Langkah dibuka memasuki office, sapaan staf di balas dengan anggukan.
Rutin harian Farrel Kairi hanya menghabiskan masa dengan menyelesaikan kerja disyarikatnya. Syarikat yang begitu terkenal di Malaysia dan juga di Asia tenggara. Kalau sudah dikenali oleh khalayak ramai tidak mungkin musuhnya tiada. Ramai sahaja yang bermusuh dengan dirinya dan juga cemburu akan kerjayanya tapi Farrel tetap dengan riak dingin seperti tiada apa-apa. Baginya musuh hanya saingan bila berkerja. Nama juga kerja ia akan ada musuh yang mahu menentangnya. Manusia tidak akan senang duduk apabila melihat seseorang itu berjaya lebih-lebih lagi yang di namakan 'manusia yang berhati busuk' satu nama ini tidak akan pupus dari muka bumi yang fana ini kerana itu lumrah dunia.Farrel berhenti melangkah di hadapan meja PAnya yang bernama Aira.
"Aira ada apoimen hari ini?"Soal Farrel tanpa nada. Aira membuka fail untuk memeriksa.
"Ada tuan meeting pukul 11:00 sebelum lunch dengan HR holdings," Ujar Aira. Farrel hanya mengangguk kemudian langkah dibuka menuju ke bilik pejabatnya. Kot yang dipakai ditanggalkan kemudian di sangkut keatas kepala kerusi. Jam di tangan di pandang sekilas, 9 pagi. Deringan telefon memecahkan kesunyian bilik.
Farrel menekan salah satu butang telefon pejabatnya.
"Yes, "
"Tuan Farhat nak jumpa?" Ujar Aira.
"Bagi dia masuk," Kawannya kalau pagi hari tidak mengganggu memang tidak sah.
"Hey, bro busy ke? "Sapa Farhat riang. Farrel memandangnya dingin.
"Kau kalau tak kacau aku pagi-pagi buta memang tak boleh ke?" Soal Farrel dingin. Farhat hanya tersengih. Inilah tabiat kawannya suka menganggu keamanannya.
"Releks, aku cuma nak ajak kau keluar makan," Ajaknya.
"Makan kepala otak kau. Sekarang pukul berapa? Aku ada meeting, " Balas Farrel tegas.
"Ala temankan aku "
"Kau tak ada kerja ke Hat? Aku banyak kerja kena selesaikan, " Ujar Farrel tegas. Farhat menunduk dengan muka monyok. Ha sudah mula dah.
"Boleh la temankan aku kalau kau tak temankan aku, aku tak nak kawan dengan kau, " Rajuk Farhat sambil menyilang tangan ke dada.
"Suka hati kau, " Balas Farrel dingin. Fail diatas meja yang menggunung di ambil satu untuk disemak.
"Kau kan! Kerja dengan kau memang tidak dapat dipisahkan kau makan sahajalah fail tu,"marah terselit sindir dari Farhat. Farrel masih lagi dengan riak dinginnya. Malas mahu melayan perangai kawannya yang jarang betul. Otak selalu sewel.
"Aku bagi tahu Aisya yang kau curang dengan dia kalau kau tak nak temankan aku, " Ugut Farhat. Ada dia kesah? Tidak kan.
"Pergilah bagi tahu dia,aku dengan dia tiada apa-apa hubungan pun. Kalau kau beranilah, "balas aku tenang. 'Kalau kau beranilah' sengaja di tekan kerana Farhat memang tidak berani untuk memberitahu tidak pasal-pasal mati Farhat dikerjakan Aisya kalau dengan dirinya Aisya kurang berani.
"Fine! " Balas Farhat kesal. Pintu di tutup dengan kuat.
Dush!!
Haiihhh dia ini nak kena kau ingat pintu aku murah. Perangai macam budak kecil. Aku rasa dia tak cukup bermain waktu kecil dulu disebabkan ngian mengada- ngada itu terbawa ke tua. Ops tua bukan tua mana pun.
"Kau kutuk aku eh?"Farrel terdiam. Datang balik mamat ini tadi dah kaluar ke?.
"Ha'ah, "
"Weyy, temankan aku please, " Rayu Farhat. Farrel menjulingkan mata.
YOU ARE READING
MR.BLACK HODDIE (C)
Mystery / ThrillerCover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini 😭 BOOK 1 "My story is not as beautiful as any other human" Nurul Kayyisah Adila. Seorang gadis yang memiliki personalit...