bab 19

14.5K 657 73
                                    

Setelah mengambil masa lebih kurang 50 minit di atas jalan raya.Akhirnya sampai juga,satu keluhan dilepaskan.Sebenarnya masa yang perlu diambil hanya 40 minit namun disebabkan kesesakan lalu lintas.Perjalanan 40 minit menjadi 50 minit.Tentang itu Harleen tidak menyoal lebih kerana dari awal dia sudah menjangka perkara seperti ini akan terjadi.Boleh dikatakan jalan raya di ibu negara ini tidak akan pernah putus dengan kenderaan  bergerak.

Minyak kereta ditekan perlahan sebaik sahaja tiba di sebuah pondok keselamatan.Sudah menjadi kebiasaan bila terdapat satu pondok di kawasan ini.Kondo ini disediakan untuk orang-orang kaya jadi tahap keselamatan haruslah diperketatkan.Dalam pada masa yang sama minda berkerja mencari alasan apa yang patut digunakan waktu sekarang.Alasan itu haruslah muhasabah.

Tapi.....mahu ke pengawal keselamatan tersebut melepaskan dia masuk ke dalam.

Namun disaat cermin kereta di tempat penumpang diturunkan,kening gadis itu berkerut.Menjadi persoalan apabila pondok keselamatan itu kosong!...Sangat-sangat aneh.Mana mungkin pengawal membiarkan tempat ini tidak dijaga.Dalam kesibukan berfikir,jam tangan berbunyi.Menyentakkan Harleen dari terus mencari jawapan.Dilihat sekilas jam tangan itu sebelum mata terbuntang besar.

Sudah pukul 10!

Tanpa menunggu lama terus minyak kereta ditekan.Memecut masuk ke dalam perkarangan kondo mewah itu.Kereta diparking di tempat yang agak jauh dari pondok keselamatan.Mana tahu penghuni kondo ini akan menyedari kereta murahnya.Dari segi penglihatan semua kereta yang di parking disini mewah-mewah belaka.Semuanya berjenama.

Kemudian tangan dipanjangkan mencapai bunga ros yang berada di seat belakang.Keluar dari perut kereta dan terus bergerak ke arah pintu lif.Kedudukan lif berada di tengah-tengah tempat parking ini.Kesejukan tempat ini menambahkan lagi perasaan takutnya.

Sejuk hingga sampai ke tulang.Butang menuju tingkat atas ditekan.

Bebola mata bergerak memandang keadaan sekeliling sementara dia sudah berada di dalam keadaan bersedia.Bukan bersedia untuk berlawan tapi bersedia untuk berlari jika diserang atau dikacau makhluk halus.Tidak sampai 5 minit pintu lif sudah terbuka luas,memandangkan sudah hampir lewat malam jadi kadar kegunaan lif berkurang.

Kaki diangkat masuk ke dalam.Kosong,tiada manusia selain dirinya.Butang tingkat yang mahu dituju ditekan.Sepantas itu pintu besi tersebut tertutup.Tanpa Harleen sedari,setiap gerak gerinya sudah diperhati oleh seseorang.Akibat menyorok di tempat gelap jadi kerana itulah Harleen tidak menyedari akan kehadirannya.

Bibir mengherot sinis.Kepala digelengkan.Tidak sia-sia dia mengubah 2 orang lelaki memukul pengawal keselamatan yang bertugas pada malam ini.Kemudian tunuh pengawal tersebut dibuang ke tempat pembuangan sampah.Telefon bimbit diseluk keluar dari poket seluar.Nombor seseorang didail.

Agak lama menunggu panggilan tersebut diangkat sebelum.....

"Hello...saya nak buat aduan tentang pasangan bukan muhrim berada di dalam satu rumah bersama...Kebetulan pula saya baru balik dari kerja dan saya ternampak kejadian itu.........."Dia meneruskan memberi penjelasan dan maklumat.Apa yang ditanya dia menjawab dengan tenang sehinggakan pihak disana meminta alamat rumah.

**************************
Sambil kaki bergerak,sambil itu anak mata sibuk mencari dan memerhati nombor di muka pintu.Kali ini sudah 2 kali dia tersilap masuk lorong dan untuk kali ini dia berharap supaya tidak tersilap lagi.Agak payah untuk mencari rumah gadis itu kerana di setiap lorong mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5 buah rumah.

Ternyata usaha tidak mengkhianati hasil.Hilang segala penat lelah selepas berjaya mencari rumah gadis.Kedudukan rumah ini agak jauh dari orang dan paling hujung.Suram sahaja.Baru sahaja dua langkah diambil,tiba-tiba Harleen berhenti.Perasaan itu datang lagi..

Mrs Gibran Where stories live. Discover now