Aniq memerhati tingkah laku Arif yang sedang berkerja di sebuah restoran chicken rice. Daripada warna uniform Arif, dia dapat meneka lelaki itu berpangkat. Mungkin manager ataupun supervisor.
Seketika kemudian dia melihat Arif disapa seorang gadis anggun bertudung. Mereka kelihatan mesra. Mungkin kekasih Arif.
Aniq merenung gadis tersebut dengan teliti agar memorinya dapat menyimpan imej gadis tersebut.
Aniq kemudiannya terus berlalu pergi. Jam menunjukkan pukul 8 malam bermakna waktu pejabat sudahpun berakhir namun dia perlu pulang semula ke Mikhael Holdings bagi menyelesaikan beberapa tugas yang tertangguh.
Dahi Aniq berkerut apabila melihat office masih lagi terang benderang. Ada yang overtime kah?
Dia menapak perlahan lalu ternampak akan Aeyra yang sedang tekun menyiapkan kerja.
Seingatnya, dia tiada beri apa-ii kerja untuk gadis itu tetapi mengapa kerjanya menjadi banyak sehingga dia tidak pulang-ii walaupun jam sudah menginjak ke angka 9?
Aniq berdiri di belakang Aeyra sambil berpeluk tubuh. Gadis itu amat kusyuk sekali sehingga tidak menyedari kehadiran Aniq.
Aniq merenung skrin komputer membaca bait-ii perkataan yang tertera. Eh?
Aeyra sedang menulis laporan berkenaan kewangan syarikat mereka. Itu bukan kerja Aeyra. Aeyra hanyalah pembantu peribadi. Seingatnya, dia memberi tugas tersebut kepada Sabrina.
Jari jemari Aeyra yang sedang lincah menaip di papan kekunci tiba-ii terhenti apabila dia terhidu sesuatu. Dia menyedut dalam-ii bau wangian tersebut.
Macam pernah bau tapi di mana ya?
Aeyra mengamati lagi sekali bau wangian tersebut tanpa menyedari tingkahnya diperhati Aniq.
"Macam bau Tuan Aniq." gumam Aeyra perlahan namun masih dapat didengari Aniq.
Aniq tersenyum senget apabila menyedari Aeyra kenal bau wangian yang dipakainya.
Aeyra kemudiannya terpandang akan cermin kecil di atas mejanya yang memantulkan imej Aniq yang sedang berdiri di belakangnya.
Serta merta dia berdiri tegak lalu pusing menghadap Aniq yang sedang bersandar pada meja.
"T-t-tuan buat apa kat sini?" Aeyra menanyakan soalan bodoh. Itukan syarikat dia! Suka hati dia lah nak buat apa pun!
Aniq diam namun matanya tajam merenung skrin komputer.
"Kau buat kerja orang lain?" soal Aniq serius.
Aeyra terkulat-kulat. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Aduh nak jawab apa ni?
Siang tadi, dia disuruh Sabrina untuk menulis laporan tersebut. Katanya dia tidak sempat kerana banyak kerja lain dan Aniq mahukan laporan itu esok pagi.
Jadi, dia yang tersangatlah lapang ini pun dengan terbuka hati menolong Sabrina sehingga menyebabkan dirinya tersangkut di pejabat itu sampai malam.
"T-tak. S-saya.." Aeyra tergagap-gagap. Dia tidak punya alasan lalu mengambil keputusan untuk diam sahaja.
"Aku bayar kau untuk jadi kuli orang lain ke?" soal Aniq dengan nada suara yang biasa namun dapat didengari di segenap ruang pejabat tersebut. Mungkin kerana keadaan ruangan tersebut sunyi.
Aeyra hanya diam menunduk ke bawah tanpa jawapan.
Aniq merenung Aeyra yang langsung tidak menjawab. Aeyra yang dikenalinya 8 tahun yang seorang yang banyak celoteh dan suka menjawab namun yang berdiri di hadapannya kini hanya diam.
Aniq merapati Aeyra sehingga jarak tubuh mereka hanya 1 inci. Dia tunduk memandang Aeyra yang hanya separas dadanya.
Aeyra kemudiannya mengundur ke belakang apabila menyedari jarak mereka terlalu dekat. Dia mendongak membalas renungan Aniq.
"T-t-tuan.." Aeyra menelan liur melihat halkum Aniq yang bergerak-gerak.
Dia kemudiannya menyedari mereka kini hanya berdua di dalam ruangan sunyi tersebut. Terkelip-kelip dia memandang jejaka tinggi lampai tersebut.
Kadang-ii dia berasa sangsi dengan identiti Aniq kerana dia seolah olah dapat merasakan satu perasaan aneh setiap kali bertentang mata dengan Aniq. Seolah olah dia sedang memandang Faeyz Fiqkri.
Namun dia sedar semua itu mustahil. Mana mungkin Aniq adalah Fiqkri. Setahunya Aniq anak tunggal dan tiada saudara lain. Tambahan lagi, Fiqkri bukanlah seorang pelajar cemerlang.
Tapi..
Aeyra tiba-ii teringat akan sesuatu. Hari di mana Fiqkri berpindah sekolah, dia melihat Fiqkri datang bersama seorang lelaki. Dari pemakaiannya dia dapat meneka lelaki itu orang berada.
Namun, tidak pula dia tahu siapa lelaki itu dan apa hubungannya dengan Fiqkri.
Hatinya agak kecewa kerana Fiqkri langsung tidak mengucapkan selamat tinggal. Tambahan lagi, lelaki itu pernah berkata bahawa dia tidak akan ke mana-ii. Fiqkri mungkir janji!
Aeyra kemudiannya tersedar dari alam mindanya apabila tangan Aniq naik menyentuh pinggangnya.
"Tuan buat apa ni?" Aeyra segera menepis tangan Aniq. Dia berundur ke belakang lagi sehingga tersandar pada meja.
Aeyra mula dihambat perasaan risau dan mula berfikiran yang bukan-ii.
"Nak pegang sikit pun dah tak boleh?" Aniq tersenyum sinis. Dahulu, Aeyra sangat lincah sehingga berani duduk di atas ribanya.
"T-tak.." Aeyra terkelu sendiri. Dadanya berombak kencang apabila Aniq semakin menghimpit dirinya.
"Tuan jangan macam ni." Aeyra kelihatan seperti hendak menangis. Kelopak matanya mula digenangi air mata.
Aniq tidak peduli dengan kata-ii Aeyra. Aeyra ingin meloloskan diri ke kiri namun Aniq dengan pantas meletak tangannya pada meja agar Aeyra tidak punya ruang untuk lari dan pada saat gadis itu ingin bergerak ke kanan, dia turut menghalang.
Aeyra kini terperangkap. Kelopak matanya yang mula digenangi air mata direnung Aniq.
Nampaknya masih ada satu sifat Aeyra yang tidak berubah iaitu..
Cengeng!
"Kau kan pembantu PERIBADI aku.." Aniq menekankan perkataan peribadi yang membawa satu maksud tersirat disebaliknya.
Aeyra semakin ketakutan. Dia tidak mampu untuk mengangkat kaki untuk menendang Aniq dek kerana skirtnya yang ketat.
"Shh.. Jangan nangis. Aku ada kat sini.." tangan Aniq naik menyentuh pipi lembut Aeyra. Air mata yang mengalir dikesat perlahan dengan ibu jarinya.
Aeyra seakan terpaku dengan kata-ii Aniq.
Jangan nangis.
Aku ada kat sini.
Matanya yang berkaca merenung anak mata Aniq. Kenapa? Kenapa lelaki itu begitu mirip sekali dengan..
Faeyz Fiqkri?
TO BE CONTINUE