Hari kedua dimulakan dengan menunaikan permintaan Aryan yang hendak pergi ke Pulau Dayang Bunting. Hampir semua pekerja Alpha's Holding termasuk Dhia tergelak apabila Aryan meloncat-loncat kegembiraan kerana tidak sabar hendak pergi mandi-manda.
Lain pula bagi Aidan dia hanya mampu menarik topinya ke bawah apabila melihat perangai adiknya yang tersangat kebudak-budakan.
"Yeay-yeay pergi mandi Pulau. Yeay-yeay lepas ni Aidan dapat jodoh yeay yeay!" Jeritnya berulang kali membuatkan Aidan mula naik menyampah lalu menyiku perut Aryan.
"Elok-elok Aryan sebelum aku bunting kan perut kau" Ujarnya dengan nada tegas. Aryan memutarkan matanya ke atas.
Gurau pun tak oleh!
Perjalan dimulakan dengan menaiki bot dari bandar Kuah. Keadaan bot yang terumbang-ambing membuatkan Aryan melentokkan kepala di bahu Aidan.
"Bang, pening nak muntah" Ujarnya perlahan. Mukanya naik pucat apabila peningnya semakin kuat.
"Bwek!" Aryan terus memuntahkan sarapannya tadi ke luar bot yang sedang bergerak laju itu. Padan muka ikan kena makan muntah dia.
"Itulah aku dah cakap jangan tergedik-gedik sangat kan dah mendapat" Ujar Aidan yang melihat adiknya layu dibahunya. Teruk sangat lah keadaannya. Air mineral disuakan kepada Aryan lalu diteguk Aryan dengan laju. Kepala Aryan diusap perlahan oleh Aidan.
Dhia yang melihat mereka berdua hanya mampu tergeleng kepala. Cakap benci Aryan tapi sayang kemain dengan adik dia. Tengoklah siap sampai mengipas Aryan yang pucat mukanya.
"Sikit lagi Aryan dah nak sampai nanti boleh mandi puas-puas okay?" Ujar Dhia. Mata Dhia memandang sekilas ke arah Aidan yang hanya memandang laut di hadapannya dari tadi.
Teringat pula cerita semalam. Aidan terlalu baik dengannya siap belanjanya makan lagi. Berbagai makanan dibelanja oleh Aidan. Walaupun rupanya yang tetap tidak senyum tapi Dhia seronok keluar dengan Aidan.
Tengok saja cara dia protect Dhia semasa berada di pasar malam semalam. Keadaan yang sesak menyebabkan Dhia dan Aidan terpaksa berhimpit dengan pengunjung lain yang menyebabkan ada kalanya badan Dhia tersentuh dengan pengunjung lain terutama lelaki.
Dan disebabkan itu, Aidan melindunginya dengan sentiasa berada di sisinya dan kadangkala memegang hujung baju Dhia supaya tidak terlepas dari pandangannya.
Terkejut memang terkejut sebab Aidan berperwatakan lain semalam. Sisi protective muncul! Tapi Dhia abaikan sahaja mungkin itu cara dia melayan wanita.
Melihat dia melayan Aryan pun Dhia sudah menganggak yang Aidan seorang yang protective!
"Hm okay Kak Dhia" Gumam Aryan perlahan menyentakkan Dhia yang berangan teringat kisah semalam.
Mata Aidan memandang Dhia yang hanya memandangnya dari tadi lalu memandang semula ke hadapan.
SETELAH 30 minit perjalanan, akhirnya Aryan sudah boleh bersujud syukur kerana telah sampai ke Pulau Dayang Bunting. Kemain gembira Aryan apabila menjejakkan kaki ke tanah.
"Semua yang nak mandi kena pakai jaket keselamatan ye. Sebab Pulau ni dalam dia ibarat 3 buah tingkat sebuah bangunan. Jadi hati-hati ye semua" Ujar seorang pekerja di Pulau Dayang Bunting lalu menyerahkan jaket keselamatan kepada setiap orang.
Dhia menolak untuk memakai jaket keselamatan kerana tidak rasa ingin mandi. Tambahan pula dia tidak membawa baju untuk menukarnya jadi tutup sahaja hajatnya. Sekian.
"Jom Aidan! Mandi!" Aryan yang sudah segar bugar itu terus menolak Aidan untuk pergi turun mandi di Pulau Dayang Bunting tersebut.
"Sabarlah Aryan!" Dhia hanya ketawa melihat teletah dua adik beradik itu. Macam mana lah mak dengan ayah dorang boleh tahan layan perangai Aryan yang sememangnya kebudak-budakan.
Kaki Dhia turut melangkah ke arah tepi titi lalu duduk menghadap Aryan dan Aidan yang sedang seronok mandi-manda. Matanya pula meliar memandang Kak Sarah yang sedang kusyuk mengambil gambar bersama kawan-kawannya.
Takut pula tengok Kak Sarah yang nak mandi walaupun tengah mengandung.
"Kak Dhia tak nak mandi ke? Best!" Matanya yang kusyuk memandang Kak Sarah dan kawannya terus memandang Aryan yang sedang memanggilnya.
Dhia hanya tersenyum lalu mengelengkan kepalanya tanda tidak mahu.
Kaki Dhia dimainkan-mainkan menghasilkan kocakan di kawasan tersebut. Sejuk! Tapi tak bawak baju!
"Dhia, mehlah sini ambik gambar sama-sama!" Jerit Kak Sarah yang masih berada di atas darat bersama rakan-rakannya yang lain.
Dhia hanya mengangguk lalu bangun untuk bergerak ke arah Kak Sarah di sana.
Akibat dia memakai selipar yang tapaknya licin, Dhia tidak dapat mengawal keseimbangan lalu tergelincir dan terjatuh ke dalam tasik tersebut.
"Dhia!" Jerit Kak Sarah lalu semua mata tertumpu pada arah Dhia yang timbul tenggelam kerana badannya kejang dan tidak mampu untuk mengangkat badannya kembali ke atas.
"To-tolong!" Jerit Dhia meminta pertolongan. Tangannya terkapai-kapai meminta pertolongan.
"Argh, tolong!!" Nafasnya kini semakin dihujung apabila pelancong lain hanya memandangnya dari tadi dan tidak membantunya.
"To-tolong!" Jeritnya lagi sebelum badannya terasa ditarik untuk tenggelam ke bawah dasar tasik.
"I got you !" Itulah ayat terakhir yang didengat oleh Dhia sebelum Dhia pengsan dan tidak sedar.
YOU ARE READING
Sunshine
Romance﷽ [ o n g o i n g ] Kisah Cinta Antara Aidan Firash dan Dhia Andara "Sa...saya sayangkan awak. Sumpah! Saya tak buat semua ni, Aidan. Please, jangan buat saya macam ni. Tolong! Saya sakit Aidan. Sa...sakit Aidan! Tolonglah saya Aidan. Ni semua ter...