36

108 5 0
                                    

BALAI POLIS, 2:30 AM.

Muiz dan Linda berjalan keluar dari bilik soal siasat.

Wajah mereka yang tadinya serius perlahan-lahan bertukar dengan senyuman nipis. Sepertinya Tuan Hassan berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

"So apa plan Tuan lepas ni?"

Langkah Muiz terhenti mendengar soalan Linda. Soalannya seolah semuanya sudah berakhir.

"Plan aku, kita akan serbu gudang yang kita pergi tadi"

Membulat besar mata Linda mendengar kata-kata Muiz.

"Maksud Tuan, Tuan nak serbu gudang tu pula lepas ni?"

"Ye, memang itu yang aku cakap kan?"

Makin bertambah kerut di dahi Linda.

"Hari ni berapa hari bulan?"

Linda melihat jam ditangannya.

"16 Tuan"

Mereka melangkah seiring menuju ke pintu utama balai.

"26 hari bulan kita serbu gudang tu. Aku akan minta izin dari Tuan Hassan lepas dah tahu berapa ramai penyangak dalam tu". Muiz bersuara dengan penuh semangat. Entah apa yang membuatkan dia yakin dengan plan dia.

"Tapi Tuan macam mana kita nak tahu berapa jumlah penyangak dekat situ dalam masa 10 hari ni Tuan?!. Senjata apa yang mereka pakai, jenis perangkap dan lain-lain!"

Linda keras bersuara setelah berada di luar balai.

"Terlalu besar risiko yang akan kita hadapi Tuan. Kalau kita gagal menyelinap masuk macam mana?". Sekali lagi Linda berkeras. Entah kenapa dia tak dapat menerima rancangan Muiz.

"Kita perlukan masa yang lama untuk kenal pasti-

"Linda Melinda"

Kata-kata Linda dipotong oleh Muiz. Tambahan Muiz menyebut nama penuhnya membuatkan dirinya terdiam seribu bahasa.

Muiz merenung tepat anak mata Linda.

"Apa guna aku tahan dua beradik tu kalau mereka tak boleh buat apa yang aku nak?". Muiz bersuara tenang tetapi sinis.

Muiz mengalih pandangannya pada Dhia yang berdiri sambil memeluk tubuh pada kereta Hondanya.

Dhia memerhati mereka berdua dari jauh.

"Apa maksud Tuan?"

Muiz kembali melihat wajah Linda yang masih belum faham dengan maksud yang ingin dia sampaikan.

"Aku akan suruh Iman masuk gudang tu dan bagi semua maklumat yang dia ada. Kau faham maksud aku?"

Wajah terkejut Linda masih lagi menghiasi wajahnya. Dia seakan tak percaya dengan semua perkataan yang keluar dari mulut atasannya iaitu Muiz.

"Tapi Tuan, Tuan tak rasa ke kita macam pergunakan mereka demi kepentingan kita?"

"Habis tu? Kau ada plan ke nak masuk gudang tu macam mana? Kau tahu kan kenapa aku pilih 26 hari bulan ni?"

Linda tertunduk lalu mengangguk perlahan.

"Come on Linda. Ini bukan kepentingan kita je. Tapi kepentingan dua beradik tu juga. Perlahan-lahan kita bawa Iman keluar dari kerja kotor dia tu". Muiz cuba menyakin Linda.

"Selagi kita ada jalan, kita terus maju. Demi negara juga. Kalau kita tangguh, makin berleluasa lah mereka"

Perlahan-lahan Linda mula akur dengan Muiz. Ada betulnya juga. Muiz juga sudah berjanji pada Iman dan Dhia. Jika mereka bekerjasama, Muiz akan membebaskan Iman dan Dhia.

ASSASSIN GIRL✅Where stories live. Discover now