Tegas Amir bersuara bagi pihak abahnya.Dalam ketegasan itu terselit sedikit getaran.

Di luar jangkaan tiba-tiba Ku Gibran menjatuhkan kepala lutut di hadapan abang iparnya.Pandangan menekur ke bawah.
Melihat lantai hospital yang sudah dibasahi dengan titisan air mata.

"Saya merayu tolong jangan paksa saya lakukan perkara yang memang saya tidak mampu buat.Saya belum kuat untuk kehilangan Harleen.Tolong maafkan kesalahan saya dan tolong jangan pisahkan saya dan Leen.Saya sayangkan dia.Saya betul-betul cintakan Leen."Esak tangis Ku Gibran memenuhi segenap lorong ini.Mujur saja hanya mereka sahaja yang berada disini tetapi jika ditakdirkan lorong ini dipenuhi orang ramai,Ku Gibran tidak segan berlutut serupa sekarang.

Sedari tadi hanya sekadar mendiamkan diri dan setia menjadi pendengar.Encik Ahmad segera bangkit berdiri.

"Selepas apa yang terjadi kepada Harleen gara-gara suaminya sendiri,kau masih berani cakap kau cintakan dia.Kau sayang dia.Kata-kata manusia macam kau memang layak dibenci.Jangan disebabkan kerana digelar seorang suami itu adalah tiket membenarkan seorang lelaki memukul malah menghina kaum hawa.Aku sendiri pun tak pernah pukul Leen sebab aku nak dia rasa kasih sayang seorang ibu dan seorang bapa pada masa yang sama..."Bicaranya terhenti seketika.Air mata bercucuran jatuh dilap satu-persatu.

"Gibran sudah lupa apa yang abah pernah bagitahu?Jika suatu hari nanti Gibran sudah tidak mampu menjaga anak abah,tolong pulangkan.Pulangkan kepada abah.Abah sedar darjat kita tidak sama tapi untuk pengetahuan kamu.Selama ini abah sentiasa akan memastikan kehidupan Harleen tidak pernah kurang walaupun sedikit."Nada suara lebih lembut dari sebelum ini.Sesudah itu dia kembali melabuhkan duduk.Tangisan menantunya dipandang tanpa beriak.

Ku Fatimah di belakang sana sudah teresak-esak menangis.Terkenang kembali akan setiap hinaan yang dilontar kepada Harleen.Selama ini dia sentiasa mendongak ke langit sehingga terlupa asal usulnya.

BIB...

Getaran telefon bimbit melenyapkan raut wajah sayu Ku Gazwa.Dilihat sebentar gajet canggih itu sebelum berlalu pergi.

Tidak lama kepergian Ku Gazwa.Pintu bilik pembedahan terbuka perlahan.Sepasang kaki mula menampak keluar.Mask dilepaskan bagi benarkan dia membuka bicara.

"Nasuha.Macam mana kondisi adik aku?Takda perkara buruk yang terjadi kan?"Gadis atau lebih dikenali sebagai Doktor Nasuha sekadar senyum tawar.Agak berat untuk mengangguk kepala kerana tanggapan Amir seratus peratus tidak tepat.

"Maaf.Sebelum itu saya mahu bertanya kamu semua.Sebagai orang terdekat Harleen,kamu semua tahu mengenai penyakit yang perlu dia hadapi.Kanser hati tahap tiga."

Dunia seakan-akan berhenti berputar.Dunia yang sememangnya gelap kini menjadi lebih gelap sekaligus tiada sebarang cahaya.

Seluruh badan menggigil.Bibir juga kelihatan sedikit bergetar.Ku Gibran ketakutan!

"Kanser."Perlahan ucapan Amir sekali dengan pakej terduduk lemah.

"Satu lagi perkara saya perlu kamu semua tahu dan saya berharap agar diterima baik."

"Apa?"Lemah Ku Gibran bertanya.

"Harleen sedang mengandung.Usia kandungan baru sahaja mencecah dua minggu."

Buat kali kedua mereka terkejut sedangkan ketika itu Ku Gibran sudah melepaskan segala tangisan.

Egokah jika dia mengatakan betapa gembiranya dia pabila menerima berita tersebut namun Ku Gibran juga tidak dapat menafikan rasa takut.Takut kehilangan.

"Habistu macam mana Nasuha?Takkan takda cara lain yang boleh kau buat.Tolong aku Nasuha,tolong selamatkan adik dan anak saudara aku.Kedua daripada mereka tidak boleh pergi."Melihat kesungguhan seorang abang sedang merayu supaya menyelamatkan adik bongsu berjaya membuatkan hati merintih sedih.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now