Apa yang mengejutkan, tingkap kaca kondominium itu langsung tidak pecah. Melalui laptop, mereka hanya dapat mengesan satu lubang kecil sahaja pada kaca itu dek kerana ditembusi oleh peluru rifle. Tembakan Ayden pula tepat mengenai sasaran!

"Mana kau belajar semua ni Ayden?" tanya Mark polos. Terkebil-kebil dia. Matanya terarah pada skrin laptop. Kelihatan mangsa yang ditembak oleh Ayden sudah terbaring kaku di atas lantai tanpa diketahui oleh kawannya yang lain.

"Watson." Ayden menjawab sepatah. Sekali lagi, dia melepaskan tembakan. Dia mengukir senyuman sinis apabila dua daripada empat orang musuh mereka sudah tumbang.

"Bodoh apa belajar dekat Watson." Mark memutarkan bebola matanya ke atas. Sumpah rasa nak hempuk je si Ayden ni!

"Bangang jugak Ayden ni kadang-kadang." Sempat Haydar mengata Ayden. Gila ke apa nak belajar menembak dekat Watson? Beli rifle dekat 7Eleven pula tu!

Ivan menggelengkan kepalanya beberapa kali. Bengap sangat kawan dia ni sampai Watson pun tak tahu! Boleh pulak cakap Watson ni tempat belajar menembak.

"Watson ni kedai yang ada jual patung la bengap!" bidas Ivan dengan penuh keyakinan. Bongok betul Ayden ni!

Mark dan Haydar lantas mengemam bibir mereka. Rasa nak bergolek berguling je sekarang ni! Punya la confident si Ivan ni jawab!

"Kau... beli dekat shopee ke confident kau ni?" Haydar bertanya sebelum ketawanya terletus. Berdekah-dekah dia dan Mark ketawa.

"Tu Kaison la gila!" celah Mark dengan tawanya. Boleh pecah perut dia kalau macam ni. Aduhai!

Wajah Ivan terus berubah warna. Macam mana dia boleh terlebih confident ni? Jatuh maruah dia depan dua ekor beruk tu! Masam mencuka wajahnya.

"Dah! Korang gerak sekarang!" arah Ayden kepada Haydar, Mark dan Ivan dengan tegas. Haih! Susah jugak kalau dapat kawan yang semua biul ni.

"Ai ai captain!" jawab Haydar, Mark dan Ivan serentak. Tangan mereka cekap mengambil beberapa pistol yang berada di bawah seat kereta bahagian belakang.

Hanya mengambil masa beberapa minit, mereka sudah berada di hadapan pintu kondo nombor 3 di tingkat 28 di mana tempat umi dan ayah Airish berada.

"Kitorang akan masuk sekarang," beritahu Ivan kepada Ayden setelah menyuruh Haydar dan Mark bersiap sedia.

"Alright. Masuk je. Line clear. Semua aku dah uruskan." Ayden berkata dengan nada mendatar. Akan tetapi hati dia mula rasa tidak kena walaupun kesemua musuh yang mengawal umi dan ayah Airish tadi sudah tumpas.

"Biar aku masuk dulu." Haydar menawarkan dirinya. Perlahan-lahan, tombol pintu dipulas sambil mengacukan pistolnya.

"Masuk la cepat bangang!" desak Mark. Tangannya menolak-nolak belakang badan Haydar. Bukan apa, dia malas nak tunggu lama-lama! Dia bukannya seorang yang penyabar!

"Hah! Masuk la masuk! Masuk sampai mampus!" Haydar memarahi Mark sambil menolak kuat kepala Mark sehingga badan Mark terlanggar dinding. Geram punya pasal! Tak menyabar betul Mark ni.

"Hahahaha Mark kau hijau!" Ivan ketawa terbahak-bahak tatkala terpandang wajah Mark.

Ayden mendengus kasar. Tak boleh ke dorang ni bersikap serius walaupun sedikit? Asyik menyetan je semua!

"Bawak umi dan ayah Airish keluar dari situ sekarang!" Suaranya naik seoktaf. Mendidih darahnya dek kerana karenah mereka bertiga. Haih!

"Sabar la setan!" Mark kembali menengking Ayden. Dahlah dahi dia sakit! Bibir dia pulak tercium dinding. Sia-sia macam tu je first kiss dia!

Mrs. AydenWhere stories live. Discover now