TUAN ANIQ 10

1.3K 77 2
                                    

Aeyra menongkat dahi sambil tangannya lincah menulis di atas kertas putih. Seketika kemudian dia berhenti menulis. Kedua tangannya bergerak pula ke papan kekunci. Jemarinya bernari nari di situ sebentar sebelum dia kembali memegang pen.

Gadis tersebut kelihatan sibuk. Kerja Sabrina yang cuba disiapkan semalam terbantut jadi terpaksalah dia menyambung pada hari ini.

Teruk dia dimarah Sabrina pagi tadi. Katanya dia tidak cekap dan bertanggungjawab atas tugasan yang diberi. Dia berkerja sambil lewa sedangkan baru beberapa hari saja dia mula berkerja.

Untuk itu, Sabrina menambah lagi tugasan yang diberi. Kerja yang hampir selesai kini bertambah banyak jadinya.

Aniq pula tidak masuk ke pejabat hari ini. Aeyra berasa lega untuk hari ini kerana dia tidak perlu bersemuka dengan lelaki itu namun hatinya tetap resah untuk menempuhi hari-ii yang mendatang.

Semalam, dia terselamat dek kerana telefon Aniq yang tiba-ii berbunyi menandakan panggilan masuk. Sebaik sahaja Aniq sibuk bercakap dengan si pemanggil, Aeyra terus mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri.

Sesekali dia menutup mulutnya yang menguap. Matanya kelihatan merah dan berair tanda mengantuk. Semalam dia tidak dapat tidur. Mungkin kerana terkejut dengan apa yang terjadi.

"Aeyra ok ke?" soal Sarah prihatin apabila melihat keadaan gadis itu yang kelihatan sugul.

"Ok kak." Aeyra tersenyum nipis.

Sarah kemudiannya hanya mengiakan kata-ii Aeyra. Dia menyambung kerjanya tanpa menganggu Aeyra.

Tepat pukul 5 petang, masing-ii mula berkemas. Aeyra hanya memandang rakan-ii sepejabatnya yang mula beransur pulang.

Kerjanya masih menimbun. Atau lebih tepat lagi, kerja Sabrina.

"Siapkan hari ni jugak! Esok pagi I nak!" Sabrina memberi amaran sebelum melangkah pulang. Aeyra hanya akur. Dia melakukan regangan kecil sebelum menyambung tugasnya semula.

Aeyra berfikiran bahawa dia selamat jika pulang lewat hari ini kerana Aniq tidak masuk ke pejabat namun dia silap!

Aeyra memandang jam kecil di atas mejanya. Hampir pukul 9. Dia merenung kertas kerja yang masih berbaki suku. Sudahlah dia tidak cukup tidur, pulang lewat pula hari ini.

Dengan tidak semena-mena, Aeyra tertidur di meja kerjanya tanpa sedar jam hampir menunjukkan angka 11 malam.

Aniq merenung tajam susuk tubuh Aeyra yang tertidur. Dia menapak perlahan merapati gadis tersebut.

Fikirnya Aeyra akan serik untuk berkerja hingga lewat malam setelah kejadian semalam namun tidak rupanya.

Dia merenung skrin komputer yang masih terang. Aniq merengus kasar. Gadis itu masih degil menyiapkan tugasan orang lain.

Aniq mencapai tetikus komputer tersebut. Dia memadam kesemua fail yang berjaya disiapkan Aeyra. Kertas-ii kerja yang sudah dicetak dan dikepil rapi dicapai.

Dia paling tidak suka orang yang tidak bertanggungjawab atas tugasan yang diberi.

Aniq menyimpan kertas kerja tersebut di pejabatnya sebelum kembali mendapatkan Aeyra. Gadis tersebut kelihatan nyenyak. Tersangat letih barangkali.

Rambut halus Aeyra yang menutupi wajah disisip ke telinga. Wajah putih bersih tersebut direnung. Cantik.

Dalam diam Aniq tersenyum nipis.

"Aeyra.." Aniq menggoyang lembut bahu Aeyra namun gadis itu tidak memberi apa-ii reaksi.

"Aeyra, bangun.." Aniq mencuba untuk kali kedua namun gagal.

Aniq merengus geram. Tubuh Aeyra kemudiannya dicempung ke pelukannya. Dia mendukung Aeyra masuk ke bilik pejabatnya.

Aeyra dibaringkan di atas sofa yang tersedia ada di ruangan bilik pejabatnya. Gadis itu sangat lena di dalam tidurnya sehingga tidak sedar tubuhnya diangkat.

Kasut tumit tinggi yang dipakai Aeyra ditanggalkan dan dicampak ke bawah.

Dia kemudiannya membiarkan Aeyra tidur dengan nyenyak di situ.

Aniq terus duduk di meja kerjanya. Tugasan yang terbantut akibat ketidakhadirannya pada hari ini harus diselesaikan memandangkan besok dia akan menghadiri mesyuarat besar bersama syarikat antarabangsa.

Satu fail hitam disisinya dicapai lalu disemak semula.



🌹



Aeyra merengek perlahan sebelum membuka matanya perlahan-lahan. Dia menarik nafas pendek sebelum akalnya mengingatkan dirinya semula di mana dia telah tertidur.

Dia lantas bangun dari pembaringannya. Kelihatan Aniq masih lagi tekun menyiapkan kerjanya. Aeyra menoleh ke arah jam di dinding. 12 tengah malam!

Dia terus panik.

Neuron otaknya terus berhubung memikirkan bermacam hal. Pertama, mengapa dia boleh tertidur di bilik pejabat Aniq. Kedua, bagaimana dengan kerjanya yang masih belum siap. Ketiga, bagaimana jika Arif risau dan mencarinya. Keempat, mengapa Aniq ada di sini pada waktu begini?

Aeyra terus mencari kasutnya namun dek kerana dia baru terjaga dari tidur, dia masih mamai.

Aniq yang menyedari Aeyra telah pun terjaga dari tidurnya hanya memerhati tindak tanduk gadis tersebut.

Aeyra kemudiannya menjumpai kasutnya yang bertaburan di sisi sofa tersebut. Lekas-ii dia menyarung kasut tersebut sebelum beredar dengan kalut-ii. Dia langsung tidak menghiraukan Aniq. Dia hanya fikirkan Arif disaat ini.

Aeyra terus menerpa ke meja kerjanya. Iphone XR miliknya dicapai. Membulat matanya melihat puluhan missed call daripada Arif. Tak lama selepas itu, Iphonenya bergetar menandakan panggilan masuk.

"Hello, abang!"

"Dei tambi! Mana kau pergi? Kau tak reti balik rumah eh?" Kedengaran suara Arif membebel di hujung talian.

"Sorrylah! Eya tertidur dekat office." Aeyra memberi alasan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ah balik cepat! Kau ingat tu hotel ke nak tidur-ii?" marah Arif lagi.

Aeyra merengus kasar.

"Yelah! Nak balik lah ni!" Aeyra kemudiannya mematikan panggilan.

Dia kemudiannya mencapai handbagnya dan terus melangkah laju meninggalkan pejabat tersebut. Dia terus menuju ke arah lift.

Sebaik sahaja dia meloloskan diri ke dalam lift, Aeyra tergamam melihat pantulan dirinya pada dinding lift yang berkilat.

Dia kemudiannya menunduk memandang butang blousenya yang sudah terbuka tiga yang teratas sehingga menampakkan singlet putih bertali halus yang dipakainya.

Aeyra cepat-ii membutangkannya kembali sambil fikirannya mula mentafsir.

Pasti kerja Aniq! Hanya lelaki itu yang ada bersamanya di pejabat tersebut.

Aeyra mendecit geram. Tuan Aniq yang dipandang sebagai lelaki bengis itu rupanya seorang miang!

Dia geram dengan sikap Aniq yang memperlakukan dirinya seperti tiada harga diri. Tubuhnya tidak ada yang pernah menyentuh selain Fiqkri.

Aeyra kecewa kerana merasakan dirinya telah dicemari oleh lelaki lain.

Fiqkri... Dia rindukan lelaki itu. Di mana agaknya dia sekarang?

Aeyra tersandar pada dinding lift. Besok dia harus menadah telinga untuk dimarahi Sabrina dan perlu bersemuka dengan Aniq yang miang.

Dia mengeluh kasar.

Kalau nak diturutkan hati, mahu saja dia berhenti namun bukan senang hendak mendapatkan pekerjaan. Tambahan lagi, dia tiada alasan untuk diberikan kepada Arif. Hendak berterus terang, dia bimbang akan menjadi hal besar pula.

Aeyra kelihatan sugul.

TO BE CONTINUE

TUAN ANIQWhere stories live. Discover now