Bab 4✔️

2.1K 121 4
                                    

Setelah kejadian Nani menjerit didalam bas, Yana sekarang tengah berada di perhentian bas awam yang berada tidak jauh daripada rumahnya.

Dia orang terakhir yang turun daripada bas kerana rumahnya lebih jauh berbanding rumah kawan-kawannya yang lain.

Tahu tak kenapa Yana belum bertolak-tolak daripada perhentian bas awam walaupun sudah 1 jam dia dekat situ?

Haaaa inilah sebabnya kenapa kena sediakan payung sebelum hujan.

'Haaa tu lahhh keteqak lagi, kan ummi dah suh selalu sediakan payung yang kau tak bawak pasai pa? La ni lagu mana nak keliq? Haihhhh' bebel Yana dalam hati sebelum ada pemuda yang datang menghampiri.

"Ehhh dik sorang je ke?" tanya seorang pemuda dengan senyuman yang gatal terukir dibibirnya. Ey miang!

'Aduhhh awat pulak nihh.' Yana mengaduh didalam hati. Dia takut jika terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. Yana berundur berapa tapak kebelakang

"Ehhhh pak cik buleh nampak saya ke? Bukan calang-calang punya oranglah boleh nampak saya tau." Gurau Yana sekadar mahu menenangkan hatinya yang sedang berombak takut saat ini.

"Lawak lah adik ni hahahahah!" pemuda tersebut ketawa dengan jawapan yang diberikan oleh Yana.

Baru sahaja pemuda tersebut ingin memegang lengan Yana terasa beg sekolahnya ditarik oleh seseorang lalu dia dibawa pergi daripada situ.

Yang peliknya kenapa dia tak basah? Yana mendongak keatas ingin melihat, dia ternampak payung yang berwarna biru sedang melindungnya daripada terkena hujan.

Baik sungguh geranggan orang yang telah tolong dia. Agak-agak siapalah yang tolong dia kan.

Pappppp.......terlopong mulut Yana apabila ternampak siapakah gerangan tadi a.k.a Dani. Mata mereka bertembung selama 3 saat sebelum Yana menolak kuat dada bidang tersebut.

Sekali gus baju Yana basah akibat dia telah terkeluar daripada bawah payung.

Tanpa ragu-ragu Dani menarik semula lengan Yana yang berlapikan baju basahnya.

"Kau nak demam ke? Aku tak kisah pun, tapi sebab papa dengan mama aku tengah tengok kita dari dalam kereta tu jadi baik kau ikut je apa yang aku cakap kalau kau tak nak kena basuh tandas lelaki sekali." Dani membisik dekat ditelinga Yana yang berlapikkan tudung itu. Dia menjeling sekilas belakang pemuda yang disangkanya mabuk itu menjauh.

Yana memandang kereta yang dimaksudkan. Dia ternampak satu kereta yang berwarna putih diparking dibawah pokok ditepi jalan yang jaraknya antara mereka dalam beberapa meter sahaja.

"Awat aku nak kena ikut hang?" Soal Yana tidak puasa hati. Ewah,ewah suka hati dia jeeee.

Yana terpaksa mendongak memandang Dani kerana ketinggiannya yang tidak memberi kerjasama.

Dari jauh dah nampak macam pasangan suami isteri yang sedang memandang antara satu sama lain cuma tunggu untuk ditangkap sahaja.

'Kecekak' bunyi seseorang menekan butang kamera dari dalam kereta.

"Abang tangkap gambar diaorang ke?" soal mak cik Masturi a.k.a mama Dani.

"Haah, boleh buat kenangan." balas pak cik Hasri a.k.a papa Dani dengan senyuman tipis, puas dengan hasil tangkapannya.

"Mas nak tengok boleh?" soal mama Dani. Papanya menangguk dan menunjukkan gambar yang dia tangkap tadi kepada isterinya. Mama Dani hanya tersenyum suka.

"Kau ingat aku nak sangat ke bawak kau balik?" Eh, eh pendek ni karang.

"Ish aku boleh ja keliq sendiri. Tak yah susah-susah hang nak hantarkan." Ujar Yana memandang kearah lain

"Kau nak jalan sendiri ke nak aku heret?" Soal Dani. Badan pun dah terketar-ketar sejuk ada hati nak balik sendiri?

"Eish! Kalau hang nak culik aku lagumana?" Soalan Yana kedengaran sedikit bodoh.

"Otak kau tu kalau aku jual pun belum tentu laku. Dah jom!" Dani menarik lengan Yana yang berlapikkan baju itu kearah keretanya. Kalau tak dipaksa memang lambatlah dia nak balik. Buku tadi pun belum baca lagi. Eish!

"Masuk." Ujar Dani setelah membukakan pintu kereta sebelah belakang untuk Yana. Yana hanya menjelingnya.

"Baju aku basah ni kan. Buta?" Ujar Yana dengan nada yang sedang menahan geram. Geram nak tonyoh muka pengawas beku ni kat atas jalan raya.

"Tak pa Yana seat tu boleh keringkan." Jawab mama Dani sebelum sempat Dani menjawab.

Yana dan Dani sedikit tersentak apabila mama Dani mengetahui nama Yana sedangkan dia belum memperkenalkan dirinya lagi.

"Erkk ok mak cik." balas Yana sedikit curiga tetapi tetap membalas senyuman mama Dani. Cantik!

Kakinya perlahan-lahan dimasukkan ke dalam kereta mewah itu. Basah! Basah!

Dani menutup perlahan pintu kereta sebelah Yana sebelum dia menuju ke arah pintu sebelah lagi. Punggung dihenyak keatas kerusi kereta sebelum payang ditutup. Laju sahaja tangannya menarik pintu kereta sebelum hujan membasahi bahagian dalam kereta itu. Fuh! Lega!

"Dani ambik selimut belakang seat ni bagi dekat Yana. Nanti demam pulak." Arah papa Dani. Menggigil dah bakal menantunya ini. Suhu aircond juga dinaikkan sedikit untuk mengurangkan sejuk. Heater diapasang.

"Erm ok pa." balas Dani ringkas lalu mengeluarkan selimut yang berwarna hijau dan dihiasi oleh bunga matahari.

Dia membaling selimut tersebut kearah Yana. Yana sudah menjeling tajam. Bagi elok-elok kan boleh?

Disebabkan terlalu sejuk, nak tak nak Yana menyelimutkan dirinya dengan selimut yang dibaling dani.

Setelah beberapa minit Yana bermain dengan perasaannya, akhirnya mereka sampai di perkarangan rumah Yana.

'Aikk? Macam mana mama dan papa Dani boleh tahu rumah aku?' Rumah teres satu tingkat itu dipandang sebelum Yana memandang kearah kedua orang tua Dani yang sedang memandang kearah rumah miliknya.

Dani hanya memerhati. Hatinya sudah berasa sesuatu. Sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi.







♡Mari komen-komen. Apa-apa pun HAVE FUN READING!

Pengawas Senior Dingin (EDITING)Where stories live. Discover now