Prescription and Preparation

1.7K 193 147
                                    

Ali terjaga dari tidur lena dia apabila terdengar bunyi letupan kuat berlaku diluar bilikya.

Ali:*gosok mata**menguap* Hoam...Apa jadi tu..?

Disebabkan masih sejuk,Ali bangun dan membalut selimut menyelubungi satu badannya dan berjalan perlahan menuju kepintu bilik dia.

Sebuah roket tak terkawal meluncur laju betul-betul dihadapan dia.

Ali:*yawn* Apa tengah jadi ni? Ke aku mimpi lagi?

Ali menjengukkan kepalanya untuk melihat kekecohan yang tengah berlaku. Ada sorang alien MopMop lalu dihadapan dan Ali cepat-cepat tarik tangan alien tu.

Ali:Apa tengah jadi?

Alien itu hanya bercakap dalam bahasa dia.

Yeah,berbulan duduk dekat galaxy jadi dia boleh paham bahasa alien MopMop ni.

Alien:Mop mop mop!*cemas*

Mendengarkan suara cemas MopMop baru buat Ali segar balik.

Ali:PIHAK ATASAN DAH NAK SAMPAI?!

Alien:MopMop!*lari*

Ali masuk semula dalam bilik dia dan tergesa-gesa bersiap.

Ali:Bukan ke lagi dua hari atasan nak datang? Apahal tetiba awal pulak ni? Aduhh....

Selepas bersiap dan menyarung jaket hijau dia Ali terus keluar dari bilik dia untuk pergi ke dek kawalan. Di dalam dek kawalan hanya ada Komander Kokoci sahaja dan dia tengah sibuk beri arahan dan memerhatikan semua petugas membuat kerja mereka.

Ali: Komander!

Komander Kokoci memusingkan kerusinya dan berhadapan dengan Ali.

K.Kokoci:Ah,Ali! Selamat pagi! Macam mana tidur kamu?

Ali:Aha,tidur saya okay je Komander. Tapi sekarang ni...*tunjuk isyarat sekeliling*

On cue,bunyi letupan berlaku dari entah mana-mana kedengaran dan stesen tu bergegar sikit tapi tak merisaukan Ali atau Komander.

Alah,sebab dah biasa.

K.Kokoci:Oh,semua ni?Kita dapat makluman daripada pihak atasan Markas Tempur A yang ahli tertinggi TAPOPS percepatkan lawatan mereka kesini.

Ali:Kenapa tak ada siapa yang kejutkan saya?

K.Kokoci:Oh,kawan-kawan kamu nak kamu berehat secukupnya. Yelah,kita pun baru lepas masalah haritu dan kamu yang paling terkesan dengan..kejadian tu.

Secara tak sedar Ali memegang tangannya yang berbalut tu.

Ali:T-Tapi saya dah okay dah Komander! Saya yakin. Tolong bagi saya tugasan jugak. Tak adil kalau mereka saja yang buat semua.

Komander menaip sesuatu pada panel kawalan.

K.Kokoci:Ha,ni senang. Saya nak kamu kira semua Power Sphera yang kita ada dan rekod semua data yang ada. Kuasa,tenaga,dari mana kita jumpa mereka. Macam biasalah.

Ali:*tabik TAPOPS* Baik Komander!

Ali terus bergerak untuk lakukan tugas dia.

Kerja paling senang untuk BabyAli sebab semua sayang dia lol.

.

.

.

.

.

.

Suasana didalam bilik persidangan sangat dingin datuk bandar yang berkumpul dekat situ rasa yang mereka berada di tundra.

IRIS (Ejen Ali & BoBoiBoy)Where stories live. Discover now