Omo sorry korang sebab lambat update😭 Serius busy sangat-sangat sekarang ni😭 Ini pun nasib baik free sikit hmm
Enjoy your reading okies?💕 Kalau hambar sorrylah huhu 😣
-----------------------------------------------
Pintu bilik nombor 17 yang berada di tingkat 28 itu dipandang oleh Ayden sebelum tangannya naik memulas tombol pintu. Matanya meliar disegenap ruang apabila dia sudah memasuki bilik hotel lima bintang yang agak mewah itu.
Haydar, Mark dan Ivan yang berada di dalam kereta di hadapan sebuah bangunan kondominium yang berkedudukan hanya 500 meter dari hotel yang diduduki oleh Ayden hanya menunggu tindakan seterusnya dari Ayden.
"Woi Ayden! Buat kerja kau hanat! Jangan nak buat room tour pulak!" marah Mark apabila dia langsung tidak nampak kelibat Ayden di balkoni melalui laptop Ivan.
Tak puas hati betul! Sudahlah duit dia yang lesap akibat kena bayar bilik hotel tu! Dah tu Ayden pula yang boleh merasai bilik mewah tu. Dasar Ayden tak guna!
Pap!
"Ambik kau, setan!" kata Ivan setelah menampar mulut Mark menyebabkan Mark mendesis kesakitan. Itulah, melalak tak tentu pasal lagi!
"Sakit bodoh telinga aku dengar kau memekik! Kau cakap slow pun Ayden dengar la bahlol!" bebel Haydar dengan muka tak puas hati. Mana taknya, dorang elok je pakai earbud dekat telinga. Takkan kena menjerit lagi? Rasanya Ayden masih belum pekak lagi.
Ayden mendecit apabila terdengar pergaduhan kecil melalui earbud. Malas mahu mengambil peduli, katil saiz King yang berada di dalam bilik itu di dekati sebelum dia mengambil beg panjang yang berada di bawah katil itu.
Tanpa berlengah, dia menuju ke balkoni. Sliding door dibuka. Beg panjang tadi dibuka sebelum dia mengeluarkan rifle Barret M82 yang berada di dalam beg tersebut.
"Macam mana keadaan dekat sana?" soalnya senada. Sebuah meja yang berada tidak jauh darinya menarik perhatiannya. Meja itu ditarik kemudian didekatkan dengan besi penghadang balkoni. Laju tangannya memasang dan meletakkan riflenya di atas meja itu.
"Ada empat orang yang tengah jaga umi dan ayah Airish. Tapi aku tak pasti siapa yang culik parent Airish sebenarnya." Ivan menjawab pertanyaan Ayden dengan kehairanan.
Macam mana tak pelik kalau penculik ni selamba badak je bawa umi dan ayah Airish ke kondo. Kondo mewah pula tu! Bukan sebarang orang yang boleh sewa kondo dekat situ. Nak-nak pula sekarang umi dan ayah Airish ada di dalam kondo VIP.
"Okey." Ayden membalas ringkas. Bangunan kondominium yang berada tidak jauh darinya dipandang lalu dia membongkokkan badannya sedikit.
Melalui lensa pada riflenya, dia melihat keadaan di dalam bilik yang berada di tingkat 28 yang bertentangan dengannya. Senyuman sinis diukir.
"Woo! Mana kau beli rifle Barret M82 tu tho?" soal Mark teruja. Terlopong mulutnya apabila Ayden menggunakan rifle jenis itu.
"7Eleven," balas Ayden selamba. Fokusnya pada sasaran ditumpukan kembali.
Mark, Haydar dan Ivan berpandangan. Biar betik si Ayden ni? 7Eleven ada jual rifle jugak ke? Bukan ada slurpee je?
Ayden melepaskan tembakan pertamanya tanpa sebarang keraguan setelah memastikan sasarannya.
Buat kali yang kedua, Mark kembali melopong tapi kali ini bukan setakat Mark! Haydar dan Ivan pun sama. Tembakan yang dilepaskan oleh Ayden langsung tidak mengeluarkan bunyi. Namun, itu semua hanyalah perkara biasa sahaja bagi mereka.
YOU ARE READING
Mrs. Ayden
Action[KARYA KEDUA]♡ [ Action Romance Comedy ] Kasih Airish. Nama tidak seindah hidupnya yang sering diuji dengan dugaan. Pelbagai ujian yang perlu dihadapinya. Ditambah pula, dia sudah tidak seperti dulu. Hari-harinya gelap-gelita tanpa warna-warni yan...