RESTORAN chicken rice shop yang halal itu tidak sesak seperti selalu. Mungkin hari bekerja dan bukan masa rehat lagi. Delima menanti kehadiran Syaqil. Ikutkan memang Syaqil yang datang menjemputnya namun Delima menukar fikiran.
Sambil itu fikirannya ligat memikir keadaan ahli keluarganya di kampung.Nasi ayam dan air oren jus di hadapannya dipandang kosong. Saja dia order buat Syaqil. Lagipun Delima memang tak makan nasi ayam. Entah kenapa tak suka.
Kerusi di hadapannya ditarik seseorang. Bau maskulin lelaki masuk ke dalam rongga hidung Delima. Sudah kenal sangat dengan bau ini. Siapa lagi kalau bukan Syaqil.
Seraya itu, Delima memandang wajah bersih milik Syaqil. Lelaki itu turut memandangnya dengan wajah pelik. Delima hanya tersenyum hambar pada lelaki itu.
"Kau okay Delima ? Kenapa mata kau sembab ? Muka kau pun pucat. Kau menangis ke semalam ? Ada apa-apa yang terjadi ?" Tudia berduyun-duyun soalan yang keluar. Sampai tak terjawab Delima.
"Saya nak jumpa awak bukan untuk jawab soalan-soalan awak. Saya nak beritahu saya akan pulang ke Malaysia. Mungkin saya takkan kembali ke sini. Maaf saya tak dapat nak beritahu pada mama dan saya tak dapat nak tulis surat berhenti kerja. Malam ini saya pulang ke Malaysia. Terima kasih untuk segalanya. Kirim salam pada mama. Ini kunci rumah dan duit yang saya hutang pada awak. Ni makanan saya dah orderkan untuk awak. Jangan risau saya belanja. Saya tahu awak minat nasi ayam. Saya minta diri dulu. Kirim salam juga pada Jay dan kekasih hati awak. Assalamualikum Tengku Syaqil,"
Syaqil terdiam. Segala yang Delima lontar tadi dihadam satu persatu. Delima berlalu pergi. Delima tekad. Dia sudah buat keputusan. Dia akan pulang ke Malaysia dan fix hubungan keluarga mereka.
Terima kasih untuk segalanya Syaqil. Saya takkan lupakan awak. Walaupun masa perkenalan kita singkat.
Delima bawa diri.
ALHAMDULILLAH Delima sudah sampai ke Malaysia. Sebak di dada dia tak mampu tahan, air matanya sudah berjurai-jurai turun. Tak kisah pada yang tengok. Tujuannya satu, nak jumpa ayah, ibu dan Dzul. Rindunya hanya tuhan sahaja yang tau.
"Delima dah sampai ayah..." ujarnya berbisik.
Bagasi ditarik ke arah deretan teksi. Seorang pak cik datang mendekati menawarkan teksinya. Tanpa membuang masa, Delima mengikuti sahaja. Bagasi dibawa oleh pak cik itu.
"Cik nak ke mana ?" Soal pak cik itu sopan. Delima tersenyum sebelum memberitahu lokasinya.
"Hantar saya ke stesen bas puchong," jawab Delima mendatar. Pak cik itu angguk. Pandangan dihalakan ke luar. Perjumpaan terakhirnya bersama Syaqil terulang kembali.
Dari dalam flight lagi dia asyik memikirkan tentang hal lelaki itu. Hal mama juga. Namun, akalnya asyik bisik bahawa Syaqil pasti bahagia bersama Aireen disampingnya. Mama juga pasti suka dapat menantu selawa Aireen.
Tapi, hatinya tak mampu untuk menipu. Dia sudah mula sayangkan mama dan Syaqil. Hatinya cukup berat untuk lepaskan mereka. Sekarang ini, Delima hanya sehelai sepinggang.
Duit pun belum ditukar lagi. Dalam kiraannya, mungkin dia hanya ada RM 200 sahaja dalam tangannya. Telefon pun sudah dipulangkan semula pada Syaqil.
Kalau boleh, semua harta atau hak yang Syaqil pernah berikan padanya dia mahu pulangkan. Tidak mahu pegang lagi. Sejujurnya, hati dia mahu kembali ke Jepun sekarang juga namun fikirkan hal ayah dan Dzul dia tekad. Lagipun, rindu sangat dengan mereka.
Sibuk dia melayan perasaan, pak cik itu beritahu yang mereka sudah sampai ke destinasi.
Alhamdullilah. Lagi berapa jam sahaja dia dapat jumpa keluarganya. Hatinya sudah tak dapat tahan lagi.
Dalam poketnya, ada RM 50 yang sudah ditukar sebelum pulang ke Malaysia. Sekeping duit kertas itu dihulur pada pemandu teksi itu. Tersenyum dia melihat rezeki yang Allah berikan.
Baki dihulurkan pada Delima. Delima turun keluar dari kereta proton itu. Langkah dibawa ke kaunter membeli tiket.
LIMA jam perjalanan lebih kurang, akhirnya Delima terpacak di hadapan hospital besar di Taiping. Bagasinya sudah dihantar ke rumah sewa yang Rania sewakan khas buatnya. Dia ada bercerita tentang hal ini dan meminta sedikit pertolongan dari Rania.
Dia bersyukur sangat dapat rakan sebaik Rania. Sanggup habiskan gaji bulan lepas yang dia kumpul semata-mata untuk kawan malang dia ini. Tapi, Delima hanya duduk di situ selama 5 hari sahaja.
Kakinya dibawa ke ruangan utama hospital itu. Ramai juga orang yang sibuk. Ada yang sedang melayan karenah anak mahupun orang tua mereka. Tersenyum Delima melihat keakraban antara seorang anak perempuan bersama ibu dan ayahnya.
Tanpa buang masa, Delima menuju ke arah kaunter. Seorang nurse yang lengkap beruniform melemparkan senyuman manis pada Delima. Delima turut membalas. Orang berbudi kita pun kena la berbudi. Cewahh !
"Ya, ada apa yang saya boleh bantu ?" Lembut sahaja soalan daripada nurse india itu. Fasih dia berbicara dalam bahasa kaum melayu.
"Boleh saya tau dimana wad yang meletakkan Fazrul bin Hussin ?" Soal Delima kembali. Nurse India itu senyap mungkin cuba untuk mencari dimana wad ayahnya berada.
"Cik tau dia diletakkan di wad icu atau wad biasa ?" Soal perempuan berumur 20-an itu. Maklumlah ini bukan hospital swasta, ini hospital kerajaan. Sehari sahaja berapa ramai pesakit yang dikejarkan ke hospital.
"Wad icu," pendek balasan Delima.
"Ouh... Encik Fazrul di wad 3A tingkat 3." Beritahunya dengan senyuman tidak lekang di pipi. Delima mengucapkan terima kasih lalu langkahnya dibawa pergi ke tingkat 3.
P/S :
Mesti korang pelikkan kenapa tiba-tiba je update pastu tengok-tengok Delima dah balik Malaysia. Macam itu je dia pergi. Fyi, target untuk this story hanya 30-40 bab sahaja so maybe saya akan habiskan this story cepat tapi sambungan akan ada di buku kedua cumanya akan stop sementara kerana saya akan buat karya lain dahulu sebelum sambung cerita ini.Sesungguhnya, saya dah kehilangan idea dan plot plot. Dengan ini, saya memohon maaf ! Thanks !!
YOU ARE READING
Cinta Buat Tengku Syaqil | HOLD ON
RomanceDalam sebuah perjuangan pasti akan ada pengorbannya. Begitu la kisah hidup seorang gadis yang bernama Delima Syahizawani. Berat dugaan yang menimpanya apabila dua kali bertunang dan lelaki- lelaki itu sebenarnya suami orang. Dikatanya dirampas mil...