VOTE & COMMENT"HAMBOI! Senyum kemain orang tu nampak! Kemaruk cinta ke tu" Kerusi di sebelahnya ditarik.
Mula dah si buaya ni...
"Jangan kacau aku Aryan" Aidan menepis tangan Aryan yang cuba mengambil telefon di tangannya.
"Tengok porn ke jantan?" Jujur sekali Aryan bertanya. Tidak masuk simpang kiri atau kanan.
"Kalau aku tumbuk kau, jangan tanya kenapa" Telefonnya disimpan lalu tangannya terus menumbuk perut Aryan.
BUK!
Aryan mengemam mulutnya dari menjerit kesakitan.
"Aku dah cakap kan Aryan. Bodoh tu simpan sikit bagi dekat anak kau" Ujar Aidan tenang. Dilihat wajah Aryan yang sedang menahan sakit akibat ditumbuk.
"Dah kau tak payah nak acah sakit. Aku tumbuk sikit je tu" Bahu Aryan ditepuk oleh Aidan. Aryan menarik nafas sedalam mungkin sebelum bersandar pada kerusi tersebut.
"Sakit sial"
"Memang layak untuk kau" ZAP! Menusuk ke dalam perutnya lagi.
Sampai hati abangnya buat begini.
"Tak apa lah abang, sampai hati kau. Aku cuma nak tahu kenapa kau senyum-senyum je" Pasrah sekali bunyi Aryan.
"Tak payah sibuk lah jantan" Balasnya balik. Bunyi notifikasi dari telefon Aidan menarik perhatian Aryan. Matanya menjeling ke arah telefon tersebut.
"Kak Dhia macam mana? Okey ke dia? Abang ada dera dia ke"
"Okay je Aryan" Aidan membaca mesej tersebut sebelum tolak kerusi lalu meninggalkan Aryan keseorangan di kafe tersebut.
"Tunggu aku!" Terus Aryan mengikut Aidan yang sedang bergerak ke arah pejabatnya.
Pintu bilik pejabat CEO dibuka sebelum Aidan memandang ke arah sejambak bunga di atas meja kerjanya.
Aryan yang tercungap-cungap mengikuti langkah abangnya terkejut apabila melihat sejambak bunga itu.
"Wah, secret admire!" Aryan bergerak cuba mengambil bunga tersebut sebelum dihalang oleh Aidan.
Cepat-cepat Aidan mengambil bunga tersebut sebelum kad yang berada di situ ditarik.
24 white roses just for you
-Your wife-"Wah, kak Dhia jadi awek bunga lah. Biasa lelaki bagi bunga dekat perempuan tapi ni terbalik pulak. Comelnya Kak Dhia! Mesti dia mengorat abang kan! Awwwww rawr!" Tidak sedar yang Aryan sudah pun membaca kad tersebut.
"Eh budak ni, jangan sibuk lah. Dah pergi-pergi jangan sibuk" Aidan menolak Aryan keluar dari pejabatnya.
"Abang jangan lupa Ahad ni, mama ada buat makan-makan dengan doa selamat. Jangan lupa balik rumah mama pulak!" Aryan mengingatkan Aidan tentang majlis yang bakal berlangsung pada Ahad ini. Abang dia ini bukan boleh percaya sangat. Nanti buat-buat lupa.
"Ye aku tahu. Dah pergi siapkan kerja kau tu. Jangan sampai aku potong gaji kau!"
"Macam orang tua bercinta" Sakat Aryan lagi sebelum pintu tersebut dihempas tutup.
Aidan bergerak mengambil kembali bunga ros berwarna putih tersebut sebelum tangannya menarik telefon lalu satu mesej dihantar pada Dhia.
Tidak lama kemudian Dhia membalas mesej tersebut yang menyuruh Aidan untuk mencari makna 24 bunga ros berwarna putih.
Sebaik sahaja keluar carian yang diinginkan nya Aidan menarik senyuman kecil.
YOU ARE READING
Sunshine
Romance﷽ [ o n g o i n g ] Kisah Cinta Antara Aidan Firash dan Dhia Andara "Sa...saya sayangkan awak. Sumpah! Saya tak buat semua ni, Aidan. Please, jangan buat saya macam ni. Tolong! Saya sakit Aidan. Sa...sakit Aidan! Tolonglah saya Aidan. Ni semua ter...