Bab 43

3K 326 31
                                    

Dengan izin Allah Swt hari persandingan setakat ini berjalan dengan lancar. Walaupun agak kelam kabut kerana ianya berlangsung di Melaka. Banyak barang perlu dipindahkan ke sini. Kuala Lumpur ke Melaka jaraknya sangat jauh. Dia rasa nak pengsan je uruskan semua ini, nasib sahaja ada suami yang pandai uruskan dengan sangat baik. Dia lega. Padahal yang dia uruskan sangat sedikit berbanding apa yang Amsyar sudah aturkan.

Majlis kali ini berlangsung di kawasan outdoor. Di kelilingi pohon-pohon, bunga-bunga. Amsyar tahu Amalia suka melihat pemandangan alam sekitar, sebab itulah mereka mahu lakukan di sini. Nasib sahaja cuaca hari ini nampak indah, tidak terlalu panas dan tidak terlalu berangin. Melihat senyuman pengunjung yang selesa membuat mereka lega. Tidak lupa, mereka juga menjemput para pelajar tahfiz untuk hadir menikmati juadah. Kongsi rezeki bersama.

Amalia melihat mereka yang sudah tersulam kemas. Kemudian naik ke wajah segak Amsyar. Sangat segak. Berpakaian tuxedo hitam, tali leher hitam. Amalia pula pakai baju kurung moden berwarna belacan. Dia bukan jenis yang suka nampak gah sangat. Kalau boleh, dia sarungkan aje hoodie dia dekat rumah itu. Tapi tak eloklah, kang tular satu dunia. Pengantin perempuan pakai hoodie sebab tak minat memakai gaun. Ha, sudah.

"Makin suka ek tenung muka saya. Tahulah saya kacak hari ini." Amalia ketawa kecil. Ya, tahu pun. Amsyar tak pernah tak kacak. Bila akhlak baik, seburuk mana pun rupa, kita tetap nampak berseri. Macam Amsyar. Dengan senyuman tampan dia tu.

"Hello wahai sepasang kekasih!" Ummi dan Uncle Isa mendekati mereka dengan senyuman kegembiraan di wajah. Amalia menekup mulutnya terkejut. Dia bawa tubuh ummi ke dalam dakapan erat.

"Hmm, rindu sangat dekat ummi."

"Ummi pun rindu dekat Mal."

Mereka dua melepaskan pelukan itu. Sepanjang menyiapkan persiapan perkahwinan ini, Amalia langsung tidak berkesempatan untuk bertemu dengan ummi atau Uncle Isa. Sibuk sangat. Lagi-lagi, ummi sudah menjadi isteri.

Amsyar dan Uncle Isa berpelukan juga. Bahu Amsyar ditepuk. "Tahniah ye, Am. Akhirnya dapat juga apa yang Am kejar selama ini."

Amsyar ketawa kecil. Geli hati. Dia masih ingat lagi kali pertama dia berjumpa dengan Uncle Isa. Sporting sangat. Uncle Isa juga banyak bantu dia untuk mendekati Amalia. "Terima kasih, Uncle."

"Hi, pengantin baru!" Lagi, suara menyambuk. Mereka berempat ke arah empat remaja itu. Karla, Farziq, Arif dan Syafiq yang elok berpakaian anggun dan kacak. Membuatkan mereka nampak seperti sudah masuk 20 an.

"Hi, Kak Mal!" Amalia menyambut dengan senyuman riang kemudian memeluk gadis kecil itu.

"Tahniah, Abang Am dan Kak Mal! Semoga kekal berpanjangan. Semoga cepat dapat anak. Mesti diorang hensem kan nanti. Hensem seperti Syafiq." Ucap Syafiq dengan penuh keriakan. Dia mengusap dagu dia seperti bermain dengan janggut. Padahal misai pun belum tumbuh.

Mereka meletuskan tawa mendengar bicara si Syafiq. Muka pun dah macam Syafiq Kyle, ha elok lah tu.

"Tak sangka ek, korang berdua dah kahwin. Nanti mesti bosan dekat kafe. Uncle Isa dan ummi selalu dating je dekat situ. Geli tengok." Mata Uncle Isa membuntang. Terus dia menekup mulut Farziq yang cakap tak ada insurans. Haih, jangan habaq lah!

"Betul-betul."

"Memang lah, diorang dah kahwin. Kau tu je single. Tak ada orang nak." Arif pula menambah. Dalam tiga jejaka remaja ini, Arif adalah yang paling tak banyak cakap. Nampak poyo je. Jenis yang kuat sensitif.

"Heleh kau pun sama je lah. Cakap orang." Farziq dan Syafiq buat muka menyampah. Macam lah Arif tak tahu yang mereka berdua sendiri menggatal pergi usha Uncle Isa dan ummi beromantik. Padan lah muka.

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now