Bab 3✔️

2.3K 120 3
                                    

"Na na na na~" Yana sedang menjalankan tugasan yang diberikan oleh 'Pengawas Senior Mereng' tu sambil bernyanyi. Happy agaknya basuh tandas.

"Yana kau lambat lagi keee!" aishh Nina ni terjerit-jerit macam orang tak waras! Tulah orang dah kata tak payah tunggu nak jugak tunggu kan dah bosan tu.

"Haaaa sikit lagi, hampa sabaq sat!" balas Yana dari dalam tandas. Ni kalau jadi speaker surau ni perghhhh mantap tak payah bazir duit beli speaker dah.

"Haihhh apalah nasib kena basuh tandaih....tulah kau keteqak lagi, oghang suh bangun awal pi bangun lewat awat? Pepandai lah hang tanggung sendighi Yana." bebel Yana seorang diri. Haih Yana baru nak menyesal ke?

1 jam kemudian

"Fuhhhh dah siapppp....haihh ni baru haghi pertama ada lagi 3 haghi sebelum tamat denda nih." ngeluh Yana perlahan tapi cukup didengari oleh Nina yang berada dibelakangnya.

"Tulahh kau lewat lagi datang sekolah kenapa? Kan dah kena denda." Ujar Nani bersahaja sebelum duduk diatas meja singki tandas. Kakinya digoyang-goyangkan.

'Aishhh dia ni terkejut aku dibuatnya. Aku takik kepala tu satgi apa pun tak dapat.' ngomel Yana dalam hati.

"Eihhh kau ni salam dak gheti nak bagi main teghjah-teghjah ja." Ujar Yana sebelum kaki Nani dipukul dengan batang penyapu perlahan.

"Kau ni tak belajar agama ke? Mana boleh bagi salam, kan kita dalam tandas ni. Baru sehari basuh tandas, bau clorox sejam kepala otak tuh mereng dah ke?"

"Alahhh kau alasan. Dah jum kelik sat gi kalau umi beletiaq satgi aku jugaklah yang kena denganq."

"Aikkk tak jadi pi beli buku ke? Kalau kau penat boleh pegi hari lain."

"Aduhh aku lupa....haaa jumlah aku tak penat lagi ni, lagipun esok cuti malaih haih nak keluaq." ujar Yana tersengih-sengih sambil tangannya mengesat peluh didahi.

"Betul ni? Tadi kau kata takut ummi kau tu beletiaq."

"Ermmm kalu gitu aku pi call dululah, boleh?"

"Haaa jum."

Mereka keluar dari tandas menuju kearah kerusi yang diduduki oleh Nani dengan yang lain sebelum mengambil beg untuk pergi ke telefon awam yang disediakan berdekatan dengan pondok jaga sekolah mereka.

Setelah mendapat izin dari ummi Yana, mereka berempat menaiki bus awam yang disediakan dan menju ke kedai buku yang berdekatan dengan bandar.

Tujuan mereka ke sana asalnya untuk membeli buku latihan tapi hampa tengoklah si Yana dengan Afiq ni.

"Wehhh korang tengok ni ada novel baghu lah!" Yana menjerit kecil sambil menunjuk kearah buku yang dimaksudkannya.

"Mana? Mana?...wehhhhh aku tunggu lama dah wehh novel ni nk release!Weehhh aku kena beli niii!" jerit Afiq keriangan. Macam budak-budak betul.

Orang ramai yang berada didalam kedai buku itu sudah memandang mereka pelik. Ni kedai buku bukannya taman permainan.

"Aduhhh korang ni kan, kata nak beli buku latihan, asal lak nak beli novel pulak ni? Lain kali kan boleh datang lagi? Beli lain kali je lah." ujar Kimi. Kata dah janji nak beli buku latihan je last-last nak beli jugak novel.

"Haah. Betul lah tu Kimi cakap tuh, korang nak beli buku latihan beli buku latihan jelah." sokong Nani.

"Tapi Nani buku 'Seseorang Untuk Aku' ni best wehh." pujuk Yana sambil mengedip-ngedip kan matanya. Ingat comellah tu?

"Aduiii kau ni kalau duit belambak takpa lah jugak nak merasa baca buku tu, tapi ni duit cukup-cukup nak beli buku latihan je." jawab Nani.

"Tapiiiii......"

"Kau tapi-tapi ape Fiq. Mata terkedip-kedip macam mintak penampar je. Kau nak ke? Aku boleh je bagi free." marah Kimi pada Afiq. Terdiri tegak bulu roma dia bila Afiq buat begitu. Seram.

"Dah dah jum. Haa Kimi kau tarik si Afiq tu aku tarik Yana." arah Nani kepada Kimi, kalau tak buat begitu mahu sampai esok tak habis.

"Alaaa Nani oghang na....."

"Buku ni aku punya." tiba-tiba buku di tangan Yana dirampas dan kedengaran satu suara garau yang berjaya menyentakkan mereka berempat.

Membulat mata Yana dibuatnya setelah mengetahui gerangan suara garau tadi.

"Mata kau tu kenapa? Nampak hantu ke?" tanya Dani.

"Dak aihh nampak beghuk pandai rampas novel. Tak tahu pulak beghuk pun baca novel." Yana memandang tajam mata Dani sebelum menjelingnya. Bukannya nak tolong bayar main rampas-rampas pulak. Dasar mereng.

"Kau kata aku be..."

"Jum hampa pi cari buku latihan." belum sempat Dani ingin membuka mulut Yana terlebih dahulu menarik Nani pergi kearah rak buku latihan F4 ditempatkan.

Dani hanya berdiri statik di tempatnya. Nak beli novel pun dah tak selamat sekarang. Kaki panjangnya berjalan menuju ke kaunter pembayaran.

"Wehhhhhh sapa laki tadi Yana?! Bagilah tahu aku...kau ni kedekut lahh." bentak Nani.

Dari dalam kedai lagi lepas sahaja mereka terjumpa dengan Dani tadi Nani terus jadi macam ni. Kena sampuk kut.

"Kau ni kenapa? Kan aku dah cakap dia tu pengawas senior kita. Beghapa kali nak ulang benda sama. Ish!" marah Yana. Stress dengan perangai kawannya yang sorang ni.

"Serius lahh pengawas senior sekolah kita Yana? Kau biar betul? Hensemmm mat! Arghhh!...Aduhhh...Kau ni kenapa Yana?" Nani mengaduh selepas Yana mengetuk kepalanya.

"Yang kau terjerit-jerit dalam bas awam ni kenapa?!" Yana menjerit kecil ditelinga Nani. Tak tahu malu betul minah sorang ni.

"Hehe maaf maaf kawan saya tak berapa sihat." Kimi sudah berpalingkan kepalanya kearah tingkap. Bukan kawan saya.

Setelah perasan mata-mata didalam bas memandang mereka kehairanan, Nani hanya mampu tersengih-sengih malu sambil menggaru bawah pipinya yang tak gatal.

"Tak cukup dengan Naufal tu? Kau nak tambah koleksi keliling pinggang ka?" Soal Yana sebelum menjeling tajam Nani.

"Eish kau ni! Biarlah aku. Selagi boleh." Ujar Nani dan sekali lagi mendapat jelingan daripada Yana. Dasar gatal.

Teringatkan Dani yang merampas novel ditangannya tiba-tiba pula panas hati. Sebab dialah, Yana kena balik lewat. Sebab dialah, Yana jadi tukang cleaner tak berbayar.

Aik Yana? Dah lupa siapa salah ke? Inilah perempuan. Selalu betul!










♡Have Fun Reading!

Pengawas Senior Dingin (EDITING)Where stories live. Discover now