Dekat sini aku akan terangkan sedikit tentang keluarga iblis iaitu Ryzel, Delina dan Irene.
.
.1. RYZEL (Demon Lord)
Dia adakah raja iblis dan raja segala kegelapan. Ayah kepada Irene dan suami kepada Delina. Jangan sesekali nak claim dia korang punya pula.
Kisah silam
Dulu dia adalah manusia yang bernama Aries dan merupakan penyihir kegelapan terkuat tetapi setelah dia mati, dia dijadikan iblis oleh raja iblis waktu tu. Dia jadi hamba raja itu tetapi walaupun dia hamba, dia adalah iblis yang cukup kuat yang boleh kalahkan 10 iblis tingkat atas dengan mudah. Dan disebabkan itu dia menjadi iblis kesayangan raja iblis waktu tu.
Walaupun raja iblis waktu tu sangat sayangkan Ryzel tetapi Ryzel sanggup khianat raja itu sebab tidak benarkan dia bersama Delina. Dia sanggup bunuh raja itu dan ambil tahkta raja iblis. Jadi itu sejarah bagaimana dia jadi raja iblis.
Untuk sejarah dia bersama Irene pula, dia sebenarnya tahu kehadiran Irene selepas dia menjadi raja iblis ketika Irene 5 tahun. Waktu tu Delina sudah tiada dan dia pula tak dapat jaga Irene sebab Irene tidak sesuai untuk tinggal di dunia kegelapan. Jadi dia arahkan Lexu untuk jaga Irene.
Dalam cite ni dia jumpa Irene ketika Irene 17 tahun tetapi di kehidupan pertama Irene, dia tidak jumpa langsung Irene kerana tiada kejadian malam sihir itu. Jadi kehidupan pertama Irene, Ryzel tidak tahu akan kematian Irene yang tragis dan dia hanya tahu selepas dia mendapat memori Irene.
Kekuatan
Untuk kekuatan Ryzel pula, dia ada kekuatan istimewa iaitu boleh mengambil jiwa yang sudah mati. Kejadian ini ada ditunjukkan di arc naga hitam. Dia ambil nyawa Zaon dan buat Zaon tinggal sama dia.
Kekuatan ini hanya boleh digunakan untuk jiwa yang sudah mati. Bukan jiwa yang hidup seperti manusia. Kalau jiwa yang hidup, itu tugas dewa kematian untuk mematikan jiwa tersebut.
.
2. Delina (Dark spirit Queen)
Delina ialah ibu kepada Irene dan isteri kepada Ryzel. Dia mati ketika Irene 5 tahun tetapi sebenarnya dia hanya menukar jiwa dia menjadi spirit kegelapan. Disebabkan dia kuat, dia menjadi ratu spirit kegelapan.
Kisah silam
Ketika masih hidup, dia merupakan penyihir kegelapan kedua paling kuat selepas Ryzel. Disebabkan dia sangat kuat, dia berjaya menjadi penyihir agung yang diakui oleh kerajaan itu.
Walaupun dia diakui tetapi dia dilayan dengan sungguh teruk kerana pandangan rakyat terhadap sihir kegelapan sangatlah teruk. Dia sampaikan digunakan oleh raja sampah itu dengan sungguh teruk. Hidupnya memang sungguh menyedihkan walaupun sudah banyak berbakti demi negara tersebut.
Untuk perjumpaan dia dan Ryzel pula, korang boleh baca cp 126 untuk lebih detail. Bagi aku mereka berdua adalah pasangan yang sungguh serasi dan romantik. Mereka saling mencintai tetapi takdir tidak mahu mereka bersama.
Dan apabila mereka berpisah, Delina yang masih mengandungkan Irene dipaksa kahwin oleh raja sampah itu dengan Duke Kylo. Delina tidak dapat menolak kerana dia menggunakan rantai sihir oleh raja itu.
Jujur di hati dia, dia tidak mahu kahwin dengan orang selain Ryzel namun dia dipaksa dan tidak boleh melawan. Dia terpaksa kahwin dengan Duke tetapi mereka tidak pernah sekali pun tidur bersama kerana Delina tidak sanggup berbuat begitu di belakang Ryzel.
Sebab kenapa raja sampah itu arahkan Delina kahwin dengan Kylo ialah kerana dia mahu mengawal Delina dengan lebih mudah. Dia berfikir Delina tidak akan lari kalau dia sudah disatukan dengan Kylo.
Lalu setelah beberapa bulan perkahwinan itu, dia melahirkan Irene yang sangat serupa dengan Ryzel. Dia sangat sayangkan sehingga dia sanggup buat apa sahaja demi gadis itu. Tetapi takdir sekali lagi tidak mahu menyatukan dia bersama Irene dalam masa yang lama.
Delina yang tahu itu terus melakukan ritual penukaran jiwa dimana dia mahu menjadi spirit supaya dia boleh sentiasa ada untuk Irene dan ritual itu berjaya. Walaupun Delina tidak kelihatan tetapi dia sentiasa ada untuk Irene.
Kekuatan
Delina ini cukup kuat tetapi tak ada kekuatan istimewa sangat kecuali dia boleh berjaya lakukan sihir penukaran jiwa.
Dia sebenarnya ada dua iblis bawahan iaitu Norn dan Meera. Season 3 Meera akan di mention kan. Selepas Delina mati, Norn diarahkan untuk menjaga Irene.
.
3. Irene (Dark witch)
Dia adalah penyihir agung menara kegelapan, seorang yang psycho, kejam dan bijak. Dia ni sebenarnya copy paste Ryzel tapi versi perempuan.
Kisah silam
Ketika Irene kecil, kehidupan dia sangatlah teruk. Dia banyak kali menjadi sasaran pembunuh upahan yang diupahkan oleh para bangsawan untuk membunuh dia kerana takut akan kekuatan yang dia ada. Dan disebabkan itu Irene menjadi seorang yang kejam dan tidak takut untuk membunuh manusia.
Dia dilahirkan dengan perasaan yang sukakan perhatian orang lain. Kalau dulu dia ada Delina untuk berikan dia perhatian namun apabila Delina mati dia tiada sesiapa lagi. Oleh itu, dia mula cari perhatian Duke Kylo yang dia fikir ayah sebenar dia.
Namun setelah kehidupan ke-2 dia, dia sudah tidak lakukan semua itu lagi. Dia benci sama Duke dan tahu Duke itu bukan ayah sebenar dia melainkan Ryzel adalah ayah sebenar dia.
Irene pernah dipaksa untuk pergi berperang ketika umur dia 15 tahun dan dia memenangkan perang itu dengan mudah kerana kekuatan yang dia ada.
Kekuatan
Dia ni cukup kuat jadi aku malas nak terangkan tetapi sebab utama yang menjadikan dia sungguh kuat ialah kerana dia adalah seorang Derain. Korang tahulah Derain itu apa.
.
.
.(Bonus)
4. Nale
Dia adik angkat kepada Irene dan obses kepada kakak dia tu. Sangat kuat kerana dia adalah Derain. Dia seorang yang psycho, kejam dan kuat cemburu.
Selepas Irene mengambil dia sebagai adik angkat, Irene menjaga dia sehingga kini dan Nale juga menjaga Irene layak sebagai seorang keluarga.
Bagi Nale, Irene adalah segalanya. Dia tidak boleh hidup tanpa kakak dia tu dan dia sanggup buat apa sahaja untuk Irene.
Dia juga sangat cemburu kepada Noir kerana selalu dekat dengan Irene. Jadi sebab itu dia tidak suka Noir ada dekat dengan Irene. Selama Irene tidak berjumpa dengan Noir di beberapa cp tu, dia sangatlah suka kerana akhirnya Irene ada masa untuknya.
Happy New Year!!!🥳🥳
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...