Bab 14

600 49 14
                                    

Dua hari dia pulang dari misi joninnya, Kakashi telah pergi ke pejabat misi untuk mengambil satu misi untuk pasukan tujuhnya tetapi pekerja meja misi memberitahunya bahawa mereka mendapat arahan terus dari Hokage untuk tidak memberi misi kepada pasukan itu sehingga diberitahu kelak.

Apabila kakashi bertanya kepada mereka. Mereka hanya mengangkat bahu. Dengan langkah malas dia mengambil tempat disebelah Gai yang sedang menulis laporan misinya.

"Tiada misi untuk hari ini?" Soal Asuma. Kakashi mencebik.

"Pasukan tujuh tidak diberikan misi sehingga diberitahu" balasnya kesal.

"Hei! Kotetsu!" Satu suara menarik perhatian mereka yang berkumpul. Seorang chunin berlari dari pintu sambil membawa satu lampiran menuju ke temannya di meja misi.

Kemudian lampiran itu bertukar tangan.

Chunin yang dipanggil Kotetsu itu segera berdiri seakan terkejut dengan apa yang tertulis disana.

"Tidak mungkin, ini gila!" Kotetsu histeria. Mereka memandang sesama sendiri jelas pandangan tidak terima dan kesal terpapar. Jelas menarik perhatian shinobi yang gilakan gosip.

"Apa yang berlaku?" Anko menyoal dari tempatnya.

"Iruka sensei ditarik dari tugas meja misi selama setahun" mereka yang mendengarnya hampir saja tersedak ludah sendiri.

"Sesuatu yang berlaku? Alasan kenapa?" Raido mencelah.

Izumo dan Kotetsu menggeleng kepala. "Hanya tertulis Umino Iruka ditarik dari tugas meja misi selama setahun akan berkuat kuasa pada.."

"Apa!" Satu suara menyentak mereka dari muka pintu. shinobi itu bergerak laju dan merampas lampiran itu dari tangan Kotetsu dan merenung seolah ia sesuatu yang salah dan sepatutnya tidak berlaku.

Lebih mengejutkan mereka, shinobi itu adalah Umino sendiri. "Awak bergurau bukan? Sepatutnya tidak sehingga setahun" Iruka merenung Izumo.

"Jadi awak betul-betul akan meninggalkan kami untuk menguruskan meja misi sekarang?" Izumo tidak menjawabnya malah menyoalnya. Kemudian lampiran itu dirampas dari tangan Iruka. Iruka menoleh melihat Kakashi berdiri disebelahnya sambil meneliti apa yang tertulis.

Kemudian Kakashi menoleh kepada Iruka mereka bertentangan seketika sebelum Kakashi mematahkan kebisuan.

"Pakkun memberitahu bahawa awak akan pergi misi jangka panjang. Saya fikir tidak kurang dari tiga bulan. Memandangkan chunin tidak selalunya dihantar untuk misi yang melebihi tiga bulan kecuali itu misi yang mendesak. Jadi sensei misi apa yang awak lakukan?" Kakashi sangat ingin tahu sejak dia mendengar dari Naruto ketika di pejabat hokage kelmarin.

"Awak tak ada hak untuk mengetahui setiap butiran misi saya, jadi maafkan saya." Iruka kembali merampas lampiran ditangan Kakashi. Cuba bersikap sesopan mungkin

"Saya memiliki hak sebagai atasan awak" Kakashi kembali mengambil lampiran itu sambil Iruka mendengus.

"Saya tidak nampak keperluannya untuk awak mengetahui sebarang misi yang saya lakukan" Kotetsu dan Izumo yakin kertas yang tidak bersalah itu kemungkinan akan terkoyak.

"Hanya untuk berjaga-jaga. Jika sesuatu berlaku, orang yang akan di hantar mencari sensei kesayangannya Konoha-" Kakashi menekan jari telunjuknya di dahi Iruka beberapa kali "Adalah kami, para jonin" sambungnya lagi lalu tangan membuka mengisyaratkan kepada dirinya dan jonin lain yang terdapat disana.

Hatamino (Mpreg)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang