Main

2.2K 211 137
                                    

Soalan Ali buat langkah Aliya terhenti.

Tak lama lepas tu,Aliya membalas.

Aliya: Mama rasa...lebih baik ayah kamu tak tahu pasal ni...Mungkin dia dah move on...Mungkin dah jumpa pengganti lain...

Ali: Mama merepek apa ni?

Ali terus berdiri dekat depan Aliya dan memegang kedua-dua belah tangannya.

Ali: Ayah masih sayangkan mama tau! Tiap² hari bila dia balik kerja dia akan tengok gambar kahwin Mama dengan dia sebelum tidur! Kalau ayah dah move on,ayah tak kan kerja lewat² macam tu.

Ali menghela nafas.

Ali: Dulu ayah...nampak sedih sangat bila nampak Ali. Tapi bila tengok mama sekarang,baru Ali faham.

Ali terus memeluk Aliya.

Ali: Kami berdua memang sedih sebab fikirkan mama dah tak ada. Tapi itu bukan bermaksud kami nak cari pengganti lain. Ayah sayang mama sangat². Dan Ali yakin,ayah mesti gembira bila dapat tahu yang mama masih hidup.

Airmata Aliya bergenang dan dia terus memeluk Ali kuat.

Aliya: Terima kasih sayang...Mama pun sayang kamu dan ayah jugak...*sniff**lepaskan pelukan**usap pipi Ali* Tapi mama masih belum sedia untuk jumpa ayah kamu.

Ali: Jadi bila?*tilt head*

Aliya mengeluh perlahan.

Aliya: Mungkin sampai mama tahu Othman dah berjaya ditangkap?

Ali: *gasp* Masih belum dapat jumpa ke?

Aliya;*geleng kepala* Belum Ali...Pasukan khas terkandas dan hilang jejak Othman. Tapi kalau diberi masa....mama yakin mereka akan jumpa tak lama lagi.

Ali menghela nafas perlahan.

Sementara tu bolehlah dia bantu BoBoiBoy ya tak? Lagipun Cyberraya masih perlukan masa untuk dibaik pulih.

Dia ada hubungi ayah dia haritu. Dia kata semua penduduk Cyberraya dekat Planet Rimbara sana masih cuba sesuaikan diri dengan planet tu sementara menunggu Cyberraya dibaiki.

Dan dia pun akhirnya dapat jugak tahu dekat mana Uncle Bakar dia pergi.

Dan tak,dia bukan mangsa bunuh Elemental,okay?

Uncle Bakar berada di Pulau Rintis bersama dengan penduduk Pinggiran.  Kaizo ada berjumpa dengan dia semasa misi di agensi MATA dulu dan suruh Bakar 'ambil cuti' supaya tak jadi sasaran MATA. Bila Kaizo tak ada dialah yang membantu Lahap memindahkan orang² Pinggiran ke Pulau Rintis.

Jangan risau,semuanya selamat.

Sekarang ni,apa yang penting sekarang adalah tolong BoBoiBoy dan bina semula Cyberraya kepada bandar canggih baru tanpa pemimpin yang kejam.

Rasanya dia dah tak perlu risau pasal Othman dan yang lain.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kembali bersama Amato dan BoBoiBoy,lepas menangis hampir setengah jam tadi, akhirnya BoBoiBoy tertidur sebab kepenatan.

Jadi Amato dukung BoBoiBoy sampailah bilik rehat dia.

Amato tersenyum kecil bila tengok muka BoBoiBoy. Perlahan dia mengusap wajah itu.

Amato: Dah besar ek,anak ayah? Dulu nak ambil biskut pun suruh ayah.. Sekarang ni dah jadi superhero terhebat...*soft smile*

Mechabot hanya jadi pemerhati.

Amato: Mechabot,ada apa² maklum balas daripada pasukan khas yang aku hantar untuk jejak Othman?

Mechabot: Tak ada. Tapi kali terakhir report mereka,mereka dah berada di Cyberraya untuk cari si tua tak guna tu.

IRIS (Ejen Ali & BoBoiBoy)Where stories live. Discover now