Vote & Comment"I-ini kuncinya" Gemuruh wanita tersebut menyerahkan kunci kepada Aidan. Aidan merampas kunci tersebut lalu membuka pintu itu.
Klak!
Pintu bilik 107, tingkat 10 terbuka. Aidan mula ingin masuk sebelum tangan Mike menghalangnya.
"Control yourself. Jangan sampai mati kau buat budak tu" Ujar Mike. Mengingatkan Aidan agar tidak mengikut barannya yang bakal pecah itu.
"Tengok lah dulu" Balas Aidan tegang. Api di dalam hatinya kini kian membara. Tangannya membuka pintu bilik tersebut perlahan-lahan. Tidak ingin mengejutkan orang yang berada di dalam itu.
"Miss, panggil sekuriti naik sini ye. Secepat mungkin" Pinta Mike sebelum mengikut Aidan masuk ke dalam bilik tersebut.
Wanita tersebut yang dikenali Zara pada tanda namanya mengangguk lalu mengeluarkan telefonnya. Haih, nasib member lagi sorang penyabar.
Aidan melangkah perlahan-lahan memasuki bilik tersebut.
"AAAA! Tolong jangan!" Jerit Dhia kuat berulang-ulang kali. Suara Dhia yang menjerit ketakutan itu membuatkan Aidan terus melajukan pergerakannya masuk ke dalam bilik tersebut. Mencari katil bilik hotel tersebut.
"Kau!" Terus Aidan menarik lelaki yang berada di atas Dhia lalu tanpa apa-apa Aidan melayangkan penumbuknya ke arah lelaki yang sedang berdiri separuh bogel.
"Kau memang patut mampus!" Dilayangkan lagi penumbuknya ke arah lelaki tersebut berkali-kali.
Dush!
Dush!
Dush!
"Sial!" Carut Aidan lagi lalu melayangkan penumbuknya lagi.
"Aidan, stop! Berhenti Aidan. Control yourself!" Mike menghalang Aidan dari melayangkan penumbuknya lagi ke arah lelaki tersebut. Mulanya ingin dibiarkan sahaja tetapi melihat keadaan lelaki tersebut yang mula penuh darah maka terpaksalah Mike menghalangnya.
"ARGH! Lepaskan aku! Jantan macam ni memang patut mampus! Hidup menyusahkan orang!" Jerit Aidan lagi. Aidan menarik kasar lengannya daripada dipegang Mike. Nafasnya laju menarik udara masuk ke dalam badannya.
"Cukup Aidan, dah separuh mati kau buat budak tu" Ujar Mike. Tangannya memegang lengan Aidan dari dekat dengan lelaki yang sedang terbaring lemah akibat ditumbuk Aidan beberapa kali.
Aidan memandang lelaki tersebut sebelum meludahkan air liur ke atas lelaki tersebut.
Jijik.
Suara Dhia yang masih menangis itu kembali memadamkan api yang berada dalam diri Aidan. Aidan mula tersedar tujuannya masuk ke sini.
Dipandang Dhia yang sedang berselubung di dalam selimut hotel tersebut. Aidan menarik nafas sedalam mungkin. Menenangkan dirinya yang masih panas ingin menumbuk muka lelaki yang sedang terbaring lemah itu.
Kakinya perlahan-lahan bergerak mendapatkan Dhia yang masih menangis itu.
"Dhia" Panggil Aidan perlahan-lahan. Aidan cuba menyentuh bahu Dhia sebelum ditepis oleh Dhia.
"Jangan! Jangan dekat!" Jerit Dhia ketakutan sebelum kepalanya diselebungkan dalam selimut tersebut.
"Hei Dhia, ini aku Aidan" Panggil Aidan lagi. Cuba meredakan tangisan Dhia yang masih tidak berhenti dari tadi.
"Jangan sentuh saya! Bodoh!" Jerit Dhia lagi yang masih berselebung dalam selimut tersebut.
Aidan mengeleng perlahan. Matanya memandang ke arah Mike.
YOU ARE READING
Sunshine
Romance﷽ [ o n g o i n g ] Kisah Cinta Antara Aidan Firash dan Dhia Andara "Sa...saya sayangkan awak. Sumpah! Saya tak buat semua ni, Aidan. Please, jangan buat saya macam ni. Tolong! Saya sakit Aidan. Sa...sakit Aidan! Tolonglah saya Aidan. Ni semua ter...