" Kenapa Papa buat macam tu pada Rizwan? " soal Dian.
" Dian, Dian tak nampak lagi ke? Dian tak penting pun pada dia. Nampak kan? Dia pentingkan Kapten dia daripada Dian " jawab Dato Megat.
" Kapten Hanis tu kakak dia. Satu-satunya kakak yang dia ada. Mesti lah dia pentingkan kakak dia " balas Dian.
" Dian, ni Firdaus datang. Dia risau betul dekat Dian " Dato Megat memperkenalkan Firdaus untuk menukar topik.
" Papa, Dian nak papa minta maaf dengan Rizwan " kata Dian.
" Dian.. "
" Papa faham tak? Dian sayang dia pa " kata Dian.
" Dia sayang Dian ke? " soal Dato Megat.
" Kalau dia tak sayang, kenapa dia ada dengan Dian? Kenapa dia bagi contact dia pada doktor sini kalau apa-apa jadi pada Dian? Papa, Rizwan sebaik sahaja doktor call dia pasal Dian, terus Rizwan datang sini. Dian dengar semua pa " jawab Dian. Dato Megat mendiamkan dirinya.
" Pa, tadi doktor tak dapat contact papa kenapa? Kenapa Rizwan boleh angkat call tapi papa tak boleh? " soal Dian.
" Rizwan lagi sibuk pa " kata Dian.
Dato Megat memusingkan bebola matanya.
" Papa tak suka Dian dengan Rizwan " kata Dato Megat.
" Papa, apa lagi papa nak? Rizwan dah ada semuanya pa. Rizwan lagi mampu dari kita sebenarnya " kata Dian.
" Dahlah. Papa malas nak dengar apa apa lagi. Dian berbual lah dengan Firdaus. Papa nak ambil angin kejap " balas Dato Megat lalu berjalan keluar dari wad.
------------
Rizwan berlari laju menuju ke Zon Kecemasan.
" Kapten Hanis mana? " soal Rizwan kepada salah seorang pegawai yang berkawal di situ.
Keseluruhan zon kecemasan tersebut dijaga oleh pegawai tentera.Pegawai tentera tersebut menabik hormat kepada Rizwan sebelum menunjuk ke arah katil. Rizwan segera mendekati katil yang ditunjuk oleh pegawai tadi.
Kelihatan seorang doktor sedang membersihkan luka di kaki dan dahi Hanis. Hanis pula leka memandang Zakri di katil sebelah. Rizwan memandang ke arah Zakri.
Dia terkejut melihat keadaan Zakri yang penuh berdarah di muka, bahu dan peha kanannya.
" Maaf, tuan. Tolong jangan dekati kawasan ni " kata seorang jururawat menghalang Rizwan. Rizwan menuju ke arah Aaron yang sedang berbincang dengan salah seorang doktor di hospital tersebut.
" Dr Aaron " tegur Rizwan. Aaron berpusing terus menabik hormat kepada Rizwan.
" Apa yang berlaku? " soal Rizwan selepas mengangguk kepada Aaron.
" Saya pun tak pasti. Saya tiada di tempat kejadian. Dari apa yang pasukan beritahu, cuma Kapten Zakri dan Kapten Hanis berdua sahaja semasa kejadian berlaku " jawab Aaron.
Tiba-tiba bunyi mesin nadi berbunyi kuat.
Doktor yang sedang merawat Zakri ditolak tepi oleh Aaron dan Aaron terus naik atas katil Zakri dan membuat CPR pada dada Zakri.
Lebih kurang 3 minit membuat CPR, nadi Zakri kembali semula.
" Okay, bawa dia ke OT sekarang. Doktor Farid lead surgeon. Saya assist " arah Aaron. Semua mengangguk dan segera menyiapkan Zakri. Katil Zakri ditolak menuju ke bilik persiapan pembedahan.
Hanis pula selesai dirawat. Rizwan mendekati Hanis dan membantu Hanis.
" Kau okay tak? " soal Rizwan. Hanis menggeleng.
YOU ARE READING
WASIAT
Action" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi ha...