Hari Pertama SPM
"Ashh!" laung Yana daripada hujung koridor luar dewan.
Hari ni hari pertama tunangnya akan menduduki peperiksaan SPM. Dia datang hanya untuk memberikan semangat buat tunangnya. Bukan main tunangnya study sehinggakan makanan pun dibawa ke biliknya.
Jangan tanya macam mana Yana tahu. Mestilah mama Dani bagitahu dia. Daughter-in-law and mother-in-law relationship lah katakan.
"Ye kenapa?" Soal Dani sambil tersenyum ke arahnya sebaik sahaja Yana berada dihadapannya. Bukan perkara normal ni Dani tersenyum-senyum bagai.
"Erkk nak gitahu baca doa sebelum jawab pastu selebihnya ermm serahkan kepada Allah. Ahh lagi satu, buat leklok bagi dapat straight A na." Ujar Yana panjang lebar.
"Tu je...ni?" Dani menundukkan sedikit badannya dan menghalakan pipi kirinya ke arah Yana.
"Hang ni oghang pelempang satgi apa pun dak dapat. Haramlah HA.RAM. Dah lah hang, pi masuk nu." Yana menguatkan suaranya ketika melantunkan perkataan haram itu.
"Hahahaha.....tahulah aku saja je nak bagi release stress." Dani ketawa apabila melihat pipi Yana yang sudah memerah sebab malu itu.
"Cagha release stress hang tu macam cagha mintak penampaq." Yana yang sudah geram dengan perangai Dani menaikkan tangannya ke depan muka Dani seakan-akan ingin menapar orang.
"Dahlah pendek pastu ada hati nak tampar orang. Dah lah girl aku masuk dulu, bye." ujar Dani sambil mengenyitkan mata kanannya ke arah Yana. Bye, bye tapi belum masuk.
"Gatai." sepatah perkataan dihadiahkan kepada Dani sebelum berlalu pergi.
"Phm." Dani mengsmirk apabila mendengar Yana membebel sorang-sorang sambil kakinya menuju ke kelas. Comellllll makkk! Kau bayangkan kaki pendek jalan macam itik, tangan letak kat pinggang macam mak-mak membebel pastu bebel sorang-sorang tak ke comel tu? Haa?
Ye, ye comel, comel pi masuk dewan.
♡
"Yana harini pj kau nak main apa?" Soal Nani kepada Yana yang sedang mengikat tali kasutnya.
"Takleh nak main kat gelanggag bola tampar kan? Sebab dekat dengan dewan SPM. Kita main bola tampar kat padang jelah. Nak?" Soal Yana dalam full loghat KLnya.
"Betul juga kan. Boleh je. Afiq dengan Kimi?" Soal Nani.
"Biaq pi depa lah nak main padia pun. Takkan nak ngepit ngan kita 24jam." Ujar Yana lalu menggalas botol air dibahu untuk bawa turun sekali kepadang.
"Tulah tu. Ko tengok depan tu. Dah buat roadblock pula." Ujar Nani lalu memuncungkan mulutnya kearah Afiq dan Kimi yang sudah menunggu mereka di tepi koridor. Naufal juga turut serta.
"Weh! Tu Naufal kan?" Soal Nani sedikit teruja. Namun nada yang digunakan hanya didengari oleh Yana sahaja.
"Erm." Jawab Yana sepatah lalu membalas senyum dengan Naufal.
"Korang nak main apa?" Soal Afiq seraya mereka berjalan menuruni tangga.
"Hampa pilah main jejauh. Aku ngan Nina nak main bola tampaq." Ujar Yana. Naufal dibelakang hanya menjadi pendengar.
"Bola tampar kat padang?" Soal Kimi kepelikan. Tak bahaya ke? Kang duk tampaq, tampaq ada yang terkena bola tampaq. Yana dengan Nani kalau dah tampar bola macam berdendam sangat dengan bolanya pun.
YOU ARE READING
Pengawas Senior Dingin (EDITING)
Teen Fiction"Kau kenapa terintai-intai macam kera dekat belakang blok ni? "-Dani Nama penuh Tengku Muhammmad Ashraf Daniel atau lebih dikenali sebagai Dani.Tingginya yang menjadi tinggi ideal para wanita dan muka serta rambutnya yang terletak cantik membuatkan...