“Mana Aiman ni?! Talipon tak angkat. SMS tak reply. Bingit betul lah, ” sungut Julia yang sudah agak lama menunggukan Aiman. Julia memang pantang kalau Aiman lambat. Bukan Aiman sahaja malah kalau sesiapa sahaja yang ingin bertemu dengannya harus tepat pada masa. Dia tidak suka menanti.
Setiba sahaja Aiman di restoran Secret Recipe di Marina Square, dia mencari kelibat Julia. Senyuman terukir dibibirnya apabila yang dicari sudah ditemui.
“Lama tunggu sayang?” Aiman memeluk Julia dari belakang. Julia menepis tangan Aiman dan berpura-pura merajuk untuk membuat Aiman merasa bersalah. Aiman mengambil tempat didepan Julia dengan rasa kecewa dan bersalah. Mukanya yang tadi ceria kini menjadi muram.
“You tak payah bagi i muka macam tu. You yang lambat, you pula nak merajuk. Abeh i ni macam mana? Siapa nak pujuk?” Julia mula berleter.
Aiman mengeluh kecil dan mencapai tangan Julia. Dikucup tangan Julia berkali-kali. Aiman memang tidak merasa malu dilihat bermesra sebegitu dihadapan orang ramai apabila bersama Julia. Dia tahu Julia juga tidak merasa malu. Julia jenis wanita yang ingin dimanja dan dibelai setiap masa. Kehendak hatinya harus diikuti. Kalau tidak dituruti, mahu sahaja Julianaik angin.
Julia membiarkan sahaja Aiman terus mencium tangannya. Dia sangat suka Aiman bermesra dengannya. Namun, dia masih tidak ma mengalah. Dia mahukan Aiman terus memujuknya dengan kata-kata pujian dan manis seperti mana Aiman akan selalu lakukan setiap kali dia membuat perangai.
“Sayang.. Masih marah lagi ke? Maaf kan i, please. Bukan lah i. Boss i tahan i dipejabat tadi,” Aiman cuba menerangkan situasi sebenar kepada Julia.
Julia masih berkeras hati. Sebenarnya, bukan penjelasan Aiman yang Julia inginkan. Hanya kata-kata pujian dari Aiman yang ingin didengarnnya. Dia ingin Aiman memujinya agar dia dapat merasakan yang dia yang terbaik.
“Sayang, sayang i yang comel, lawa ni… Jangan lah merajuk lagi. Sumpah i tidak sengaja datang lambat. Maaf kan saya ye tuan puteri?” Aiman sudah mulakan cara pujukkan yang selalu digunannya untuk memujuk Julia.
Julia tersenyum dengan panggilan ‘comel’ , ‘lawa’ yang terucap dari Aiman. Dia tahu kekasihnya itu sanggup lakukan apa sahaja untuk dirinya. Dia sentia dilayan dengan baik kerana itu Julia sukakan layanan dari Aiman. Julia mengukirkan satu senyuman yang sangat mengoda buat Aiman.
“Ye lah. You ni, pandai betul pujuk i. Benci i dengan you,” Julia mula mengusik Aiman.
Aiman tersenyum melihat kekasih hatinya itu sudah tidak merajuk lagi. Hatinya lega kerana dia dapat membuat pesanan makanan sekarang. Sesungguhnya dia lapar. Aiman cium tangan Julia sekali lagi.
Malam itu Julia sangat gembira memberitahu Aiman apa yang berlaku di pejabatnya dan aa yang berlaku kepada dirinya. Namun, tidak sekali pun Julia menanya Aiman tentang harinya. Itu membuat Aiman sangat terkilan tetapi Aiman pendamkan rasa hampa dan kecewanya.
YOU ARE READING
Putera Impian
Romance"Keinginan dan kemahuanmu sama sepertiku. Namun, dapatkah kita bersatu?"