"Biy! Biy! Biy!"
Syafiq yang sedang menghirup kopi di cawan tersentak. Laju kepalanya menoleh ke arah belakang. Fail yang berterabur di atas meja dibiar sahaja dan dia terus mengatur langkah. Mendekati Aira yang sedang bermain-main dengan Otomen Bulus iaitu kucing yang baru dipeliharanya beberapa minggu lalu di atas katil.
"Sugar? Kenapa?"
Syafiq menyentuh bahu Aira. Suaranya dilembutkan. Sejak Aira mengandung ni,Aira tersangat sensitif. Syafiq naikkan suara sedikit pun dia boleh nangis. Almaklumkan pembawakan budak.
"Kenapa sugar? Sakit ke? Dahnak beranak?" soalnya bertubi-tubi. Wajahnya pula risau semacam. Namun Aira hanya menggeleng dengan senyuman tak bersalah.
"Nak air hehe. Pastu nak tart cheese"
Aira angkat 4 jari menunjukkan yang dia mahukan 4 tart cheese. Semalam Widya ada datang membawa tart cheese. Jadi dia tiba-tiba teringin nak makan. Bukan salah dia k! Salah twins!
Yes,anda semua tak salah nampak. Aira mengandung twins! Jantina seorang lelaki dan seorang perempuan. Kembar tak seiras y'all.
Syafiq menghela nafas lega. Ingatkan apalah tadi.
"Yalah. Kejap ya sugar sayang. Biy ambilkan"
Syafiq mengusap kepala Aira lalu dia berjalan menuju ke pintu. Tombol pintu dipulas perlahan dan sekelip mata tubuhnya hilang di sebalik pintu.
Aira sengih. Yeheheh sukanya dapat makan cheese tart! Otomen Bulus di sebelahnya dipandang. Kucing comel itu memandangnya lama.
"Otomen Bulus shayangggg"
Aira tersenyum nipis. "Comelnya Otomen Bulus ni" diusap wajah kucing tidak berbulu itu. Sedang ralit dia memanjakan Otomen Bulus,perutnya terasa aneh. Aira kerut dahi. Kenapa pahanya tiba-tiba rasa basah ni?Bila Aira pandang ke arah hujung gaun mengandung yang dipakainya,dia mendapati hujung gaunnya itu basah.
"Otomen Bulus,mama dahnak beranak ke?" soalnya polos.
Otomen Bulus hanya diam. Yelah takkan tiba-tiba binatang tu bercakap kan. Terkejut terkentut juga Aira nanti kang.
"Sugar,nah your cheese tart"
Syafiq muncul membawa piring kecil dan muk berwarna pink di tangan. Aira pandang suaminya itu dengan muka yang tercengang.
"Biy"
Aira ucap sepatah. Gaun mengandungnya diangkat sedikit. Syafiq berkerut dahi. Kenapa main selak kain?
Bininya ajak buat projek ke?
Eh biar betik! Perut dahnak meletup tu
Syafiq pandang kaki Aira. Dia ternganga besar bila lihat ada lelehan cecair berwarna jernih meleleh ke buku lali isterinya.
YOU ARE READING
KERANAMU [2]√
Romance[KERANAMU 1 TIADA KERANA DIDELETE OLEH WATTPAD] [SEQUEL KERANAMU] -beautiful cover by @atieiza❤- 2 tahun hidup berjauhan,akhirnya Aira kembali pulang ke Malaysia selepas sahaja dia tamat belajar. Bumi Korea ditinggalkan dan dia kembali ke pangkuan...