Bab 37

2.3K 312 27
                                    

"I-ini ke rumah kau?" Amalia mengelipkan matanya melihat rumah di hadapannya seakan sebuah villa yang mewah. Dicat coklat gelap berkilat dan putih menyerlah. Tumbuhan hijau, bunga-bungaan di keliling rumah sangat sejuk dipandang. Dia juga nampak rumah ini terletak tidak jauh dari laut biru.

Dia bukan memandang rendah pada Amsyar tetapi dia benar sangkakan rumah Amsyar tidak sebesar, setinggi, selebar, sepanjang, semoden ini. Sangkaannya jauh meleset.

Dan persoalan yang dia selalu menanyakan di fikiran masih belum terjawab. Keluarga Amsyar memang orang kaya raya ke? Walid Amsyar kerja apa?

Amsyar ketawa kecil sebelum menyorong bagasi mereka berdua. Dia berdiri di sebelah Amalia. "Ini bukan rumah saya. Ini rumah keluarga saya. Kenapa awak macam terkejut je?"

Amalia menutup mulutnya yang sedikit ternganga. "Tak-tak ada lah."

"Eh, laju pula budak sekor ni hilang." Matanya mencari adik lelakinya yang entah pergi ke mana. Cepat betul lari masuk ke rumah. Nak membuang agaknya.

"Bonda! Walid! Along dah sampai!" Jeritan lantang seorang anak dara membuat Amsyar dan Amalia mengalihkan mata ke pintu masuk. Serta merta Amalia menelan air liur kesat. Langkah diundur ke belakang. Ha, sudah.

Asyikin mengibarkan tudungnya ke belakang. Tangan memanggil kedua orang tuanya teruja. Dia berlari ke Amsyar dan Amalia.

"Assalamualaikum Along! Kak Mal!" Tangan Amsyar diambil laju dan dikucup pantas. Terus dia beralih ke Amalia, memeluk gadis itu.

Amsyar menggeleng kepalanya seraya tersengih suka. Walid dan bondanya disambut pelukan kemudian dikucup lembut tangan mereka. "Assalamualaikum, bonda, walid. Bonda, walid sihat?"

"Baru semalam Along tanya khabar. Hari ini nak tanya juga ke?" Soal walid bergurau. Amsyar anak sulung mereka, paling banyak tersenyum, bergurau, mengambil berat dengan keluarga.

Setiap hari setiap malam dia tanya, menelefon keluarga di sini. Amsyar anak yang baik. Soleh. Tak pernah mereka terkecil hati dengan perangai si sulung itu. Kata baik sahaja dia selalu ungkapkan.

Amsyar juga sangat rapat dengan bonda. Anak ibu katakan. Bercerita, berborak, berbasa basi, meluah semuanya dekat ibu. Disebabkan itu, Amsyar sangat berasa sedih melihat ketiadaan ibu Amalia di sisi. Setiap insan memerlukan seorang ibu untuk mengasihi dan dikasihi. Amsyar juga ingin Amalia menganggap bonda sebagai ibu kandungnya. Berbual, meluangkan masa sebagaimana ibu dan anak perempuan lakukan. Itulah sebab dia tidak sabar temukan mereka. Dan lansungkan majlis secepat mungkin.

Selepas tangan bonda dikucup perlahan. Walau dalam keadaan gentar, Amalia masih dapat menghadiahkan senyuman lebar pada bonda. Manis. Anggun. Cantik. Jelita. Bonda terpegun. Dia mengukirkan senyuman yang serupa benar dengan senyuman kacak Amsyar. Pipi gebu Amalia dielus lembut. Lengan diusap perlahan.

"Assamualaikum bonda, walid."

"Waalaikummusalam. MaSyaaAllah Cantik betul bakal menantu bonda..." Dalam talian sudah nampak keanggunannya apatah lagi secara berhadapan. Sungguh macam bidadari. Tinggi macam model, perwatakan macam wanita Melayu terakhir.

"Itulah, macam Angelina Jolie."

"Eh, tak. Macam Kylie Jenner."

"Eh, tak tak. Macam-"

"Ish, kak Mal kamu ni seribu juta ganda lagi cantik." Pintas bonda berbaur menyambung pujian si anak. Malas melayan kata karut si angah. Tak habis-habis sibuk dengan dunia sendiri.

"Betul! Sangat betul. Sepadan dengan Along." Asyikin tersenyum bermakna seketika sebelum mendekati Amalia. Lengan kanan dia peluk. Mahu berbisik. Amalia sedikit tersentak dengan tarikan Asyikin tapi masih cuba nampak bersahaja. Mungkin selepas ini dia akan terbiasa.

Light Of My life [C]Where stories live. Discover now