Sementara itu puan Afira dan ibu saudara Farrel mula berbincang tentang majlis yang akan di buat beberapa bulan yang akan datang.
Semua puan Afira menanya tentang cincin, tarikh nikah, tarikh bersanding mahu di kata semuanyalah."Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan keputusan anak Afira, menjadi juga rancangan kita," Ucapnya. Puan Afira mengangguk menyetujui apa yang di kata perempuan yang berumur lingkungan 50 an.
"Saya pun bersyukur Fira dengan keputusan anak saya yang seorang itu," Ucap puan Afira gembira.
"Jadi nanti kita bincangkan perkara ini lebih lanjut saya minta diri dulu kalau ada apa-apa Fira Call saya sahaja," Beritahunya sebelum saling bersalam sebelum wanita yang di panggil Fara itu berlalu pulang.
Puan Afira mula menutup pintu rumah sebelum berjalan mendapatkan anaknya. Dia ingin sangat bertanya apa yang membuatkan hati anak perempuannya itu lembut untuk menerima pinangan lelaki yang bernama Farrel. Pintu bilik anaknya ingin di ketuk tapi tergendala kerana telinganya mula mendengar esakan demi esakan dari dalam bilik bersama tangisan yang berbunyi agak kuat. Puan Afira memegang tombol pintu sebelum membuka pintu.
Dengan sekelip mata dia melihat anaknya menangis teresak-esak di birai katil dengan gratis dia mendapatkan anaknya sebelum memeluk kuat tubuh itu.
"Kenapa ni, sayang?" Tegur puan Afira lembut sambil menepuk-nepuk belakang badan anaknya. Luluh hatinya apabila melihat satu-satu cahaya matanya menangis teresak-esak sendirian di dalam bilik. Isya memang cukup jarang mempamerkan wajah sedih atau menangis dihadapannya apatah lagi suaminya.
"Isya rindu abang," Jawabnya masih dengan tangisan.
"Kalau abang masih ada mesti dia cemburu sebab isya yang kahwin dulu," Rungut Isya. Puan Afira masih mendiamkan diri mendengar luahan dari anaknya.
"Isya rindu dia. Isya... Isya rasa yang abang masih hidup," Puan Afira sedikit tersentak dia juga mengaku akan ayat yang baru dilontarkan oleh Isya. Firasatnya mengatakan anak sulung dia masih hidup.
"Sudah, kalau betul abang masih hidup dia akan balik sini tak akan dia lupa keluarga dia sendiri," Pujuk puan Afira lembut perlahan-lahan dia melepaskan pelukan. Perlahan tangannya naik mengusap air mata yang jatuh di pipi anaknya.
"Sudah jangan menangis pergi solat Magrib azan Magrib dah berkumandang tadi, jangan menangis kalau kamu ada apa-apa masalah luahkan pada mama jangan pendam,"pesan puan Afira lembut sambil mengusap lembut kepala anaknya.
Puan Afira bangkit dari duduk dan berjalan keluar dari bilik sebelum dia melangkah kaki keluar langkahnya terhenti sebelum berpaling semula memandang ke arah anak gadisnya.
" Jangan lupa keluar makan dan jangan menangis lagi mama tak suka,"pesan puan Afira tegas sebelum berlaku keluar. Isya tergelak kecil dia mengusap sisa air mata di pipi sebelum berlalu ke tandas untuk mengambil wudhuk.
YOU ARE READING
MR.BLACK HODDIE (C)
Mystery / ThrillerCover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini 😭 BOOK 1 "My story is not as beautiful as any other human" Nurul Kayyisah Adila. Seorang gadis yang memiliki personalit...