Chapter 27 | period pain 🔴 |

976 34 1
                                    


Farrel perlahan-lahan meletakkan isterinya ke atas katil supaya tidak mengganggu lena gadis itu. Serba salah pula dia mengajak gadis ini ikut bersama. Tudung yang ada di kepala gadis itu di cabut perlahan, selimut di tarik hingga ke paras dada dan pendingin haya dihidupkan. Tangan Farrel naik mengusap perlahan Ubun-ubun isterinya. Tersentuh hati kecilnya melihat wajah pucat yang sedang lena dihadapan mata. Kalau sakit bagi tahu awal-awal tutur Farrel dalam hati.

Seketika Farrel di posisi itu perlahan-lahan tubuh Kayyisah memusing menghadapnya sambil menggenggam tangan sasar lelaki itu. Mulut gadis itu merengek kecil. Farrel membuat keputusan untuk mengejut isterinya. Farrel menepuk bahu si isteri beberapa kali untuk mengejut gadis itu dari lena.

"Erm," Kayyisah merengek lagi.

"Bangun, " kejut Farrel lembut. Gadis itu perlahan-lahan membuka mata yang masih mamai.

"Kita di mana?"soal Kayyisah sambil memandang di sekeliling ruang bilik. Besar dan elegan setahunya ini bukan bilik mereka.

"Rumah aku, cepat bangun mandi lepas itu kau nak sambung tidur sampai besok pun aku tidak kesah," arah Farrel tegas, nada yang lembut tadi sudah pun hilang begitu sahaja.

Aku yang masih berbaring itu mula menatap wajah suami aku. Berkerut dahi apabila perut yang senggugut tadi kembali menyengat.Genggaman itu di genggam kuat.

"Asal kau ni?" soal Farrel risau.

"Awak ada minyak angin tak? " soal aku sambil pejam mata menahan sakit.

"Buat apa?" ya Allah aku tengah sakit ini janganlah banyak tanya!

"Saya sengugut, dah tak tahan ni tolong ambilkanlah yang saya punya tak bawa, " Farrel terus bangkit, tangan sasar itu melepaskan genggaman, lalu terus ke arah laci meja solek tidak berapa jauh dari katil mereka. Aku bangkit dari baring lalu menyandarkan badan ke kepala katil. Kenapalah sakit sangat ini selalunya tidaklah sakit sampai macam ini sekali.

"Buka selimut tu aku nak sapu minyak ni," arah Farrel sambil menarik selimut dari menutup tubuh aku.

"Saya boleh sapukan sendiri, " aku terus merampas minyak yuu yee dari tangannya. Malu kalau dia yang sapukan memanglah sudah halal tapi masih segan, faham!?

"Sekejap jangan pergi mana, " pesannya sebelum bangkit dan terus keluar dari bilik. Aku hanya mengelengkan kepala.

"Macamlah aku nak lari, " minyak disapu pada perut dan pinggang selesai sahaja aku terus menarik selimut kembali. Sakit di perut masih lagi terasa aku ingat sapu ubat makin reda tapi ini makin sakit saja. Aku terus berbaring mengiring kedua belah lutut di tarik kedada.

"Sakit, " rungutan demi rungutan keluar dari mulut. Seketika Farrel datang dangan satu beg yang berisi air panas dan juga stokin hitam miliknya. Mungkin?

"Hey pusing sini," aku mengelengkan kepala. Farrel mengeluh perlahan. Ditarik juga bahu isterinya perlahan-lahan untuk menukar posisi tidur menjadi terlentang. Beg berisi air panas perlahan-lahan diletak keatas perut isterinya yang dilapit dengan kain tuala sederhana besar. Kerutan dahi mula beransur kurang dan juga sakit senggugut perlahan-lahan berkurang. Aku mula menarik nafas penat, penat menahan sakit. Kini terasa pula kaki aku di sentuh. Perlahan-lahan aku membuka mata, apa yang aku lihat Farrel sedang memakaikan stokin pada kedua belah kaki aku. Selesai sahaja dia memakai stoking terus dia menghampiri aku.

"Macam mana? Beransur kurang rasa sakit itu?" soal Farrel sambil melabuhkan punggung di birai katil. Aku membalas dengan anggukan.

"Terima kasih, " ucap aku terharu, air mata mula bertakung di butir mata.

"Hey, asal kau menangis pula ni? Sakit lagi ke? " soal Farrel lembut. Aku mengelengkan kepala.

"Terharu," balasan dari aku membuatkan lelaki itu ketawa kecil.

MR.BLACK HODDIE (C)Where stories live. Discover now