Terasa kain yang basah mengelap pipinya yang bagaikan sudah lama tidak kena apa-apa cecair itu. Perlahan-lahan matanya dibuka. Terkelip-kelip mata si Aileen apabila cahaya menjadi benda yang menyambut pandangannya. Terdengar desas-desus suara menyapa telinga Aileen. Yang hairannya, suara-suara itu kedengaran garau.
'Adakah mereka lelaki?' hanya dengan tiga perkataan menghiasi fikiran itu, mata Aileen terbuka luas. Tangan yang memegang tuala basah itu dicengkam lalu dipusing sehingga ke belakang empunya tangan itu.
"MADAM!! I'M MEAN YOU NO HARM!" lelaki tersebut terjerit diperlakukan sebegitu rupa. Mata Aileen memerhati keadaan bilik yang berdinding kayu itu. Terdapat lima orang lelaki termasuk yang tangannya dikehelkan ke belakang ini. Pandangan Aileen yang tajam itu dapat mengecutkan perut semua jejaka di situ. Semuanya disini tidak langsung biasa di mata Aileen. Bilik kayu ini juga lima jejaka yang berada dibiliknya ini. Rupa paras mereka langsung tidak sama seperti orang melayu. Mata mereka berwarna biru ataupun hijau, tulang pipi yang ketara, rahang yang tajam, hidung yang sangat mancung dan bibir yang hampir tidak nampak. Tidak lupa tubuh badan mereka yang tinggi dan sasa.
"Madam, please..." keluh lelaki itu lagi.
"Who are you people?" rahang Aileen diketap. Takut tidak sama sekali cuma dia perlu tahu siapa mereka sebenarnya. Musuh atau sekutu?
"We should be the one to ask that question. Who are you, miss?" satu lagi suara yang serak basah yang menyapa gegendang telinga Aileen. Satu figura yang tegap masuk melalui pintu kayu bilik ini. Rambutnya ikal mayang menjadi tumpuan. Tidak seperti jejaka yang lain, hanya lelaki ini kelihatan seperti marhaen yang biasa dilihat. Mukanya tidak tumpah seperti orang melayu. Kulitnya yang sawo matang dan matanya yang tajam seperti helang itu berwarna coklat gelap.
"Where are you heading to?" soalan jejaka itu dibalas soalan oleh Aileen. Sempat dipandang di ekor mata Aileen bahawa lelaki yang masih dipegangnya ini membuntangkan mata.
"Captain, help me." bisik lelaki itu.
"Please, let my people go. We mean you no harm." dingin sahaja cara percakapan jejaka itu.
"You look different from the rest."
"Different? As in like you?"
Pertanyaan itu membuatkan Aileen tersedar, rupa parasnya juga seperti mereka. Dia mengambil paras ibunya. Patutlah mereka selamba sahaja berkumpul ramai dalam ni.
'Perlukah aku memberitahu dia bahawa aku juga sepertinya? Bukan sahaja seperti mereka?' fikir Ailee mendalam. Tapi itu tidak selamat. Identitinya sebagai keluarga diraja Velaris boleh menyebabkan dirinya dalam bahaya... juga dia ingin meninggalkan semua itu dibelakang.
Hanya renungan tajam diberi sebagai jawapan kepada soalan jejaka itu. Pisau pemberian Najwan di belakang pinggang Aileen cuba capai tapi hampa, pisau itu sudah hilang.
"Looking for this, sweetheart?" senyuman senget dihadiahkan manakala tangannya ligat bermain dengan pisau tersebut. Langkah demi langkah diambil untuk mendekati Aileen.
Rahang Aileen diketap. Tangan lelaki tadi makin dipusing membuatkan lelaki inggeris itu mengeluh kesakitan. "MADAM!! Please, sakit gila ni!" Mendengar saja perkataan melayu keluar daripada mulut lelaki asing itu, cengkaman Aileen melonggar. Menggunakan peluang itu, jejaka sawo matang itu mencekik Aileen menggunkan lengan kirinya manakala tangan kanannya itu menghala pisau ke pipi mulus Aileen. Lelaki Inggeris itu menjauhkan dirinya sejauh mungkin daripada Aileen.
"Kau tahu bahasa melayu?" tanya Aileen dengan penuh tanda tanya. Loghat melayu itu tidak langsung ada pelat inggeris. Siapa mereka? Pisau yang dihalakan langsung tak amik kisah. Sungguh tiada gentar di dalam diri Aileen Medina.
YOU ARE READING
Maze of Death
FantasyVelaris. Berkisahkan tentang pada satu zaman dahulu di mana Kerajaan Velaris merupakan kerajaan yang paling berpengaruh dan megah di mata kerajaan lain. Seorang puteri yang jelita lahir tanpa dia mengetahui takdir yang bakal menanti. Walaupun ramai...