8 × Forever Mine

207 7 2
                                    

Iqbal dan Alif duduk bersandar di kerusi yang terletak di hujung meja besar itu. Sesi pengenalan pengurus kewangan baru sedang berjalan. Pengurus-pengurus yang lain juga melakukan hal yang sama untuk memperkenalkan diri mereka kepada pengurus baharu iaitu, Nadira.

Majoriti pengurusnya adalah lelaki. Ini kerana dia tak mahu membebankan pekerja wanitanya dengan kerja yang bertimbun sebab dia tahu, kebanyakan pekerja wanitanya sudah berkahwin.

Dan kebanyakan pekerja wanita syarikatnya, juga tak kisah akan hal itu kerana gaji yang diberikan sudah memadai malah lebih daripada jangkaan mereka. Iqbal ada mengatakan kenaikan gaji mereka bergantung pada prestasi mereka.

Iqbal tak mahu pekerjanya berpenat-lelah namun gaji mereka tak setanding dengan usaha mereka. Disebabkan itu juga di dalam kontrak bekerja yang disediakan syarikat, amat susah untuk para bekerja meletakkan jawatan sesuka hatk. Syarat yang dikenakan sangat ketat kecuali pekerja itu mendapat pengecualian daripada badan eksekutif syarikat atas sebab tertentu seperti kemalangan yang membuatkan mereka tidak selesa berkerja di sini.

"Macam jarum dalam jerami." Sempat Alif berbisik pada Iqbal. Mana taknya. Hanya Nadira yang berada di situ sebagai wakil tunggal wanita. Malah dia juga pekerja termuda antara semua di sini. Sebaya dengan Iqbal dan Alif sebenarnya.

"Saya harap anda semua dapat memberi tunjuk ajar kepada saya. Terima kasih." Nadira mengakhiri ucapannya lalu menunduk sedikit tanda hormat. Dia kembali mengambil tempat duduknya.

"Selesai sudah perkenalan kita dengan Cik Nadira. Muda lagi nampaknya dan sudah berjaya ke tahap ini. Mari berikan tepukan gemuruh kepadanya." Ucap pengerusi mensyuarat dengan bangga. Nadira hanya tersenyum tanda terima kasih.

"Wah nampaknya makin ramai pimpinan muda naik ni. Adakah ini bermakna kita yang tua-tua ni dah hampir waktu bersara?" Ucap pengerusi tadi disambut tawa para pekerja yang lebih berusia. Mereka tak adalah terlalu tua. Paling-paling tua pun sebaya Encik Aiman dan Encik Usman.

"Encik Iqbal ada nak tambah apa-apa?" Iqbal hanya tersenyum sambil menggeleng. Dia menanti seseorang untuk berucap...

"Saya ada sesuatu untuk diberitahu."

Dan BINGO!

Encik Aiman mula berdiri dan menuju ke tengah bilik mesyuarat.

"Pertama sekali, assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya." Serentak yang mendengar mula menjawab salam.

"Saya nak bercakap sedikit sahaja. Mungkin ada yang dah sedia maklum bahawa pelantikan Nadira telah dicadangkan dan diluluskan oleh saya sendiri." Iqbal mengangguk. Memang ini yang dia mahu tahu.

"Pelantikan Nadira dibuat adalah disebabkan kelayakannya sendiri. Saya dapat lihat keupayaan beliau untuk memegang jawatan ini. Bukan mudah-mudah saya lantik dia tanpa sebab. Saya tak mahu jadikan usia sebagai penghalang beliau untuk menncapai kejayaan ini kerana saya percaya yang anak muda kini berpotensi besar untuk memberikan khidmat yang cemerlang sepertimana yang kalian dapat lihat dilakukan oleh Iqbal. Jadi saya berharap, kalian semua dapat memberikan tunjuk ajar kepada pengurus baharu kita. Untuk Nadira, syabas saya ucapkan." Tepukan gemuruh diberikan.

Di hujung meja, Iqbal juga bertepuk tangan namun fikirannya jauh menerawang. Senyuman Encik Aiman dan Nadira dipandang silih berganti.

Dia lihat sesuatu tapi...

Apa?



"KAU ni Bella... cepat sangat percaya orang. Kalau betul dia curang, macam mana?" Mia menghirup air laicinya. Segar!

"Aku percaya firasat aku. Dia dianayai." Nabila turut mengacau airnya. Twinnie ditinggalkan pada Puan Umaira sekejap. Dengarnya ibu mertuanya mahu bawa si kembar bermain di taman tema ditemani Hazim.

"Jadi lepas kau ajak dia pergi buat laporan tu, apa jadi?" Nabila mengeluh.

"Dia menangis lagi. Dia tolak pertolongan aku sebab katanya kalau Saif pun tak percayakan dia, tak ada guna dia raih kepercayaan orang lain."

"Kesian pula aku dengar. Kau tak ada contact dia?" Nabila menggeleng laju.

"Tak sempat minta. Aku cuba minta dengan Saif tapi dia dah padam semua maklumat pasal Erina." Ujar Nabila sedih.

"Nak buat macam mana? Kau pun dah usaha. Jangan fikir sangat."

"Tak boleh. Aku faham sangat perasaan dia sebab aku... pun pernah ada dalam kasut dia." Nada suara Nabila menjadi semakin perlahan. Lama dia termenung mengenangkan masa silamnya.

"Aku faham perasaan kau. Insyallah ada rezeki, kau dapat bantu dia. Dahlah, makan lemon pie kau. Tadi teringin sangat. Kalah orang mengidam." Nabila tersengih. Pagi hari lagi tekaknya teringinkan lemon pie. Disebabkan Iqbal dan Alif maaing-masing ada mesyuarat hari ini, diculiknya Mia untuk menemani dirinya.

"Hello ladies. May I have the seat?" Tak menunggu jawapan Nabila dan Damia, jejaka itu terus mengambil tempat di sebelah Nabila.

"Eh hello? So rude." Geram Mia melihat jehaka itu terus duduk dengan selamba. Nabila yang tadinya terkejut mula tersenyum.

"Jangan risau Mia. Ni scandal aku."

"Apa?! Kau gila? Iqbal nak campak mana?"

"Dalam sangkar kucing."

"Kau gila kuasa dua! Alif nak campak mana?"

"Laki aku CEO syarikat barangan haiwan kot. Tak akan sangkar ada satu je?"

"Betul juga. Okay deal."

"Deal."

"Jangan drama queen sangat."

"Okay fine." Terkebil-kebil jejaka tadi melihat drama tanpa skrip di hadapannya.

"Jadi siapa scandal kau ni?"

"Ni anak murid akulah. Ai... Ar..."

"I. R.? Irham?"

"Bukanlah!"

"Cikgu tak cam saya kan?" Jejaka tadi tersenyum bangga.

"Sah Aryan." Nabila kembali menghirup airnya.

"Ala kantoi." Aryan mencebik. Nabila makin hebat mengecam mukanya.

"Sorang ke?" Aryan menggeleng.

"Bang! Sini." Aryan memanggil seseorang yang baru memasuki kafe itu.

"Yeah...ini baru Aidan. Shines like a sapphire." Nabila tersenyum. Si kembar itu memang tiada beza pada wajah namun aura mereka memang terasa bezanya.

Aidan kelihatan terkejut melihat insan di hadapannya.

"Cikgu." Laju dia menunduk hormat.

Mia yang memerhati sedari tadi memandang mereka semua hairan.

"Betul ke anak murid kau? Macam scandal je aku tengok. Sebaya nampak." Nabila memutarkan bola matanya.

"Akukan cikgu ganti je. Dah suruh dorang buang panggilan cikgu tapi dorang tak nak." Nabila menjelaskan. Jarak umur mereka tak adalah terlalu jauh jadi memang orang nampak sebaya sahajalah.

"Mana boleh buang, cikgu. You are our teacher forever after ah gituw."

"Ada-ada je kamu. Ha Aidan, makin senyap nampak." Aidan hanya tersengih.

"Tak tau nak cakap apa, cikgu."

"Bukan tak tau. Tak mau. Iman bawak lari mulut dia, cikgu." Aidan menjengilkan matanya mendengar kata-kata Aryan. Nabila tersenyum kelat.

"Tak jumpa Iman lagi?" Kedua kembar itu menggeleng.

"Tak ada jejak langsung, cikgu. Dia hilang macam tak pernah wujud." Aryan menjawab bagi pihak abangnya. Jelas riak sugul terpancar pada wajah Aidan. Serba-salah pula Nabila dibuatnya.

"Tak apa. Doa banyak-banyak. Insyallah jumpa nanti." Dia tak mahu komen banyak. Tahu sangat si kembar masih terasa akan kehilangan sahabat mereka.

Nabila tak dapat bayangkan jika dia kehilangan orang-orang yang dia sayang secara tiba-tiba. Wajah Mia di hadapannya dipandang.

Termasuklah Mia.

"Pergi order. Saya belanja." Dan Aryan laju sahaja bersorak.



Forever MineWhere stories live. Discover now