bab 46

18.8K 921 79
                                    

Sarapan pagi dihabiskan secepat mungkin.
Kemudian pinggan dan gelas dibawa ke singki.Kelmarin,selepas sehari suntuk menghabiskan masa bersama abah dan abang.Pasangan ini terus meminta diri untuk pulang.

Setibanya mereka di kondo.Masing-masing terus menghilangkan diri ke dalam bilik tidur mereka.

Tiada teguran daripada Ku Gibran.Tiada pertanyaan Harleen.Situasi ini berlanjutan sehingga sekarang.Pagi ini hanya Harleen sahaja yang bersarapan manakala bayangan suaminya tidak terlihat lagi.

Usai itu tas beg mula dicapai.Langkah kaki  menuju pintu utama namun sebelum tiba di bahagian itu,Harleen perlu melintasi kamar
Ku Gibran terlebih dahulu.Baru sahaja dua langkah,kedua belah kaki Harleen terpasak di lantai.

Ekor mata melirik pintu bilik yang masih terkatup kemas.

Rasa aneh mula menyelubungi diri.Aneh kerana susuk tubuh itu masih tidak muncul dari tadi.Walhal pada pengetahuan Harleen.Ku Gibran bukannya jenis manusia yang suka melengahkan masa lebih-lebih lagi bila berkaitan hal kerja.

Disebabkan kerana terlalu ingin tahu akan kondisi suaminya.Langkah kaki diangkat perlahan.Walaupun perbuataan kejam Ku Gibran belum Harleen dapat maafkan.

Jauh di sudut hati tetap rasa berkeras ingin menghampiri pintu tersebut.

Kini dia sudah berada di hadapan pintu bilik.Sedaya-upaya Harleen mencuba menyakinkan diri sendiri.

"Awak"Satu ketukan di pintu kayu itu.

"Awak...Awak belum bangun ke?"Masih sama.

Tiada sahutan bersambut dari dalam sana.
Biarpun begitu Harlen tidak terus meluru masuk sebaliknya setia menunggu.Mana tahu seminit kemudian Ku Gibran akan muncul.

Sangkaan Harleen meleset jauh.Sudah lebih kurang lima minat dia menunggu dan masih tiada sebarang bunyi.

Dalam pada itu,jemari kanan sudah berada di tombol pintu.Hanya perlu memulas sahaja dan pintu bilik akan terkuak namun tidak perlu Harleen meneruskan semua itu.Dia masih rasa ragu-ragu.

Antara mahu masuk ataupun terus berangkat ke tempat kerja.

Sudahnya pintu bilik terkuak luas.

Langkah kaki diayun.

Dalam samar-samar lampu bilik.Apa yang ditangkap melalui pandangan mata ialah keadaan suaminya.Terlalu nyenyak lelaki itu tidur.Tidak sedikitpun bergerak.

Apabila kedudukan jarak semakin dekat barulah Harleen dapat melihat pemandangan penuh.Memang betul tidur suaminya terlalu nyenyak tapi apa yang menjadi persoalan adalah bila seluruh tubuh Ku Gibran dibaluti selimut tebal.

Bukan itu sahaja,ada juga sedikit peluh yang mengalir di atas dahi.

Entah dari mana memperolehi keberanian.
Tahu-tahu sahaja sudah melabuhkan duduk di sebelah Ku Gibran.

Seketika kemudian,telapak tangan diangkat dan dijatuhkan pada dahi berpeluh itu.

Beberapa sangat kemudian Harleen tersentak.Cepat-cepat telapak tangan dilarikan semula.

Suhu badan Ku Gibran sangat panas.

Suaminya demam!

"Gibran bangun."Bahu kiri Ku Gibran digoncangkan.Tidak kuat tapi mampu buatkan lena lelaki itu terganggu.Terpisat-pisat kelopak mata cuba dibuka.

Bila sudah sedar sepenuhnya.Ku Gibran terkaku sejenak.

Anak mata tunak memandang satu wajah.
Perkara pertama yang menjadi pandangan matanya ini ialah wajah Harleen.Tidak dapat dinafikan lagi bahawa wajah itu kelihatan sangat cantik.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now