Kakashi membaringkan Iruka ditempatkan tidur bersama anaknya. Chunin itu terus meringkuk di sisi Hikari. Jonin tanpa kata melangkah ke dapur untuk menyediakan susu buat Hikari. Lalu kembali kepada Iruka dan anaknya.
"Ini-" botol itu diserahkan kepada Iruka yang sangat keletihan. Lalu diberikan kepada Hikari. Anak itu sepertinya sangat lapar. Kakashi bertenggek disisinya. Mengelus lembut rambut Iruka untuk merapikannya. Sambil itu, mengeringkan sisa-sisa air mata yang tinggal.
"Tidurlah, saya perlu uruskan sesuatu dan saya akan kembali kemudian" Kakashi berbisik lembut seraya menyapu lembut bibirnya di pelipis Iruka. Perkara itu telah menjadi kebiasaan jika bersama dan Iruka tidak akan menipu bahawa dia menikmati sikap mesra dan penyayang Kakashi terhadapnya.
Kakashi muncul semula dihadapan mereka yang masih lagi berdebat tentang Iruka. Dia muncul seperti taufan yang membadai. Tatapan tajam merenung mereka yang menyakiti Irukanya.
"Sasuke, Naruto kembali kepada Iruka sekarang!" Arah Kakashi tegas, dua remaja itu menurut tanpa bantahan. Tidak hanya mereka berdua Sakura juga mengikuti ahli pasukannya pergi.
Kakashi berjalan perlahan-lahan dan mengelilingi dua ahli majlis itu dan Hanare. Mereka berdebar dengan renungan ancaman Kakashi. Pemilik sharingan itu umpama haiwan buas yang bakal menyerang.
"Saya tak pernah melihat Iruka menangis terluka seperti itu sebelum ini." dia bersuara datar di belakang Hanare. Walaupun lelaki itu kelihatan acuh tak acuh. Mereka dapat rasakan tekanan dari suara Kakashi. Wanita itu menelan liur. Dia tidak pernah melihat Kakashi seperti itu
"Saya tidak akan maafkan sesiapa sahaja yang buat Iruka merendahkan dirinya sehingga mahu bersujud. Dia terlalu mulia untuk bersujud dikaki kotor itu"
Tsunade terdiam begitu juga yang lain. Kakashi telah jatuh pada naluri liarnya. Dia seperti seekor serigala yang sedang memerhatikan mangsanya sebelum menyerang mereka. Langkahnya perlahan tetapi mematikan. Kemudian dia berdiri dihadapan ahli majlis, sambil membelakangi Tsunade.
"Kakashi!" Gai menegur tegas apabila dia dapat merasakan niat membunuh Kakashi tidak terkawal.
"Maa! Gai jangan risau" Kakashi bersuara malas seperti biasa. Badannya yang sedikit membongkok segera diluruskan. "Dengar!" Kakashi menengking "Jangan pernah muncul dihadapan Iruka lagi" Matanya tajam menatap Hanare.
Kakashi merapatkan jurang antara dirinya dan Hanare"Jika saya melihat atau mendengar awak mendekatinya atau muncul dihadapannya saya akan pastikan awak tidak akan melihat matahari keesokan harinya" Dia berbisik ditelinga Hanare. Wanita itu merinding dengan ugutan itu.
Kakashi menoleh melihat Homura dan Koharu "Ahli majlis yang dihormati, hentikan bermain jodoh. Saya bukan ayah saya yang akan terima saja untuk dijodohkan. Pasangan saya adalah pilihan saya. Kamu mahu saya memiliki pewaris, bukan? Hikari adalah pewaris saya! Darah daging saya! Adakah itu sudah cukup? Jadi hentikan segala omong kosong ini! Berhenti mencampuri urusan hidup saya!" Kakashi menengking.
Dia masih tidak puas sebenarnya. Melihat Iruka menangis kerana anaknya dirampas membuatkan dia mahu membunuh semua mereka.
"Berikan saya surat perjanjian bodoh itu" Kakashi tidak meminta melainkan itu adalah arahan.
"Surat itu tidak berada bersama kami. Jika perlu kita perlu kembali ke menara hokage" Homura bersuara takut.
"Jika begitu berkumpul di pejabat saya bersama surat bodoh itu! Genma, Izumo, Kotetsu," Tsunade memanggil tiga shinobi itu. "Awak bertiga juga ikut saya." Kemudian masing-masing bersurai.
KAMU SEDANG MEMBACA
Hatamino (Mpreg)
Fanfiction📝Sesuatu telah berlaku ketika misi penyamaran yang membawa satu-satunya perkara yang tidak pernah dia fikirkan. 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ⚠️Warning mengandungi unsur-unsur Mpreg bl boylove bxb ooc dan s...