18

497 10 2
                                    

"Akmal, kenapa you buat i macam ni?"

"Buat apa? I belum bersedia, Aisyah. You nak i buat apa?" Akmal menjawab soalanku dengan persoalan. 

"Belum bersedia? Akmal, kita bersama senjak umur kita 18 tahun lagi. Dulu, siapa yang janji i macam-macam? Kononnya, tak boleh hidup tanpa i?" Aku menyoal Akmal lagi. Hati aku remuk dengan tindakan Akmal yang membantalkan pertunangan kami. Keluarga aku dan diri aku yang harus menanggung malu. Kecewa benar aku dengan Akmal.

Aku dilakukan seperti boneka. Bila dia perlukan teman, dia akan mencari aku. Bila aku tidak diperlukan, dia akan campakkan aku merata-rata. Perasaan aku tidak pernah dihargai. Aku sahaja haru menjaga perasaannya. Aku harus mengikut kata-katanya. Aku sahaja yang harus mengalah. Aku sahaja harus memujuk. Namun, aku lakukan segalanya dengan ikhlas. Hanya kerana aku mencintainya. Aku mempercayainya dan aku memerlukannya. Aku sangat kecewa dengan tindakkannya.

"Aisyah, cinta tidak boleh dipaksa. Kita pun dah tak jadi tunang. Apa lagi yang you tak puas hati dengan i?" Kata Akmal seolah-olah separuh marah.

Airmataku mula jatuh. Aku tidak mampu menahannya lagi, "After all that you made me go through. After all that you made me do just for you. After all that you take from me. Akmal, terima kasih. Maaf i dah menganggu you. I bersyukur kerana you jumpa i hari ini. Terima kasih. I hargai segala-galanya yang you dah lakukan buat i, Akmal. Assalamualaikum."

Aku meneruskan langkah kaki. Berat rasanya hati untuk pergi. Aku dibuang dan dicampak. Cintaku seolah-olah tidak bernilai. Diriku seperti tidak punya harga diri. Remuk hati ini. Aku tidak pernah menyangka, Akmal akan pergi. Aku tidak pernah menyangka, Akmal yang akan menghancurkan harapan dan cinta. Aku tidak pernah menyangka, Akmal membuat aku sebegini.

"Astagfirullahalhazim," aku kembali kapada realiti, "apa aku ni? Kan aku dah berjanji tidak mahu mengingatkan tentang sejarah cinta lama? Bukankah itu kisah silam."

Aku mengesat airmata yang mengalir tanpa aku sedari.

"Aisyah, awak okay?" Aiman yang kebetulan ternampak aku mengesat airmata, menanya.

"Okay. Mata saya masuk abok je. Bila masa lah saya menangis," aku memberitahu Aiman.

"Saya tak kata pun awak menangis?" Aiman memerangkapku. 

"Pandailah awak! Dah lah, pergi lah buat kerja. Saya okay," kataku. Aku tidak mahu sesiapa tahu aku menangis. Aku tidak mahu ada yang melihat aku sedang kesedihan, aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Biar duka, pedih, sedih aku simpan sendiri.

Aku melihat Aiman berlalu pergi. Didalam hati, aku sempat berkata, 'Aiman, jika awak tahu sejarah hidup saya. Mahu ke awak masih berkawan dengan saya? Masih ke ada yang akan berkawan dengan saya kalau mereka tahu sejarah hidup saya? Kalau mereka tahu penderitaan saya? Mungkin tidak. Biar lah rahsia saya, terus menjadi rahsia saya.'

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 13, 2013 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Putera ImpianWhere stories live. Discover now