26

11 1 0
                                    

Hana dan June keluar dari dewan. Cepat sahaja langkah Hana menyaingi langkah June. Dalam fikirannya cuma nak balik rumah sahaja saat ini. Tidak mahu bertemu muka dengan Haris lagi. "Hurry up June. Faster faster!" Hana menunggu June di depan pintu kereta. Menunggu June membuka kunci kereta. "Sabar lah." Kata June. Hana masuk ke dalam perut kereta. June lambat-lambat masuk ke dalam perut kereta. Kelihatan June mengangkat panggilan telefon. Hana hela nafas. Lambatlah pulak minah ni. "Kalau ya pun, start lah enjin dulu. Nak buka aircond ni June." Kata Hana. June masih dengan telefon ditelinganya. Hana keluar dari kereta. Bersandar kejap di kereta sambil bersilang tangan. Menunggu June habis berbual. Nasib baiklah tempat parkir itu ada banyak pokok, tidaklah panas sangat dengan keadaan pada waktu 4.30 petang itu. Hana memandang ke jalan tar di hadapannya. Kenapalah dia harus bertemu lagi dengan Haris, sudahlah bertemu dengan penuh kejutan. Rasa ditipu, dibohong oleh Haris. Tapi mungkin Haris ada sebab kenapa dia merahsiakan kerjayanya daripada pengetahuan Hana. Tapi kenapa? Hana mengerut dahi sendiri. Rasa serabut fikiran bila fikir pasal Haris. Baik tak payah fikirlah Hana. Stop stop stop. Stop thinking about him. Hana pejam mata rapat-rapat.
"Hai.. boleh pulak sambung tidur kat bawah pokok ni?" Sapa Haris. Hana buka mata. Entah bila masa Haris berada di hadapannya. "Tak ada kerja lain ke selain nak tegur I?" Tanya Hana yang masih bersilang tangan. "Alang-alang nak masuk kereta, dan alang-alang dah nampak kau tengah tidur kat sini, aku tegurlah." Haris gelak kecil. Hana pandang kereta di hadapannya. Preve putih. Ya kereta itu milik Haris. Hana pernah menaiki kereta itu. "Malam ni aku ambik kau kat rumah eh? Aku akan explain every inch what happen to me after we broke up." Kata Haris. Hana geleng kepala. "I think better no. Its okay.. I tak terasa hati pun pasal you tipu I pasal karier you. So, no need to meet tonight." Kata Hana lalu menoleh ke arah June yang masih on the phone. "Hana.. " Haris memanggil nama Hana dengan nada meleret. "Really.. i dont have any issues pasal karier you Ris. Kita kawan kan.. I know.. maybe it your job requirement to keep it secret during we met last month. No worry okay." Kata Hana. Haris angguk. "Okaylah kalau macam tu.. aku balik dulu. Jumpa lagi." Kata Haris lalu masuk ke dalam perut kereta sambil tersenyum. Hana toleh ke arah June, June juga sudah tamat menjawab panggilan telefon. Hana cepat-cepat masuk ke dalam kereta June tanpa memandang Haris. Hana pandang June yang sudah menghidupkan kereta. "Who is on the phone?" Tanya Hana. "Marketing team. Confirmation about the poster update." Jawab June. Hana angguk sahaja. Kelihatan kereta Haris di sebelah masih belum bergerak. Hana menoleh ke sebelah kirinya. Kelihatan Haris tersengih memandang ke arah Hana. Hana terus pandang ke hadapan. June sudah gelak. "You both should get back Hana." Ujar June. "June...." Meleret Hana menyeru nama June. Geram pun ada.

Hana baring di atas katil usai menunaikan solat Isyak. Kain telekung pun Hana belum buka. Pandangan dibuang ke siling putih di atas. Hana pejam mata kejap. Penat dengan program hari ini. Terjumpa pula dengan Haris yang penuh dengan kejutan. Oh God.. Why should I meet him again? Dan kenapa aku rasa aku takut nak berhadapan dengan dia sekarang ni? Ke sebab dia seorang anggota polis? Sebab tu aku rasa aku jadi takut dengan dia? Hana geleng kepalanya. Apa yang aku mengarut ni Hana? Tiba-tiba ada ketukan di pintu bilik. Hana buka mata yang terpejam. Tombol pintu dipulas dari luar. Wajah Kartini tersenyum melihat Hana yang sedang berbaring. "Hana.. ada tetamu kat bawah tu. Haris datang." Ujar Kartini. "Hah??!!" Terbangun Hana daripada pembaringannya. "Kenapa dia kat sini? Dia nak apa?" Tanya Hana, betul-betul terkejut beruk orang kata. Kartini masih berdiri di muka pintu. "Manalah ibu tahu. Hana pergilah tanya Haris sendiri." Ujar Kartini. Hana turun tanpa membuang kain telekung yang dipakainya. Haris nak apa lah datang rumah orang malam-malam ni? Laju kaki menuruni anak tangga. Hana pandang Haris yang sedang bergelak sakan dengan Razak. "Kenapa datang malam-malam ni Haris?" Tanya Hana yang sudah mendekati ruang tamu. Razak pandang ke arah Hana. "Kenapa tanya macam tu Hana. Tetamu nak datang apa salahnya." Ujar Razak. "Datuk.. Saya nak bawa Hana keluar sekejap boleh?" Tanya Haris. "How many time i tell you Haris. Panggil uncle je. Takpun papa. I'm okay with that." Kata Razak. "Dari awal kita kenal, saya panggil Datuk dengan panggilan Datuk. Itu macam terbiasa nak panggil you Datuk." Ujar Haris. "Its okay.. you can bring Hana tonight. Tapi jangan lewat malam pula hantar Hana balik." Kata Razak. Hana sudah berkerut dahi. "Eh.. Hana tak cakap Hana setuju pun nak keluar? Yang you Haris.. Kenapa tak call or whatsapp dulu? Macam mana you tahu location rumah ni?" Tanya Hana yang sudah berpeluk tubuh. "Papa nak ke dapur dulu.. nak bantu ibu buat air." Kata Razak. "Eh papa ni, sejak bila pandai bantu ibu buat air ni?" Sindir Hana. Razak membuat isyarat senyap dengan meletakkan jari telunjuk ke bibirnya sendiri lalu bangun dari sofa yang didudukinya. Haris senyum sahaja. Hana kembali fokus ke arah Haris. Haris tampak begitu kacak malam ini. Dengan cap hitamnya menutup rambutnya yang hampir botak itu. Hana kembali fokus dengan Haris."Hah, jangan nak senyum," ujar Hana dengan nada sedikit keras. "Tak perlu tahu pun.. Aku kan dah janji siang tadi nak ajak kau keluar malam ni. So i am not breaking it." Kata Haris. "Memanglah.. tapi I kan dah cakap.. tak perlu pun semua tu. I tak peduli pun apa yang jadi kat you lepas I berhenti kerja kafe dulu." Kata Hana tenang. Cuba memberi penerangan kepada Haris yang seakan tidak faham bahasa itu. "Sebab?" Tanya Haris sepatah. Hana kaget dengan pertanyaan yang ringkas daripada Haris. "Sebab?" Tanya Hana lagi. "Ya.. sebab?" Haris mengiyakan pertanyaannya tadi. "Because.. i dont care. Kita dah tak ada apa-apa Ris. You pun dah ada karier you sendiri. You ada tanggungjawab you sendiri. So i dont need your explaination anymore. Apa yang berlaku kat you, it all yours not mine. Jadi I ulang sekali lagi, apa-apa yang berlaku kat you, I tak perlu tahu secara detalis pun. Okay? Faham tak ni?" Tanya Hana dengan nada tenang setenangnya. Haris bersilang tangan sambil mengangguk kepala. Hana cuba berlagak tenang lagi sementara di dalam hatinya sudah penuh dengan kegeraman. Menunggu kata balas daripada Haris. "Kita kawan kan?" Tanya Haris. Hana mengeluh perlahan. Susah hendak menjawab persoalan Haris itu. "Ya.. kita kawan." Jawab Hana acuh tak acuh. "So, lets go!" Ajak Haris. Hana berkerut dahi. "Pergi mana?" Tanya Hana. "You need a fresh air. You need something natural sight." Kata Haris. "I boleh pergi lah esok lusa kalau nak keluar. But not tonight." Ujar Hana. Haris senyum sahaja. "You know what.. the both who targetted Dato Kevin are also targetted you at that time." Kata Haris dengan topik yang menarik. Hana kaget. Telan air liur dibuatnya. Menoleh ke belakang agar Razak dan Kartini tiada di situ. Jangan mereka berdua terdengar sudah. "Where the guys right now? I thought everything was just fine after that?" Ujar Hana. Haris menjungkit bahunya. Hana berdecit. Geram melihat wajah Haris yang sambil lewa itu. "What is that mean?" Tanya Hana. "Kalau nak tahu.. jom keluar, aku akan explain. Kau nak ke Datuk dengan Datin dengar cerita kita ni?" Tanya Haris mengugut. Hana menoleh ke belakang lagi. Ish.. mamat ni! Sengaja nak umpan aku kan? "Okay. Nak keluar sangat kan? Setengah jam lagi I turun." Kata Hana lalu meninggalkan Haris sendirian di situ. "9.45 kena ada kat bawah dah." Ujar Haris. Hana menjeling sahaja. Haris senyum sambil menggeleng kepala. Hana menaiki anak tangga perlahan. Haris kini nampak lebih matang dan tenang. Haris tidak seperti dahulu. Yang gila-gila. Dan kini lebih serius. Mungkin sekarang dia seorang anggota polis. Disiplin yang kuat sudah sebati dalam diri. Nampaknya aku je yang makin kebudak-budakan. Hana oh Hana.

Chocolate CakeWhere stories live. Discover now