38

13.3K 462 8
                                    

ADAM segera memberikan kunci kereta miliknya kepada Arfan sejurus sampai, sempat mereka bersalaman.

"Uish sejak jadi CEO ni.. Nampak berkelaslah Adam," seloroh Arfan membuatkan Adam segera tertawa sinis.

"Berkelas kau cakap Arfan? Kau tahu tak kerja kau tu banyak gila aku kena handle. Dengan projeknya," rambut diraup ke belakang. Wajahnya jelas kusut. Sejak Arfan pergi dari syarikat itu, Adam adalah pengganti sementaranya.

"Ha ha ha, seronok kan?" Usik Arfan lagi yang membuatkan Adam menjengil geram. Arfan semakin galak tertawa.

"Arfan.. Kau taknak jadi CEO balik ke? Aku tak tahan," lengan Arfan dipegang. Wajahnya jelas merayu Arfan kembali. Arfan memandang Adam sekilas sebelum kepalanya diggeleng.

"No! Selagi papa tak buang syarat dia, selagi tu aku taknak kembali ke sana. Adam, kau bertahan sikit eh." Sejurus itu bahu Adam ditepuk.

"Aku gerak dulu," tangan Marisa dipimpin lalu dibawa menuju ke tempat duduk hadapan lalu pintu kereta dibuka. Dia suruhnya Marisa pasang tali pinggang keledar sebelum daun pintu ditutup.

"Arfan.." bibirnya dijuihkan.

"Baliklah ke sana, itu syarikat papa kau. Kenapa aku yang diseksa?" Arfan hanya sekadar menggeleng melihat perangai sahabatnya. Bahu Adam disentuh.

"Buat masa sekarang papa aku percayakan kau, Adam.. Bukan aku. Jadi, good luck." Balas Arfan sebelum punggungnya dilabuhkan ke tempat duduk pemandu.

"Kau balik macam mana ni?"

"Syafiq.. Budak pratikal dekat syarikat kau tu, aku suruh dia jemput. Nanti dah sudah, kau call je aku. Aku minta orang ambil kereta ni," Arfan sekadar membuat isyarat ibu jari sebagai tanda mengerti sebelum kereta dipandu membelah jalan raya.

Adam mengeluarkan telefon pintarnya lalu nombor Syafiq yang merupakan pelajar pratikal di syarikat milik Arfan dicari.

"Syafiq.. Tolong ambil saya. Nanti saya bagi lokasi,"

ARFAN berkerut melihat isterinya yang dari tadi membelek sayuran tetapi tidak diambil.

"Ehem sayang." Serunya, Marisa segera memusingkan badannya mengadap sang suami.

"Sayang ambil jelah sayur yang sayang nak.. Kenapa renung-renung macam susah hati je," tambah Arfan lagi, troli dilepaskan lalu sayur di tangan isterinya diambil lalu diletakkan ke dalam troli tanpa menunggu.

"Eh abang.." Marisa segera mengambil semula sayuran tadi lalu diletakkan ke tempatnya kembali.

"Mar tak rasa nak makan sayur, kita beli benda penting je abang. Macam beras, ikan, ayam. Mar taknak membazir duit gaji abang.. Mar tahu abang dah bayar duit sewa pagi tadi, duit gaji abang tak tinggal banyak kan?" Arfan menarik senyuman, hidung isterinya ditarik manja.

"Mana sayang tahu abang tiada duit? Abang ada cakap ke? Sayang.. Kalau sayang nak makan tu, abang usaha belikan." Marisa mengukir senyuman manis, tangan Arfan disentuh.

"Mar tahu tapi sekarang Mar tak teringin sayur pun.. Dah jom abang, kita cari barang penting je." Segera Arfan ditolak mendekati troli mereka lalu dipaksa Arfan berjalan menuju ke bahagian beras.

"Sayang betul taknak eh?"

"Taknak encik Arfan Daniel,"

"Sayang tak mahu panggil abang macamtu," Marisa tertawa perlahan, lengan Arfan dipeluk lembut. Tersenyum lebar Arfan saat Marisa memeluknya sebegitu.

Hatinya senang saat wajah Marisa terlihat bahagia dengan dirinya.

"Sayang taknak coklat ke?"

"Taknak abang.. Bazir,"

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now