𝑱𝑫𝑺𝑻 𝟏

5.1K 222 2
                                    

     " Papaa !! " terduduk 90° rish daripada perbaringan. Dada berombak mencari nafas. Tersedar dari mimpi yang mengamit kenangan dia bersama papanya.

     Namun pada masa yang sama dia merasa bahagia walaupun hanya seketika. Dia sangat rindukan insan yang bergelar 'Ayah'. Papanya yang hilang sejak 10 tahun lepas, hanya sepucuk surat yang ditinggalkan di atas meja dan langsung tiada khabar sehingga kini.

     Setelah itu, tiada lagi muncul kehadiran insan yang tersayang itu di dalam hidupnya.

     " Papaa, rish rinduu sangat kat papa
balik lahh " terasa sebak di dada, beberapa titis air jernih mengalir di pipi, semakin lama semakin teresak. Gambar dia bersama papanya dipeluk rapat ke dada.

     " Rish selalu tunggu papa balik "

     Tidak lama kemudian, dia pun terlelap setelah penat berperang dengan air mata.

     " Arishh bangunn ! Nanti lewat nak pergi kelas, harini first day kan.. pergi bersiap ! " Syazri yang dari tadi mengetuk pintu adik kesayangannya. Mana lah tahu adiknya masih lagi di alam mimpi.

     Beberapa saat kemudian tersembul muka airish yang sudah kemas berpakaian. Dengan muka tak bersalah, dia menilik muka abangnya.

     " Abang yang tak mandi lagi. Orang dah siap la. Nak gi breakfast jap " dan secara tiba tiba menayang giginya yang tersusun cantik, memberikan senyuman bermakna pada abangnya.

     " nanti abang hantar eh, penat nak drive " mata dikelip kelip biar nampak comel.

     " Ehh takde mase la.. orang nak pergi kerja, drive la sendiri " bahu diangkat sebelah, malas melayan. Kedua tangan berada dikocek seluar, menunggu reaksi adik kesayangannya.

     " Alaa abangg.. Nanti mesti takda tempat parking, lewat pulak nak lapor diri nanti " macam macam alasan direka supaya abang nya bersetuju untuk menghantarnya.

     " Hmm ye lah, abang pergi mandi jap.. Rish pergi breakfast dulu " dengan redha syazri melangkah ke biliknya untuk membersihkan diri. Serta merta airish melonjak kegembiraan. Dia sudah tidak sabar untuk berjumpa kawan baiknya, Mel.

     " Dah sampai.. Cepat turun !! " berhenti sahaja kereta di hadapan pagar utama, kunci pintu kereta dibuka dengan segera menghalau adiknya.

     " Ishh abang nii ! Ade ke halau orang macam tu " tangannya masih mengikat tali kasut.
 
     Pejam celik pejam celik sudah berada di hadapan kolejnya. Hari yang ditunggu tunggu untuk memulakan harinya sebagai seorang pelajar.

     Dari dulu lagi, dirinya sudah bernazar agar dapat menyambung pelajaran disini suatu hari nanti. Akhirnya kata kata tersebut bagaikan doa yang dimakbulkan.

     " Nanti balik jam berapa ? Balik nanti jalan kaki je la, abang banyak kerja " syazri mula mengusik adiknya. Bibir menahan senyum apabila wajah rish berkerut memandangnya.

     " Ishh sampaii hati ! Nanti rish call, abang kena ambik on time " pintu dibuka selepas bersalam dengan abangnya. Berdiri di pintu memandang sekeliling mencari kelibat kawan baiknya.

     " Bye abangg take care ! "

     " you too ! Jangan lupa lunch " Rish hanya mengangguk dan menutup pintu kereta abangnya. Kereta itu meluncur laju ke jalan raya.

𝐉𝐞𝐣𝐚𝐤𝐚 𝐃𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐓𝐨𝐩𝐞𝐧𝐠Where stories live. Discover now