senyuman kepada isterinya.
Hanis membalas senyuman kepada Zakri.
" Ni, Rizwan mana? " soal Zakri. Hanis mengangkat bahunya lalu memandang Hayfa. Hayfa pula seperti mengelamun.
" Hayfa, Rizwan mana? " soal Hanis sedikit kuat. Hayfa terkejut.
" De..dekat atas " tergagap-gagap Hayfa menjawab.
" Pergilah panggil " arah Hanis. Hayfa tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang berlitup tudung sarung itu. Hayfa kemudiannya berjalan perlahan-lahan mendaki tangga untuk memanggil Rizwan.
Sebaik sahaja Hayfa mendaki tangga, Zakri tergelak kecil. Menggeleng kepala.
" Awak dah kenapa? " soal Hanis pula pelik dengan perangai si suami pula.
" Macam awak la dulu "
Hanis menjegilkan matanya tajam kepada Zakri. Zakri mengangkat tangan. Diletakkan beret di atas meja. Melihatkan air yang tersedia di dalam teko.
" Yang, nak kopi O " pinta Zakri apabila melihat air teh yang berada di dalam teko tersebut. Hanis menggeleng kepala. Tak sudah-sudah dengan kopi O. Tapi kaki melangkah juga membuatkan air tersebut.
Selepas itu baru dia duduk dan menunggu pasangan pengantin baru seminggu itu turun.
Hayfa perlahan-lahan menolak pintu masuk ke bilik mereka. Rizwan masih lena di atas katil dengan tidak berbaju. Hayfa perlahan-lahan melangkah ke katil.
" Abang " panggil Hayfa. Tiada jawapan dari Rizwan. Masih lena barangkali.
" Abang " Hayfa menggegarkan sedikit badan Rizwan. Lelaki itu mengeliat sedikit lalu berpusingkan badan lalu diletakkan tangan ke atas riba Hayfa. Hayfa terkejut. Menggigit sedikit bibirnya.
" Abang, bangunlah "
Rizwan mengeliat lagi.
" Abang, kak Hanis dengan abang Zakri dah tunggu kita tu. Cepatlah bangun " kejut Hayfa menggegarkan lagi badan sasa suami.
" 5 minit " jawab Rizwan dengan suara serak-serak basah.
" Takde 5 minit, 5 minit. Cepatlah, bangun. Nanti lambat abang Zakri nak pergi kerja "
" Biarlah diorang berdua. Pandai-pandailah diorang makan. Abang tak habis lagi dengan awak ni "
Terus Rizwan menarik Hayfa masuk dalam pelukannya.
" Abang!! "
Serentak Hanis dan Zakri memandang ke atas.
" Erm kalau dah macam tu, kita makan dulu lah. Saya lambat nanti nak pergi kerja " jawab Zakri. Hanis mengangguk. Mereka berdua makan terlebih dahulu tanpa menunggu pasangan itu. Selesai makan, Hanis menghantar Zakri ke pintu utama.
" Lupa lah tu " Zakri memandang Hanis pelik. Apa yang dia lupa ya?
" Ni " Hanis menunjukkan beret hijau kepada lelaki itu sebelum lelaki itu tersenyum sengih. Zakri menundukkan sikit kepalanya menyuruh Hanis menyarungkan beret itu di kepalanya.
YOU ARE READING
WASIAT
Action" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi ha...