Bab 2

1.6K 72 2
                                    

Iruka sedang meneliti laporan misi sebelum seorang shinobi muncul dan memberitahu bahawa Godaime mahu berjumpa dengannya. Tanpa kata lagi Iruka segera menggerakkan kakinya menuju ke pejabat wanita itu.

Setelah memberi salam dan menegur siapa saja yang ditemuinya dalam pejabat tersebut, dia memberikan perhatian sepenuhnya kepada wanita penyembuhan itu.

"Saya ada misi istimewa untuk awak. Awak akan berkerja sebagai geisha" Senju itu tersenyum lebar melihat shinobinya yang terkebil-kebil mendengar maklumat itu.

"Geisha!" Iruka terkejut, hampir menjerit. Tsunade hanya mengangguk. Manakala Shizune hanya mampu memberi pandangan kasihan. Iruka menggaru dagunya yang terasa gatal tiba-tiba

"Hanya sebagai penutup untuk misi perisikan"

"Tapi Tsunade-sama, saya dah lama tak ambil misi penyamaran dan perisikan." Iruka membantah kerana tidak yakin dengan kebolehannya. Untuk beberapa tahun ini dia hanya mengambil misi penghantaran dan pengiring kerana dia adalah guru dan tidak boleh keluar terlalu lama. Ada kelas untuk mengajar.

"Iruka, hanya awak yang saya pasti mampu lakukan ini dengan baik. Saya sudah baca laporan awak, Iruka. Awak pernah menjalani misi jangka panjang sebagai geisha. Awak masih memiliki kemahirannya, bukan?" Tsunade tersenyum.

Iruka mengeluh. Dia tahu dia telah terlibat dalam misi selama setahun sebagai geisha istana, kerana itu juga dia lewat mengambil ujian chunin. Tetapi misi itu kerana kekurangan pekerja bukan sebagai penyamaran dan ia sudah berlalu tujuh tahun.

"Umino-san, sebelum ini saya telah meminta tolong dari pelbagai kampung shinobi yang lain. Mereka menghantar ramai kunoichi untuk menyamar sebagai geisha. Malangnya mereka juga hilang dan sampai sekarang masih tidak dijumpai." Madoka Saeko bersuara. Wanita cantik itu merupakan pemilik rumah hiburan.

"Saya.." Iruka berjeda. Kemudian dia menarik nafas "Tapi jonin lebih baik untuk misi ini?" Iruka masih tidak puas hati.

"Tiada siapa diantara jonin Konoha yang mampu bermain shamisen, Iruka. Lagipun Iruka, hanya awak yang telah dilatih dan diasuh menjadi geisha" Tsunade mengeluh.

"Baiklah" jawab Iruka terpaksa. Sebagai shinobi arahan hokage adalah mutlak. Dia dia sedar tempatnya dari terus menentang wanita itu.

"Ini adalah misi solo awak secara rahsia. Tetapi jangan risau saya akan menghantar sokongan jika sesuatu yang berlaku. Mengikut kata Saeko pelakunya mungkin sekumpulan shinobi pelbagai negara dan dari maklumat yang kita dapat, Kemungkinan salah seorang dari mereka adalah Konoha." Jelas Tsunade.

Iruka hanya mengangguk. Kemudian Saeko menyerahkan sebungkus kain kepadanya. Iruka berkerut dahi melihat senyuman nakal wanita itu.

"Ini adalah kimono, awak perlu pakai ini. Kita akan tinggalkan Konoha dengan awak sebagai geisha bukan lagi shinobi, Umino-san" Iruka mengeluh lalu mengambil pakaian itu kemudian meminta diri untuk menukar pakaiannya.

Apabila Iruka kembali dia melihat ketiga wanita yang berada di ruang hokage merenungnya tajam dan teruja "Iruka sensei, awak sangat cantik" Shizune teruja. Iruka memerah malu saat itu juga Saeko menarik wajahnya untuk merenung seketika.

"Lakukan henge sebagai wanita, hapuskan parut itu, hitamkan dan lebih panjangkan rambut awak, boleh?" Saeko meminta dalam mengarah sambil menarik ikatan rambut Iruka. Iruka hanya menurut.

"Henge no Jutsu" ucap Iruka kemudian muncul asap sekeliling tubuhnya. Kini dihadapan mereka muncul Iruka yang lebih feminin dan kecantikan yang lebih menyerlah. Dia juga mencerahkan sedikit ton warna kulitnya.

"Sensei! Awak sangat cantik!" Shizune sangat teruja dan berlari peluk guru muda itu. Iruka hanya ketawa perlahan. Suaranya juga diubah lebih lembut dan ayu. "Maaf saya sangat teruja!" Kata Shizune seraya melepaskan pelukannya. Iruka hanya mengangkat bahu.

Hatamino (Mpreg)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang