bab 3

21.9K 948 26
                                    

Harleen memandang sekilas jam di tangan,sekarang sudah masuk waktu rehat.Dia menyentuh perut yang dari berbunyi dan itu bermakna dia meminta diisi.Tanpa membuang waktu terus dia bangkit dari duduk seraya menanggalkan apron yang tersarung kemas di tubuh.Apron tersebut digantungkan di dinding.Harleen melihat sekilas ke arah Betty yang berada di meja sana.

"Aku nak pergi beli makanan ni,kau ada nak kirim tak?."Soalnya kepada Betty.Lelaki itu sedang sibuk mengubah bunga.Dia akui walaupun Betty seorang lelaki tapi kemahiran mengubah bunga dan mengubah bunga memang menjadi kepakaran lelaki itu.Dia pun apa kurangnya,pandai juga.

"Kau tolong beli aku nasi campur dan air sirap aku lapar ni."Kata Betty yang masih fokus mengubah bunga.Setiap hari pasti mereka akan mendapat tempahan jadi disebabkan itulah kadang-kadang mereka tidak sempat rehat.Namun hari walaupun tempahan masih banyak yang belum disiapkan.Harleen tetap mencuri masa sedikit untuk keluar mencari makan.

"Hm,yelah.Aku pergi dulu."Langkah segera diaturkan ke arah pintu masuk.Memandangkan kedai makan terlalu dekat jadi dia hanya berjalan kaki.Memang kedai itu yang menjadi pilihan mereka berdua.Pilihan lauk pauk terlalu banyak dan sungguh menyelerakan.Tidaklah hari-hari muak makan lauk sama.Makanan disitu pun boleh tahan sedap dan yang paling penting murah.

Ketika dalam perjalanan menuju ke kedai tersebut anak matanya meliar melihat pemandangan bandar pada waktu tengah hari,jalan raya yang tadi lengang kini dipenuhi dengan kenderaan.Ada juga pelajar yang baru pulang sekolah,ada yang keluar berehat sepertinya.Kedai makan pun sudah penuh dan semakin sesak.

Anak matanya masih memandang sekeliling,inilah Harleen.Kalau dah tengok
sesuatu tempat tu memang tak akan pandang depan.Tanpa disedari oleh gadis itu,seorang  jejaka juga turut berjalan berlawan arus sambil bermain telefon.Di tangan lelaki itu ada satu cawan kopi suam.

Dan BUK,mereka berdua jatuh serentak di atas lantai.

"Aduh,sakitnya."Harleen menyeringai kesakitan.Mata dipejam rapat.Punggung yang terhentak di atas lantai diusap.Sakit tak terkata.Ada juga dia mendengar suara garau sedang menguman tapi itu tidak penting.

"Woi perempuan,kau bodoh ke?!Tengok habis baju aku terkena air kopi!.Kau ingat baju yang aku pakai ini murah ke!?"Tak semena-mena Harleen ditengking oleh jejaka itu.Baju putih yang dipakai terus bertukar menjadi keruh,nasib air kopi yang dibeli sudah suam.Tidak boleh bayangkan kalau dia memesan kopi panas tadi,pasti kulitnya sudah melecur habis.

Gadis itu mengigit bibir,kurang ajar betul jantan ni,sedap dia je tengking aku.Tanpa melihat gerangan tersebut pantas Harleen bangun berdiri.Kepala didongakkan untuk melihat jejaka kurang ajar itu.

Tergaman,terkedu,terkejut.Itulah yang dirasakan oleh Harleen sekarang selepas melihat gerangan yang dilanggar.Jantung yang dari tadi bergerak normal terus berdegup pantas disaat anak mata mereka bergabung.Air liur ditelan kesat,kedua kaki ibarat digam kemas.

Ku Gibran,Ya Allah handsomenya!!!Jerit Harleen di dalam hati.Baru je pagi tadi dia melihat lelaki itu di majalah dan sekarang dia betul-betul sedang menghadap jejaka ini.Tidak hairanlah jika semua gadis tergilakan lelaki ini.Tengok Ku Gibran sedang marah pun tetap kacak!

"Woi perempuan kau dengar tak?"Soal Ku Gibran sekali lagi dan kali ini siap pakej menunjal dahi.Sudah 5 kali dia menjerit memanggil perempuan ini namun tidak bersahut juga.

Segera Harleen menepis tangan kekar itu selepas tersedar dari mimpi.Dalam masa yang sama dadanya berombak-rombak menahan marah.Lelaki ini sudah melampau,sudahlah menenking dirinya lepastu suka hati dia je tunjal kepala orang.

"Apa awak kata?Bodoh?Eh sebenarnya awak yang bodoh,dahlah jalan tak tengok depan lepastu nak salahkan orang pulak.Kalau jalan tu cuba tengok depan,guna kemuduhan yang tuhan bag dengan sebaiknya.Ini tak,cakap dekat orang bodoh,diri sendiri yang bodoh tak sedar."Terkedu Ku Gibran selepas disembur oleh gadis itu.Seumur hidupnya belum pernah mana-mana perempuan bercakap sebegitu dengannya.Sebelum ini rata-rata perempuan akan mendambakan dirinya tapi gadis di hadapanya perempuan pertama yang mengelarkan dirinya bodoh!

"Kurang ajar kau kan!Nama je perempuan tapi perangai macam jantan,siapa lah yang malang jadi suami kau.Bodoh!."Kali
ini Harleen sudah bercekak pinggang apabila mendengar kata-kata pedas yang terkeluar dari mulut jejaka ini.Amboi sedap betul mulut mamat ni!

Baru sahaja dia mahu membuka mulut untuk membalas,Ku Gibran lebih laju memintas.

"Sekarang aku nak kau bayar kerugian baju aku,mahal tahu tak?."Sambung Ku Gibran dengan cukup berlagak.Tangan disilangkan di dada.Riak wajah sinis ditayangkan dan itu langsung tidak membuatkan Harleen gerun atau takut.

"Tak,saya taknak ganti rugi baju tu sebab itu salah awak bukan salah saya."Senyuman yang sinis tadi terus hilang,digantikan pula dengan riak wajah dingin.

"Kau ni memang..."Kata-kata Ku Gibran segera dipotong oleh Harleen

"Dahlah,saya malas nak gaduh.Bye."Bahu Ku Gibran dirempuh dengan kasar.Terundur sedikit lelaki itu.Harleen berlalu pergi meninggalkan Ku Gibran seorang diri.Pandai-pandailah Ku Gibran mencari jalan penyelesaian.Dia tiada masa untuk melayan lelaki itu

"Wow,menarik betul perempuan tu.Takpa kau tunggu,aku akan balas semua perbuataan kau.Berlagak betul."Sinis sahaja Gibran berkata.Pemergian Harleen dilihat dari jauh.Ini kali pertama dia bercakap dengan gadis memakai tudung.

*********************
Selesai sahaja membeli makanan Harleen terus kembali semula ke kedai.Nampak sahaja dirinya normal namun hatinya masih cukup geram dengan Ku Gibran yang berlagak itu.Nasib handsome.Eh?

Hancur mood dia hari ini!

"Nah,makanan kau."Plastik yang berisi makanan itu diberikan oleh Betty dengan kasar.Satu plastik lagi untuk dirinya dibawa ke meja kuanter.Botol air yang selalu dibawa dari
rumah dikeluarkan.Diteguk rakus.Mengharapkan perasaan geram dan marah hilang.Tapi tidak berjaya!

Terkejut Betty apabila disergah secara tiba-tiba"Kau ni dah kenapa?salam takde,datang-datang nak marah.Kau okey tak nyah?."Soal Betty sambil membuka plastik makanan.Perutnya sudah berkeroncang hebat apabila bau lauk ayam masak merah menceroboh masuk ke dalam rongga hidung.

"Kau tahu aku jumpa siapa tadi?."Betty mengelengkan kepala.Tidak boleh menjawab kerana di dalam mulutnya masih penuh dengan makanan.

"Aku jumpa Ku Gibran!."Terus tersedak Betty mendengar kata-kata kawannya itu,air sirap
yang sudah dibuka getah dicapai dan terus diteguk.Nasib dia duduk di meja lain,kalau tidak habis tersembur makanan di wajah Harleen.

"Kau biar betul?."Soal Betty untuk mendapat kepastian.Jumpa Ku Gibran kot!Jarang lelaki itu muncul di kawasaan seperti ini.Baginya lelaki seperti Ku Gibran tidak suka datang ke sini kerana kawasan ini tidaklah mewah seperti kawasan lain.Kedai makan pun kebanyakkan kedai mamak,tidak ada kedai makan mewah seperti cafe di kawasan syarikat lelaki itu.

"Iye betul,aku terjumpa dia berhampiran kedai makan yang selalu kita pergi tu.Tapi aku geram betul dengan dia.Berlagak betul"

"Lah kenapa pulak?."

"Kau tahu time aku nak pergi beli makanan kitorang terlanggar lepastu dia salahkan aku.Eh itu semua salah dia sebab berjalan sambil bermain phone tapi dia cakap aku yang salah.Yang paling aku tak puas hati bila dia cakap aku perempuan bodoh,memang nak kena jantan tu dan satu lagi dia suruh aku gantikan baju dia yang terkena air kopi.Memang tak lah."Panjang lebar Harleen bercerita,tangan digempalkan menjadi penumbuk.Sambil bercerita sambil nasi penuh di dalam mulut.

"Memang salah kau kot,entah-entah kau yang jalan tak tengok depan."Harleen memutarkan mata ke atas,inilah sikap Betty langsung tidak boleh bercakap perkara buruk tentang crushnya.Dan Betty juga tahu memang ada salah Harleen,sudah bertahun-tahun di berkawan dengan gadis ini.Cara berjalan gadis ini pun dia boleh hafal.

"Dahlah kau,pergilah sambung makan.Aku nak sambung buat kerja."Mungkin perasaan marah terlalu mengawal diri sehinggakan dia hanya mengambil masa yang sangat singkat untuk menghabiskan makanan.Selepas siap membasuh tangan di belakang,Apron yang tergantung dicapai lalu disarungkan.

"Cepat betul kau makan.Ke kau terlalu marah dengan Ku Gibran?."

"Diamlah kau!."Terhambur ketawa Betty apabila sekumtum bunga rosak dilembarkan ke arahnya.Nasib tidak masuk ke dalam nasi.Sudahnya dia menyambung makan.Harleen menyambung membuat kerja.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now