TUAN ANIQ 02

1.7K 77 4
                                    

Daniel merenung Qisya yang terlantar di atas tilam nipis di ruang tamu rumah usangnya. Dia kemudiannya memandang Zul yang jelas sekali kelihatan kesal.

Rasa bersalah bersarang di hati Zul apabila melihat keadaan isterinya itu. Ini semua adalah 100% salahnya.

19 tahun yang lalu..

Dia dan Qisya telah berkenalan tanpa sengaja lalu jatuh cinta. Mereka kemudiannya menjalinkan hubungan cinta selama hampir 4 tahun sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.

Di mata Qisya, di mata orang tuanya serta orang tua Qisya, dia hanyalah seorang pegawai awam yang bekerja di syarikat Daniel. Namun yang sebetulnya, dia adalah salah seorang share partner Daniel dalam perniagaan kongsi gelap.

Zul juga merupakan seorang bapak ayam yang terkenal dalam kalangan lelaki-ii yang gemar menempah GRO untuk berseronok.

Hari berganti hari, setelah usia perkahwinan menginjak ke usia 2 tahun, mereka masih juga belum menimang cahaya mata walaupun telah bermacam ikhtiar telah dicuba.

Sejujurnya Zul tidak kisah soal cahaya mata. Dia mampu bersabar dan sekiranya dia ditakdirkan tiada zuriat sehingga mati, dia hanya redha namun tidak isterinya. Qisya hari-ii siang dan malam berdoa agar mereka dikurniakan zuriat.

Qisya begitu bersungguh mencuba pelbagai rawatan dan ubat-ii demi mendapatkan zuriat dan akhirnya, dia berjaya hamil.

Qisya begitu gembira dan teruja untuk menimang cahaya mata pertamanya. Zul yang turut teruja, menjaga isterinya dengan baik. Segala kerja rumah dia yang bereskan. Pemakanan Qisya dijaga rapi.

Sesuai dengan peredaran masa, kandungannya pun membesar dan hanya menghitung hari untuk bersalin.

Pada 6 Julai tepat pukul 9 pagi, Qisya dimasukkan ke labor room. Zul setia menunggu di sisi isterinya. Tangan wanita itu digenggam menyalurkan semangat.

Qisya meneran sekuat tenaganya sesuai dengan arahan yang diberi jururawat.

Hampir satu jam kemudian..

Dengan tiba-ii bacaan nadi Qisya turun mendadak.

"Encik, boleh tunggu di luar dulu." seorang jururawat kemudiannya mengusir Zul keluar. Zul terpinga-pinga.

Dia kemudiannya menunggu di hadapan labor room dengan hati yang gusar. Dia berasa tidak enak seolah ada sesuatu yang akan terjadi.

Hampir 3 jam berlalu, barulah doktor yang merawat Qisya keluar. Zul terus menerpa ke arah doktor wanita tersebut.

"Doktor, anak isteri saya selamat kan?" soalnya tidak sabar-ii.

"Encik Zul, saya mintak maaf"

Jantung yang tadinya berdegup laju kini seakan berhenti berdegup apabila mendengar ucap maaf dari bibir doktor wanita tersebut.

"Kami tak dapat selamatkan anak encik. Dia dah meninggal semasa masih lagi dalam kandungan." terang doktor tersebut.

Zul terduduk di kerusi pelawat. Fikirannya kosong.

Anaknya dah mati?

"Puan Qisya pulak saya akan pindahkan ke ICU sebab keadaan dia sedang kritikal. Ada jangkitan kuman pada rahim." terang doktor tersebut.

Zul hanya diam. Dia kelu untuk mengeluarkan kata-ii. Nafas berat dihela.

Dia mungkin boleh menerima kenyataan itu. Tetapi, Qisya? Bagaimana pula dengan isteri kesayangannya itu? Pasti kecewa dengan penantiannya yang hanya sia-ii.

Setelah beberapa hari dirawat di ICU, Qisya masih juga belum stabil. Doktor yang merawat Qisya akhirnya memutuskan untuk membuang rahim agar kuman tidak merebak ke organ lain.

TUAN ANIQWhere stories live. Discover now