Bab 50

1.9K 155 18
                                    

LANGKAH diatur menghampiri Ariana yang sedang leka belajar di meja study sehingga tidak perasan akan kehadirannya. Walaupun isterinya sedang mengandung 6 bulan tapi dia tidak lupa study kerana spm sudah hampir dekat. Memandangkan Ariana meminta untuk menghabiskan spm jadi dia menurut sahaja dengan mengupah cikgu tutor untuk mengajarnya di rumah memandangkan keadaan Ariana tidak mengizinkan dia pergi sekolah.

Firash tersenyum kecil. Langkahnya semakin diperlahankan bagi mengelakkan Ariana tersedar.

"Ingat Ana tak tahu?" Soal Ariana. Dia terpandang bayang Firash di laptopnya itu.

Firash ketawa kecil.

Isterinya yang sedang duduk di atas kerusi itu diangkat duduk di atas meja. Tangannya melilit pinggang Ariana. Muka masam Ariana itu dipandang dengan senyuman. Baru mahu mencium bibir Ariana tapi Ariana sudah mengelak.

"Marah Rash lagi ke?"

Ariana tidak menjawab. Sudah terang-terang dia masih marah.

"Sorry la hmm? Rash janji lepasni muka dan badan Rash tak lebam lagi" ujarnya. Dia tahu Ariana marah akannya yang masih terlibat dengan kerja-kerja yang membahaya itu. Sejak dia balik dari serangan Danial itu dengan muka yang lebam begitu juga dengan badannya, Ariana menjarakkan diri daripadanya.

"Tipu. Rash tahu janji je Rash tak tepati pun"

"Ana. Ni kan kerja Rash juga. Takkan Rash nak biarkan je kawan Rash?"

Ariana diam.

"Tahu tapi kalau jadi apa-apa kat Rash macam mana? Nanti siapa nak jaga Ana? Ana ada Rash sorang je dalam hidup Ana" bibirnya diketap menahan daripada menangis.

Meningatkan hal itu dia takut sangat kalau nanti dia kehilangan Firash. Tiada lagi tempat yang dia mahu bergantung. Abang kandungnya entah hilang ke mana. Jaid dia hanya mempunyai Firash seorang sahaja.

Tangan Ariana diusap lembut.

"Ana jangan risau okay. Rash akan jaga Ana sampai bila-bila. Ana kan isteri kesayangan Rash?"

Firash mengucup bibir Ariana berkali-kali sehingga pipi Ariana semakin merah.

"Jom date. Nak?" Ajak Firash. Sudah lama mereka berdua tidak keluar jalan-jalan

"Date?"

Kepalanya diangguk.

"Jom la" bibir dicerbik. Mata dikelip berkali -kali oleh Firash.

"Taknak"

Ariana menahan senyuman melihat muka comel Firash apabila dia menolaknya. Mahu ketawa dia apabila Firash menarik muncung sedepa.

"Taknak kawan"

"Ana pun taknak kawan dengan Rash"

Muka semakin ditarik. Ariana menahan gelak.

"Rash nak merajuk dengan Ana"

"Merajukla. Ana taknak pujuk pun"

Bibir diketap menahan ketawa. Dua kali ganda muka masam Firash yang ditonjol.

"Macam ni ehh takpe takpe. Rash beria pujuk Ana kalau Ana merajuk. Tapi Ana taknak pujuk pun Rash. Hmmmph!"

Tangan memeluk badan sendiri. Bibir semakin muncung sedepa. Mata dialih memandang ke arah lain. Sesekali mata melirik ke arah Ariana apabila Ariana hanya diam sedari tadi. Dan bushh...

"Hahaahahahahaha"

"Ana!"

"Tak baik tau gelak kat suami!" Mendengus Firash apabila Ariana masih ketawakan dia.

[ C ] Asmara Bulan EMIRDHIAWhere stories live. Discover now