10 × Forever Mine

Start from the beginning
                                    

Kata pihak hospital, hanya nombor Nabila yang berada dalam senarai kenalan mangsa. Jadi mereka terpaksa menghubungi Nabila untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Erina.

"Kejap sayang." Lengan Nabika dipaut lembut. Nabila terus berpaling menunjukkan wajahnya yang jelas kerisauan.

"How do you know Erina?" Saif dan Erina bertunang sewaktu tempoh lima tahun Nabila menghilang. Dan seingat Iqbal, dia tak sempat memperkenalkan Erina kepada Nabila kerana Saif memaklumkan bahawa dia dan Erina sudah tiada hubungan.

"Long story, abang. Not really long but erm can we chit chat later?"

BAM!

Bunyi pintu dibuka kuat menarik perhatian suami isteri itu.

"Yeah I think we should." Melihat Erina yang baru keluar dari pintu di hadapan mereka dalam keadaan tak terurus, Iqbal tahu ini permulaan kepada satu cerita yang amat panjang.




"PAPA! Nak tu." Bersinar mata Nadira melihat kedai menjual barang kemas di hadapannya. Lagi teruja dia dibuatnya apabila dia melihata ada rekaan terbaru yang dilihatnya di media sosial tadi ada di hadapan matanya.

"Barang kemas?" Nadira laju mengangguk.

"Bolehkan papa?" Anak mata ayahnya dipandang.

"Boleh, sayang." Nadira tersenyum lebar sebelum dia kembali mencebik.

"Papa bagi. Tapi kenapa nampak macam papa terkejut sangat bila Ira minta tadi? Mahal sangat ke? Sorry..." Ujar Nadira serba-salah. Dia cuma terlampau teruja tadi apabila Encik Aiman mengatakan yang dia boleh memilih apa sahaja untuk hadiah ulang tahunnya.

"Tak adalah. Cuma Bella tak pernah minta barang kemas. Ingatkan citarasa kamu berdua sama." Encik Aiman tersenyum.

"Ooo macam tu... Tak apalah papa. Tak jadi. Bella pun tak pernah minta mahal macam ni."

"Eh tak apalah. Bella dah selalu dapat dari papa. Untuk Ira, papa tak pernah bagi apa-apa. Pilih je." Lembut sahaja Encik Aiman memujuk. Dia tekad untuk menggantikan masa hampir 28 tahun yang dia hilang bersama Nadira.

"Tapi..."

"Ira jangan risau. Papa okay je. Dah jangan fikir lagi. Masa kita dah banyak terbuang. Papa tak nak bazirkan lagi." Nadira berasa terharu. Jelas matanya bergenang dengan air mata.

Kaki Nadira dan Encik Aiman mula melangkah ke kedai barangan kemas itu. Rambang mata mereka dibuatnya apabila melihat pelbagai rekaan yang sangat unik.

"Mesti seronokkan kalau ibu ada lagi. Boleh ibu pilihkan untuk Ira."

"Tak ada rezeki kita nak bersama ibu hari ini. Ira pilihlah yang mana berkenan." Nadira mula mencari barang kemas yang menarik hatinya. Sebentuk cincin belah rotan dengan satu permata kecil dengan ukiran bunga pada cincinnya ditilik.

"Papa, ni cantik." Encik Aiman segera meminta jurujual itu untuk mengeluarkan cincin yang dipilih Nadira.

"Papa! Muatlah." Saiz cincin itu betul kena dengan jarinya. Sedang elok, tidak longgar dan tidak ketat.

"Baguslah muat. Saiz Ira sama dengan Bella. Ira nak yang itu atau nak tengok-tengok lagi?" Nadira menggeleng tanda tidak mahu.

"Ira nak yang ini sahajalah." Encik Aiman tersenyum lagi. Nadira memang tak banyak ragam. Apa yang diberi, diterima tanpa rungutan. Memilih pula tak cerewet.

"Ada satu lagi tak rekaan dan saiz yang sama?" Soal Encik Aiman membuat Nadira berkerut dahi kehairanan.

"Untuk Bella satu. Bolehlah kamu berdua pakai sama-sama." Nadira mengangguk faham.

"Maaf encik. Satu sahaja tinggal untuk yang itu. Kalau encik nak saiz yang sama, ada beberapa rekaan lain lagi dekat sebelah sini." Jurujual itu menunjukkan beberapa bentuk cincin bertatahkan berlian yang kelihatan sangat eksklusif hatta di mata Encik Aiman sebagai seorang lelaki.

"Yang bawah kiri tu cantik. Ira rasa okay ke?" Nadira mengecilkan mata melihat reka bentuk cincin itu sebelum mengangguk setuju. Tak dinafikan cincin itu jauh lebih cantik daripada yang dia pilih tadi.

"Cantik, pa! Sesuai sangat dengan Bella."

"Kalau sesuai dengan Bella, mestilah sesuai dengan Ira juga. Ira nak tukar yang sama macam Bella tak?"

"Tak naklah, Pa. Yang ini dah cukup, Senyuman lebar diukir menandakan dia serius dengan kata-katanya.

"Okay. Sekejap papa bayar." Tak sabar rasanya Encik Aiman mahu memberikannya kepada Bella. Dan dia juga tak sabar mahu melihat kedua puterinya bersatu kembali.

Nadira dah balik, Hani.











Forever MineWhere stories live. Discover now