Rayyan ketawa kuat Dengan tindakan Fatin itu. "selepas itu, dia tak kacau hubby dah. Rasa lega lah sikit. Tapi.. ada satu peristiwa yang membuatkan hubby kehilangan mommy dan daddy, dan bencikan kaum hawa." Fatin baru teringat, dulu Elsa ada menceritakan tentang kematian ibu bapa diorang kepadanya. Tapi tidak sempat kerana sibuk fitting baju.
Rayyan mula menggenggam gambar tersebut hingga berkedut "masa tu, hubby dengan Elsa tengah tunggu mommy dengan daddy datang ambik kitorang kat sekolah. Tiba-tiba, masa diorang sampai tu, Juju yang entahnya datang dari mana terus Tarik tangan hubby ke jalan raya. Mommy pun tolonglah halang hubby, tapi Juju tolak mommy jatuh keatas jalan raya. Daddy bila tengok mommy jatuh atas tar terus Tarik tangan mommy untuk bangun, hubby dengan Elsa pula tengah bergelut dengan Juju untuk lepaskan tangan hubby. Dia macam perempuan psycho tahu tak time tu? Tiba-tiba kitorang dengar bunyi hon dari jauh. Rupa-rupanya ada satu lori besar sedang menuju laju kearah mommy, daddy." Tubir mata Rayyan mula bergenang apabila mengingatkan kemalangan tersebut. Kemalangan itu terjadi betul-betul dihadapannya.
"belum sempat mommy dengan daddy mengelak. Lori besar tu langgar mommy dengan daddy, depan mata hubby sendiri. Elsa menangis, meraung memanggil daddy dan mommy. Tapi hubby Cuma terkaku kat situ. Otak hubby macam tak dapat berfungsi waktu tu. Juju pula selepas accident tu, terus dia tak muncul depan hubby dengan Elsa. Hubby rasa bersalah sangat. Kalau hubby dapat lawan dengan Juju time tu, kalaulah daddy dengan mommy tak ambil kitorang time tu, mesti diorang tak mati" Fatin mula memeluk suaminya dengan erat apabila mendengar tangisan dari suaminya itu. dia tidak sangka sungguh tragis kematian mertuanya.
"shush reda. Semua ni mesti ada hikmah. It's not your fault hubby" Fatin menepuk perlahan tubuh suaminya seraya berselawat kecil di tepi telinga suaminya itu. Rayyan meletakkan wajahnya diceruk leher Fatin dan membalas pelukan si isteri untuk menenangkan dirinya.
"sejak dari tu juga, hubby benci dengan kaum hawa. Hubby tak pernah dating dengan mana-mana perempuan, keluar dengan perempuan pun tidak! Kalau tak percaya tanya Elsa. Hati hubby dah tertutup rapat untuk mana-mana perempuan." Rayyan mengangkatkan wajahnya dari leher Fatin dan memandang lunak kearah Isterinya.
"sampai lah satu hari, hubby bertemu dengan seorang bidadari kecil ni. First meet dah sombong dengan hubby sedangkan perempuan lain tengok hubby, mesti nak menggeletis jer. Tapi dia ni lain, dalam sombong dia pun, boleh pula usya hubby dari jauh. Rasanya mesti dia punya style usya crush dari jauh kan. Dia ingat hubby tak perasan kut." Rayyan mencuit hidung Fatin. Fatin terus menunduk menahan malu. 'alamak! Buat kerja tak clean lah pula' Rayyan tertawa kecil melihat karenah isterinya.
"Masa tu, hubby rasa tak sia-sia hubby ikut pergi konvoi Cameron Highlands. Sepanjang hubby dekat Cameron tu, hubby rasa bahagia sangat. Sampailah kitorang berpisah. Kat situ, hubby berjanji bahawa hubby akan tunggu bidadari hubby dan menuntutnya kembali apabila masanya sudah tiba. Nak tahu tak siapa bidadari hubby tu?" Rayyan mencium sekilas mulut Fatin yang berada diribanya.
"it's you babygirl. It's you, mio angelo (my angel), my baby" Rayyan berkata lalu melabuhkan ciuman lembut dimulut isterinya. Fatin terpaku mendengar pengakuan si suami. Rupanya dia tidak tepuk sebelah tangan, Dia tidak sangka bahawa suaminya juga turut merasakan yang sama ketika itu. 'crush notice kiterlah awak, ehek'.
"maafkan baby sebab dah syak wasangka dengan hubby" Fatin mengusap pipi suaminya dengan lembut selepas mengaturkan nafasnya kembali kerana ciuman suaminya tadi.
"it's okay babygirl. Thank you sebab accept hubby yang serba kekurangan ni. Tolong bimbing hubby kearah jalan yang benar." Rayyan mengambil tangan Fatin yang berada dipipinya lalu mencium jari jemari tersebut.
"kita sama-sama saling membimbing kearah jalan yang benar hubby. Kita berdua saling melengkapi. Setiap kekurangan pasti ada kelebihan. Yang pasti, kita berdua perlulah saling membimbing antara satu sama lain untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Baby akan setia dengan hubby hingga ke hujung nyawa. " Fatin mencium dahi Rayyan dengan syahdu. Dia terharu mendengar pengakuan dari sang isteri. Bersyukur kerana dia tidak salah memilih pasangan hidup. Dia memeluk erat tubuh sang isteri lalu merebahkan tubuhnya keatas katil.
YOU ARE READING
His Señorita: 𝑸𝒂𝒊𝑭𝒂 ( COMPLETE )✅️
Short Story"kakak, kakak nak tahu tak tadi ibu terserempak dengan kawan abah ni.. tinggi, handsome, putih mcm korea. Kakak kan minat korea." "bohonglah mesti tua kan..." "eh tak lah, muda lagi... dia baru 25 tahun" "kakak tak percaya selagi tak jumpa face to...
BAB 39
Start from the beginning