9

3.4K 124 10
                                    

Zakri dan Hanis masuk ke dalam bilik semula.

" Memang semua kariah sini panggil awak along eh? " soal Hanis. Zakri hanya mengangguk. Hanis kemudiannya duduk di birai katil. Dia menyikat rambutnya.

" Hanis " panggil Zakri. Hanis memandang Zakri. Terus bibirnya dipagut oleh Zakri. Membulat mata Hanis.

" Zack? " Hanis menolak badan Zakri menjauhinya.

Zakri tidak menjawab dan hanya memandang redup mata Hanis. Selepas itu Zakri melangkah masuk ke bilik air. Hanis terkedu sendirian. Dia memegang bibirnya. Hanis terus baring dan menarik selimut. Dia cuba untuk tidur namun tidak boleh.

" Kang aku tidur dulu, mamat tu buat apa-apa dekat aku kang. Haishh " kata Hanis sendirian. Sedang dia bergelisah, pintu bilik air dibuka.

" Hanis " panggil Zakri. Hanis tidak menjawab. Dia cuba memejamkan matanya.

" Saya nak bagitahu sesuatu " kata Zakri tiba-tiba. Hanis memandangnya. 

" Saya tidur memang tak pakai baju tau " kata Zakri memberitahu. Hati Hanis makin berdegup kencang lalu dia memejamkan matanya. Tiba-tiba dia terasa bahagian tilam sebelahnya tenggelam sedikit. Hanis cuba memejamkan matanya lama-lama.

 Dan terasa pula lengannya diusap perlahan.

" Awak.. " panggil Hanis perlahan.

" Hm? " balas Zakri.

" Kita... tak... buat kan?... " soal Hanis perlahan. Terlepas tawa Zakri.

" Dear, saya kalau nak pun, saya nak dekat rumah kita. Baru ada privacy. Kat rumah parents takut kantoi " kata Zakri selamba dengan wajah tenang. Hanis sudah memandangnya dengan muka tidak percaya. Zakri tertawa perlahan. Zakri kemudiannya terlelap.

Hanis memandang wajah Zakri di belakangnya.

Sudah seminggu dia mendirikan rumah tangga bersama Zakri. Zakri belum pernah lagi setubuhinya. Cuma sentuhan sensual sedikit sedikit. Tetapi layanan Zakri sungguh baik padanya. 

" Hanis Amirah " terasa sentuhan halus di hidung Hanis. Hanis terjaga dari tidurnya.

" Jom subuh " ajak Zakri. Hanis terus bangun. Dia menggosok matanya. Zakri sudah siap berbaju melayu dan berkopiah.

Hanis segera berlari masuk ke bilik air dan mengambil wudhu. Selesai solat bersama, mereka berdua turun ke bawah. Syuhada sedang membuat sarapan.

" Ibu, boleh Hanis tolong apa-apa? " soal Hanis.

" Takpe Hanis. Pengantin baru kan? Takpe, ibu boleh buat. Along, tolong kejutkan adik dengan angah tu. Dah solat ke belum budak-budak tu? " jawab Syuhada. Zakri mengangguk dan kembali naik ke atas semula menuju ke bilik adik-adiknya.

" Awal Hanis bagus. Memang selalu bangun awal ke? " kata Syuhada 

" Haah bu. Tapi tadi Hanis pun dah nak terlajak. Nasib baik Zakri kejutkan " jawab Hanis ramah sambil mengopek ikan bilis.

" Along memang selalu bangun awal. Kalau dia cuti tu memang selalu bangun pagi pergi jogging " balas Syuhada. Hanis membuat mulut O dan tersenyum. Sudah seminggu Zakri menjadi suaminya dan menetap di rumah Malik, seminggu itu lah dia berjogging pada setiap pagi. 

" Nak pindah rumah pukul berapa? " soal Syuhada.

" Tak tahulah, ibu. Zakri takde bagitahu bila nak bertolak. Tapi dia ada cakap nak suruh Hanis pindah masuk harini " jawab Hanis. Syuhada mengangguk. 

" Hanis ni kerja apa? " soalan Syuhada menghentikan tangan Hanis dari mengopek ikan bilis. 

" Erm, kerja biasa-biasa je bu " jawab Hanis cuba menyembunyikan identitinya.  

WASIATWhere stories live. Discover now