EP 20

143 17 4
                                    

Sekarang ini,Youngeum dan Sunghoon berada di festival malam.Youngeum ingin ke festival ini kerana mereka akan mengadakan bunga api.Tidak sabar gadis itu ingin melihat.

Youngeum dan Sunghoon sedang berjalan jalan di sekitar kitar kedai yang banyak.Terdapat beberapa permainan juga.

Salah satu permainan menangkap perhatian Youngeum.Lengan baju Sunghoon ditarik tarik.Lelaki itu menoleh.

Sunghoon:Kau kenapa?

Youngeum menundingkan jari ke arah permainan tersebut.Sunghoon menoleh.

Youngeum:Saya nak main yang tu,boleh?

Sunghoon menghembus nafas berat.Lelaki itu mengangguk.Youngeum lompat gembira.Mereka pun menuju ke permainan itu.

???:Haa dik,nak cuba main?

Youngeum mengangguk laju.Dia menoleh ke arah Sunghoon.

Youngeum:Sunghoon.

Sunghoon:Hm?

Youngeum memainkan jari jarinya.Pipi dikembungkan.

Youngeum:Hmm....boleh tak awak baling?Kalau kena,kita boleh dapat patung.Boleh?

Sunghoon:Ye lah.

Youngeum senyum bahagia.Sunghoon pun sedia untuk membaling bola tersebut supaya cup cup yang berada di situ,terjatuh.

Youngeum:Sunghoon boleh Sunghoom boleh!

Balingan pertama,tidak kena.Youngeum agak kecewa.Tetapi tidak apa balingan seterusnya pasti akan kena.

Youngeum:Alaaa...Sunghoon,baling lah betul betul!

Sunghoon mendengus kasar.

Sunghoon:Kalau kau nak sangat,kau lah baling sendiri.

Sunghoon memberikan bola itu kepada Youngeum secara kasar lalu pergi dari tempat itu.Youngeum melihat Sunghoon.

Keluhan berat dilepaskan.

???:Adik?

Youngeum:Ya saya?

???:Dua balingan lagi,kamu nak cuba?

Youngeum melihat bola kecil itu.Dia meniup rambut depannya.Bola itu diberi kepada pekerja tersebut.

Youngeum:Takpelah pakcik,saya..tak jadi main.

Senyuman kecil diukir.Pakcik tersebut mengangguk lalu meletakkan bola bola itu ditempat asal semula.

Youngeum berlalu pergi untuk mencari Sunghoon.

Youngeum:Mana Sunghoon ni..?

Dicari cari lelaki itu tetap tidak ada.Semasa Youngeum sibuk mencari Sunghoon,langkahnya terhenti di saat dia melihat susuk tubuh yang sangat dikenali.Dan itulah juga orang yang dicarinya.

Mata Youngeum berkaca.Mulutnya ternganga sedikit.Tubuh kian mengeras.Sunghoon,telah pun berpelukan bersama gadis lain.

Tidak hanya itu,gadis tersebut juga Youngeum kenali.Gadis itu ialah Jina.Kawan baik kepada Sunghoon.

Youngeum tau,kawan baik juga bisa berpelukan.Tetapi,jika orang itu ialah Sunghoon,dia tidak sampai hati untuk melihat.Seakan akan hatinya hancur.

Youngeum menunduk ke bawah.Dia akhirnya mengambil langkah untuk pergi dari situ.Tetapi tangannya ditahan oleh seseorang.

Youngeum menoleh.Ternyata Jay.Lelaki itu agak serius mukanya.Tiba tiba sahaja Jay menarik Youngeum masuk ke dalam dakapannya yang hangat.

Youngeum membulatkan mata.Masih terpinga pinga akan tindakan Jay.Dapat dia merasakan kepalanya diusap usap.

Jay:Saya tau...jangan sedih,saya ada.

Youngeum akhirnya mengeluarkan air mata.Dia menangis sekuat hatinya.Pelukan Jay dibalas.

Jay mengangkat wajah Youngeum supaya bisa dilihat.Matanya masih lagi merah dan berair,begitu juga dengan hidungnya.

Jay mengelap air mata Youngeum.Dia senyum kecil.

Jay:Jangan menangis.Youngeum yang saya kenal tak macam ni.Dia selalu ceria.Jangan nangis nangis lagi hm?

Youngeum meleraikan pelukan.Air matanya dilap.Dia cuba untuk mengukir senyuman.Kepala diangguk perlahan.

Jay mengusap kepala Youngeum.

Jay:Macam tu lah Kim Youngeum.

Tawa dilepaskan.Youngeum menoleh ke kanan.Mereka berdua sudah tidak ada.Jay menggenggam tangan Youngeum.

Jay:Dah jom,sekejap lagi acara bunga api dah nak mula.

Mata Youngeum bersinar sinar.

Youngeum:Yeke?

Jay mengangguk.Dia tersentak di saat Youngeum menarik tangannya kuat.

Youngeum:Cepat Jay,nanti kita terlepas bunga api.

Jay senyum kecil.Dia hanya mengikuti sahaja langkah Youngeum.Lelaki itu melihat tangannya.Masih digenggam.Sekali lagi Jay tersenyum.

-

Selepas sahaja acara bunga api itu selesai,semua orang balik ke rumah masing masing.Ada juga yang masih di festival tersebut.

Jay membuka pintu keretanya untuk mempelawa Youngeum.Gadis itu menggeleng.

Youngeum:Takpe Jay,saya boleh balik sendiri.

Jay mematikan senyuman.

Jay:Mana boleh,awak tu perempuan.Perempuan tak baik balik sorang sorang.Apatah lagi malam malam macam ni.Kan bahaya.

Youngeum:Betul Jay,saya takpe.Saya okay je.Awak balik lah.Saya...tak nak susahkan awak.

Jay:Tak susah pun,mari saya hantar awak.

Jay menarik tangan Youngeum untuk masuk ke dalam keretanya.Tetapi tangan Youngeum yang lagi satu ditahan oleh seseorang.

Serentak mereka berdua menoleh ke kiri.Sunghoon,sedang menatap tajam ke arah Jay.Jay menutup pintu keretanya.Tangan masih lagi menggenggam tangan milik Youngeum.

Sunghoon:Lepas.

Jay:Kau nak buat apa?

Sunghoon:Kau tu yang nak buat apa.Sekarang ni,lepaskan tangan Youngeum.Aku yang jalan jalan dengan dia pagi tadi.

Jay ketawa sinis.Youngeum hanya mendiamkan diri.

Jay:Ohhh,jalan.Tinggalkan dia sorang sorang kat sini lepastu berpelukan dengan Jina.Macam tu ke jalan?

Sunghoon mengetap bibir.Tidak mampu bercakap apa apa.

Jay:Kau ingat aku tak tau ke?Kau tau tak yang kau ni membahayakan Youngeum?Kau biarkan dia sorang sorang,lepastu pergi tempat lain.Nasib baik aku ada tau.Kalau tak,perempuan ni dah lama kena culik.

Sunghoon melihat Youngeum,gadis itu hanya melihat ke bawah.

Sunghoon:Aku tak kisah.Yang penting..

Sunghoon menarik Youngeum sehingga genggaman Jay terlepas.Youngeum membulatkan matanya.

Sunghoon:Aku yang hantar Youngeum.Kau balik sendiri.

Sunghoon dan Youngeum akhirnya berlalu pergi.Jay ketawa sinis.Rambutnya dikuak kebelakang.Dia akhirnya masuk ke kereta.

Bersambung...

DING DONG! - PARK SUNGHOONWhere stories live. Discover now