" Apa jadi? " soal Rizwan. Hanis tidak menjawab. Matanya sekadar memandang ke arah katil Zakri yang sedang ditolak.
" Tuan, Leftenan Jeneral Malik sudah tiba " beritahu seorang pegawai.
" Hanis, Hanis macam mana? Apa yang berlaku? " soal Malik lalu melihat keadaan Hanis. Hanis masih terdiam.
" Zakri mana? " soal Malik.
" Dibawa ke CT scan untuk pembedahan " jawab Rizwan.
" Tuan, kapten Hanis juga perlu jalani CT scan ye " beritahu jururawat sambil menghulurkan sebuah fail. Rizwan mengambil fail tersebut dan mengucapkan terima kasih.
" Mari kita ke sana. Tolong kakak " kata Malik. Rizwan mengangguk dan baru sahaja dia mahu menolak kerusi roda Hanis, Leftenan Danny sudah terlebih dahulu mencapai dan membantu menolakkan kerusi roda tersebut. Rizwan tersenyum kepadanya.
Baru sahaja mereka mahu berjalan, Rizwan ditahan oleh jururawat tadi.
" Tuan, ni borang untuk Kapten Zakri. Nak kami hubungi keluarga Kapten Zakri ke? " soal jururawat tersebut.
" Takpe. Biar saya uruskan. Jangan hubungi keluarga dia dulu " balas Rizwan. Jururawat itu mengangguk lalu menghulurkan fail kepada Rizwan lagi.
" Sebelum ni pun, Kapten Zakri memang pernah pesan. Kalau apa-apa jadi dekat dia, jangan hubungi keluarga dia. Kalau dia terkorban pun, terus hantar rantai kepada keluarga dia je " kata jururawat itu. Rizwan mengangguk sahaja. Dia pun berfikir begitu. Pasti tidak sampai hati mahu maklumkan berita buruk itu kepada ahli keluarga mereka yang terkorban.
" Nah, ini dia " Rizwan menghulurkan semula fail borang yang sudah siap diisinya bagi pihak Zakri. Kemudian dia meminta diri untuk menuju ke tempat CT Scan.
Sementara Rizwan mengisi borang tadi, Malik dan semua pegawai yang mengikutinya berjalan melintasi wad Dahlia 4B.
Pintu wad Dahlia 4B terbuka. Dato Megat keluar dari wad tersebut dan bertembung dengan Malik.
" Eh Malik " tegur Dato Megat. Malik memandangnya lama sebelum membalas.
" Oh Megat. Apa khabar? " jawab Malik. Megat dan Malik bersalaman. Megat memandang ke belakang Malik. Semua pegawai yang mengikuti Malik berhenti.
" Baik baik. Alhamdulillah. Ada apa ni? " soal Megat. Malik sekadar tersenyum tidak menjawab.
" Aku gerak dulu " kata Malik sebelum sambung berjalan. Megat melihat sahaja Malik yang diikuti oleh pegawai tentera itu.
Selesai mengisi borang, Rizwan pula berjalan melintasi kawasan wad Dahlia 4B. Dian kebetulan sedang berada di atas kerusi roda yang ditolak oleh Firdaus keluar dari wad tersebut untuk ke check-up dan CT scan juga.
Di seluruh koridor wad tersebut, setiap 2 meter, ada pegawai tentera yang menjaga.
Sebaik sahaja Rizwan lalu, semua mengangkat tabik hormat kepadanya. Rizwan berjalan tegak tanpa memandang kiri kanan. Dia langsung tidak memandang Dian, Firdaus, Dato Megat dan Megat Imran. Rizwan berjalan menuju ke tempat CT scan.
Firdaus juga menolak kerusi roda Dian mengikuti Rizwan.
Keseluruhan kawasan itu dikelilingi dan dikawal rapi oleh pegawai tentera.
" Tuan " Rizwan menghulurkan telefon kepada Hanis.
Dian menunggu gilirannya untuk dipanggil. Dian menunggu di sebelah pegawai pegawai tentera tersebut. Firdaus, Megat Imran dan juga Dato Megat duduk di kerusi menunggu. Beberapa pegawai tentera termasuk Rizwan memakai mask hitam dan cermin mata hitam. Mereka ialah ahli pasukan Grup Gerak Khas serta mancabut tanda nama mereka di dada kiri dan kanan mereka.
YOU ARE READING
WASIAT
Action" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi ha...