Epilog

3.6K 200 14
                                    

5 tahun kemudian.

Seperti ombak di tepi pantai, datang dan berlalu pergi tanpa dipinta. Namun ada perjuangan luar biasa untuk sampai ke bibir pantai. Begitu juga dengan manusia.

Hidup itu adalah rankaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah senyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku. Kerana Dia tidak akan mensia-siakan perjuangan kita.

Mungkin ombak dapat menghapus namamu yang ku ukir di pantai ini, namun bagaimana pula dengan hatiku? Saat namamu telah terukir begitu dalam dan menyatu di palungnya ianya sukar untuk dihapuskan.

Ombak yang tenang, angin yang sepoi-sepoi bahasa, jiwa yang tenang mengukir senyuman gembira seorang lelaki yang berada di situ. Matanya dipejam. Nafas dalam ditarik. Terlalu bersyukur dapat bernafas lagi meskipun dirinya telah banyak melakukan kejahatan kerana kejahatan tidak selama-lamanya kejahatan andai hati inginkan perubahan.

Sekali lagi nafas dalam ditarik. Merasakan badannya ditiup angin.

"Woi pengantin lelaki!"

Suara garau seseorang menyentakkan dirinya yang sedang mengelamun jauh ke dasar laut. Habis musnah apa yang diangan-angankan tadi

"Ehh kau ni Fattah termenung kat sini pula"

Adden berpaling memandang Razul yang sedang mendukung seorang budak lelaki yang berusia 2 tahun.

"Cepatlah menangis kan nanti pengantin perempuan kau tu"

Adden tersenyum lalu kepalanya diangguk. Langkahnya mula mengatur mengikut Razul. Dirinya sengaja mahu mengambil angin pantai terlebih dahulu bagi menenangkan hatinya yang nervous.

"Handsome tak aku? Kemas tak?"

Razul memandang Adden dari atas hingga ke bawah yang memakai suit yang berwarna putih. Dibetulkan sedikit baju Adden yang sedikit senget oleh Razul lalu bibirnya mengukirkan senyuman.

"Cun handsome nak mampus. Kan Aafi? Uncle Mir handsome kan?" Razul memandang Aafi, anak yang berusia 2 tahun itu bersama Aufa. Mainan yang berada di tangan Aafi digoncangkan bersama senyuman.

"Cemm"

Adden tersenyum lalu mencubit pipi Aafi dengan geram. Siapa tahu yang Razul berjodoh dengan Aufa? Setelah berpuluh kali pinangan Razul ditolak, gadis itu akhirnya terbuka hati untuk menerima Razul sebagai suaminya dan dikurniakan Aafi.

"Dah jom"

Dari jauh dia ternampak seorang perempuan memakain gaun kembang putih bersama shawl putih sedang mengukirkan senyuman manis untuknya. Bibirnya turutmengukirkan senyuman. Jantungnya berdegup kencang bagai baru habis larian pecut.

"Cepatlah pengantin lelaki oii, nak ambik gambar ni. Kan hilang sunset tu" Razul menjerit marah apabila Adden berdiri tegak tidak bergerak.

"Terpegun lah tu tengok isteri sendiri" Firash yang berada di tepi Ariana mengusik Adden.

Di hujung sana, pengantin perempuan sudah termalu-malu. Pipinya mula membahang panas. Anak mata grey kebiruan itu tidak lepas dari memandang sambil kaki itu jalan ke mari. Satu tangan melingkar pinggangnya. Dahi dirapatkan. Bibirnya dicium sekilas.

"Beautiful"

Adden mengukirkan senyuman manis.

"Haa okay okay 1 2 3 shoot"

Cameraman yang diupah mula mengambil kesempatan untuk menangkap gambar mereka berdua yang tampak semula jadi itu. Dengan belakang berlatarkan sunset, memang mengindahkan foto mereka berdua tambah lagi pasangan itu bagaikan pinang dibelah dua. Memang terasa dirinya single seorang di situ.

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now