"Taufan, kau tolong jaga rumah elok-elok eh. Aku nak ke rumah Tok Aba. Ingat, JANGAN BUAT MASALAH LAGI. Aku akan cuba balik secepat mungkin. Kalau jadi apa-apa, KAU orang pertama yang akan bertanggungjawab,"
Halilintar tidak putus-putus memberi pesanan dan amaran kepada Taufan. Dia perlu ke rumah Tok Aba untuk membantu datuk mereka itu membaiki paip yang telah bocor. Berat juga hatinya mahu meninggalkan kelima-lima adik kembarnya di rumah tersebut tanpa pengawasan Gempa atau dia sendiri.
"Iye... Iye... Aku dengar..," Taufan sudah penat mengangguk-anggukkan kepala bagai burung belatuk dari tadi. Terasa mahu patah tengkuk!
"Jarang Hali jadi prihatin dan kuat bebel macam ni," bisik Blaze ke telinga Taufan, perlahan.
Taufan mengangguk-anggukkan kepalanya, bersetuju. Payah juga ni...
"Dan korang," Halilintar memandang kembar-kembar yang lain.
"Iye?" serentak Blaze, Thorn, Ais dan Solar menyahut.
"Jangan.buat.masalah," untuk ke-4892 kalinya, abang kedua mereka mengulang pesanan itu. Rasa mahu berdarah sahaja telinga mereka mendengarnya.
"Iyelah..,"
"Ha, Solar. Alang-alang ada masa ni, kau pergi siapkan ramuan untuk pulihkan Gempa kalau kita jumpa dia nanti. Tak payahlah nak layan peminat-peminat kau tu. Tak datangkan faedah pun. Bukannya boleh tolong kita cari Gempa,"
Solar mencebik bibir. Tahu-tahu je dia tu... Tetapi benar juga, itu bukan masa untuk leka dengan segala fatamorgana yang ada. Dia harus mencari solusi.
"Dah, aku pergi dulu. Ingat! Jangan buat masalah!"
Zappp!
Dalam sekelip mata, kelibat Halilintar hilang daripada pandangan. Apa guna ada kuasa kilat tapi tidak gunakan, bukan? Lagi cepat pergi, lagi cepat pulang!
Kini, tinggallah kelima-lima kembar di situ. Mereka saling berpandangan untuk seketika.
"Sekarang Hali takde... Kita keluar main kat taman dulu, nak tak?" Blaze memberi cadangan.
"Eh, mana boleh! Kan Abang Hali kata, jangan buat masalah?" Thorn cepat-cepat menggelengkan kepala, tidak bersetuju.
"Haah, betul jugak cakap Thorn tu. Kita main kat luar rumah jelah," sambung Taufan.
"Lagipun nanti kalau jadi apa-apa, mesti aku yang paling teruk kena. Tak kesian ke kat aku yang comel ni?" dia mengelip-ngelipkan mata sambil buat muka comel. Semua orang buat-buat tidak nampak wajah itu.
"Hmm, yelah... Asalkan boleh main," Blaze bersetuju sahaja.
"Aku nak tidur. Jangan kacau aku!"
"Aku pulak macam yang korang dengar tadi, aku nak siapkan ramuan pemulih untuk Gempa. JANGAN SESEKALI SENTUH PINTU BILIK MAKMAL AKU," Solar menekan ayat amaran itu sambil matanya tajam menatap wajah Taufan dan Blaze yang sudah serupa itik jantan yang baru sahaja melahirkan lima ekor anak beruang.
Taufan dan Blaze menarik muncung.
"Iye, iye..,"
Seketika kemudian, semua orang berpecah dan melakukan aktiviti masing-masing. Solar naik ke tingkat atas, Ais sudah rebah di atas sofa dan Trio Trouble Maker menapak ke luar untuk bermain.
"Thorn! Lupa nak pesan, ambilkan bola?" pesan Blaze pada Thorn yang berjalan paling belakang sekali.
"Oh, okey!"
"Kitorang tunggu kat luar!"
Seiring dengan itu, Blaze dan Taufan pun berjalan keluar dari rumah. Sambil menanti Thorn, mereka sama-sama perhatikan pokok sambil pokok itu turut memerhatikan mereka :v
"Memang setiap hari aku nampak pokok ni. Tapi kali ni, nampak cantik semacam pulak. Apa rahsia kau eh?" Blaze mengusap dagu sambil memandang pokok tersebut dari atas sampai ke bawah.
"Ehek~ Ada orang pujilah~ Tak pernah pernah lagi kena puji," pokok itu menutup mulut, menahan diri daripada menjerit keterujaan kerana telah dipuji buat pertama kalinya.
"Woi, aku tanya ni. Apa rahsia kau?" Blaze mengulang kembali pertanyaannya.
"Erk- Ah... Tak pakai apa pun... Pakai produk Kosmetik Kosmik X9500 je... Serlahkan kekonfidenanmulah katakan... Hoho," pokok tersebut menggaru kepalanya yang tiba-tiba gatal akibat digigit oleh katak. Jangan tanya kenapa katak :v
"Ouh... Patutlah hijau semacam..,"
Di tempat Taufan dan Thorn, mereka berdua hanya memerhatikan Blaze yang bercakap seorang diri dengan pokok. Risau mereka dengan kembar yang seorang itu.
"Kenapa dengan Blaze, Taufan?" Thorn berbisik pada Taufan yang berdiri di sebelahnya. Dia tangannya sudah ada bola, seperti yang diminta oleh Blaze tadi.
"Erk, aku pun taktau. Gempa hilang tak sampai sehari, dia dah gila macam tu. Takut pulak aku," balas Taufan.
"Hahaha! Lawaklah kau ni, pokok~ Kenapalah aku boleh tak sedar yang kau ni syok dijadikan member? Haa, meh sini nombor telefon kau. Nanti apa-apa, boleh aku call. Kita pergi dating kat taman ke..,"
Apa lagi, bertambah seriau Taufan dan Thorn dengan Blaze. Siap mengorat lagi tu! Adoi... Adik siapa la ni?
"Aku tak kenal dia siapa," Halilintar yang sedang menjadi tukang suluh, menarik topinya hingga menutupi separuh wajah. Aduh... Menjatuhkan maruah kembar elemental betul!
"Tulah..," Gempa yang sedang merakam turut menutup mukanya dengan sebelah tangan.
"Weiii aku ikut skrip je!" Blaze mencebik bibir.
"Ah, sudah. Semua kembali pada posisi masing-masing!" Author yang dari tadi menahan tawa akibat seronok membuli Blaze dengan memberi skrip bukan-bukan, meredakan keadaan.
"Kau tunggu, Author. Aku bakar bantal golek kau malam nanti," ugut Blaze.
"Eleh. Kau tunggu aku tangkap ayam kau masa kau keluar main, lepastu jual kat Mail dua singgit," ugut Author pula.
"Kau tunggu aku koyakkan diari kau masa kau tidur nanti,"
"Kau tunggu aku bagitau Gempa yang kau ada bela katak bawah katil,"
"Kau tunggu..,"
"Kau tunggu..,"
PANGGG!
"Korang dua tunggu sebelum aku hilangkan ingatan sorang-sorang,"
Krik... Krik... Kambing kacukan zirafah nak tumpang lalu~
Terus suasana hening apabila Gempa mula keluarkan senjata turun temurunnya.
"Errr... Okey, berbalik pada cerita,"
"Thorn... Hmm... Aku rasa tak selamatlah duduk dengan Blaze ni... Jom kita main kat sana dulu?"
"Habistu Blaze tu macam mana?"
"Kita main je dulu... Nanti kalau dia dah habis selesai sesi membawang dia tu, pandai-pandailah dia datang join kita main,"
Thorn memandang wajah Taufan seketika sebelum menganggukkan kepala perlahan. Baru sahaja mereka mahu pergi dari situ, Blaze memanggil kembali.
"Wei, korang! Pokok ni kata dia nak ikut main!"
"Erk,"
"Ni Thorn pun tak macam ni... Hadeh... Tragedi pokok,"
Entahlah taktau :v
YOU ARE READING
Best Ke Jadi Meow? 💀
FanfictionBest ke jadi meow? Siapa yang tidak kenal Solar? Seorang lelaki yang berotak 'Sains' dan suka melakukan eksperimen serta mengkaji perkara yang baru. Pada suatu hari, dia berjaya menyiapkan satu ramuan setelah bertungkus-lumus mengambil masa selama s...