BAB 34

6.1K 298 92
                                    

Holla! Ada lagi ke yang ingat jalan cerita Mrs. Ayden ni? Maaflah lama menyepi. Kena culik dengan Ayden!

Jangan lupa vote dan komen tau. Kalau tak, nak take down story ni mwahaha

Happy reading anak-anak!
Kalau hambar, ampunkan patik ye ahaks.
❤️
---------------------------------------------------

Elinna mengerling sekilas ke arah Airish yang berada di atas sofa. Terkebil-kebil matanya memandang siling. Entah apa yang ada di dalam fikiran gadis muda itu. Mungkin masih fikirkan gambar yang dilihatnya tadi.

"Airish okey tak ni?" soalnya risau. Mana tak risau kalau daripada tadi gadis itu hanya diam tidak bersuara. Fikiran dia pun bercelaru mengenangkan gambar-gambar Ayden bersama Aryana. Mustahil bos dia macam tu!

Airish tersentak sebelum dia mengeluh tanpa sedar. Masih bingung dengan apa yang terjadi. Fikirannya pun masih lagi tertumpu kepada gambar tadi.

"Entahlah, kak. Airish buntu." Wajahnya cukup menjelaskan bahawa dia kecewa. Cukup kecewa hanya disebabkan oleh sekeping gambar. Hancur luluh rasa hatinya saat ini.

Mahu bertanya tuan punya badan tapi sampai sekarang masih belum pulang walhal dah pukul dua pagi! Entah ke mana la suaminya pergi. Kerja apa sampai lewat malam macam ni?

Pada saat ini, hatinya mula berasa sangsi dengan suaminya sendiri. Selama ni, dia selalu percayakan suaminya. Atau sebenarnya kepercayaannya telah dikhianati?

Mengenangkan soal itu, tubir matanya mula terasa panas. Allahu! Bila bayangkan pun dah terasa sakit dan pedihnya dikhianati oleh orang yang disayanginya apatah lagi bila betul-betul terjadi!

"Ya Allah, Airish! Kenapa Airish menangis ni?" Kalut Elinna bertanya sambil mendekati Airish. Bahu Airish dirangkul sebelum membawa badan Airish ke dalam pelukannya. Belakang badan Airish diusap lembut.

"Airish takut... Macam mana kalau tu betul-betul Ayden? Airish tak nak Ayden tinggalkan Airish..." Perlahan suaranya meluah apa yang terbuku di hati. Tak dapat bayangkan kalau Ayden tinggalkan dia. Rasa sayangnya terhadap jejaka itu makin lama makin menebal.

Elinna mati kata. Terkesan dengan pertanyaan Airish. Dia pun terfikir juga. Macam mana kalau gambar tadi tu betul-betul bos dia? Tapi... takkanlah! Tak mungkin bos dia duakan Airish. Lagi-lagi dengan minah hayun tu!

Dia kembali memandang Airish saat Airish merungkaikan pelukannya. Jatuh kasihan dia melihat Airish. Bos dia ni pun satu. Tak reti-reti nak balik ke apa? Haih!

"Kenapa, Airish? Airish dah mengantuk ke?" tanyanya sambil menatap wajah sembab Airish. Mukanya kelihatan penat. Mungkin disebabkan gadis itu belum tidur daripada tadi.

Airish hanya mengangguk kecil. Tipulah kalau dia cakap dia tak mengantuk. Sedari tadi, dia langsung tak dapat lelapkan mata.
Ditambah pula sekarang ni dia masih berada di dalam bilik bawah tanah. Nak kata tidak selesa, bilik tu pun dah dilengkapi dengan segala perabot dan kelengkapan. Barangkali disebabkan Ayden tak ada disisinya.

"Airish tidur la dulu. Nanti kalau Ayden dah balik, akak kejutkan Airish tau," pujuk Elinna. Dia melakarkan senyuman nipis sambil mengusap rambut Airish.

Airish menggeleng perlahan. "Airish tak nak tidur lagi. Akak tidur la dulu. Kesian akak. Daripada tadi akak tak tidur sebab temankan Airish." Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya.

"Ala tak ada apa pun la. Akak dah anggap Airish macam adik akak sendiri dah. Sebab Airish tu comel macam budak kecik!" gurau Elinna sambil tertawa kecil. Namun, masih terselit keikhlasan di dalam nada suaranya.

Mrs. AydenWhere stories live. Discover now