Lidah seakan kelu. Tidak tahu ingin membalas apa. Amalia senyum hambar untuk membalas. Dia mengangguk lagi. "Terima kasih. Mal pergi dulu ya? Nak tengok sekeliling."
Pakcik itu mengangguk. Tangan diangkat lambat untuk melambaikan tangan. Amsyar di belakang Amalia tadi, datang mendekati pakcik Afnan pula. Kaki dilipat melutut sama paras dengan pakcik itu. Amsyar menghulurkan tangan kanannya untuk menyalam. Tangan pakcik Afnan dikucup lembut.
Amalia sibuk menegur sapa dengan warga yang lain. Pelukan, cuitan mereka berikan pada Amalia. Ada yang ingat, ada yang lupa pada Amalia. Dulu, Amalia hanyalah seorang budak kecil yang degil, suka ketawa, ceria selalu bersama ibunya. Kini, wajah Amalia jauh berubah. Lebih matang dan cantik berseri. Persis ibunya, Intan.
Amalia terhenti langkah. Dia mengerutkan dahi seketika. Rasa seperti ada sesuatu yang lain. Eh, Amsyar! Dia memusingkan tubuhnya mencari mana jejaka itu. Lupa pula dia dengan mamat sengal itu. Leka berbual dengan yang lain.
Dia tertancap satu figura. Amsyar yang sibuk bermain 'mini love' dengan pakcik Afnan dan rakannya. Alahai, kau. Amalia memanggil Amsyar berbisik. Amsyar ketawa halus mempamit ke arah warga tua itu sebentar dan berjalan mendekati Amalia.
"Kau ajar diorang bukan-bukan ek?"
Amsyar ketawa lagi. "Mana ada...saja berbual dengan diorang."
"Eh, Amalia. Jap, jap." Gelabah Amsyar menyeluk poket baju dan poket seluar yang ada. Seakan mencari sesuatu. Amalia pun terpinga-pinga melihat Amsyar yang seperti kehilangan sesuatu.
"Kenapa?"
"Nah," Ibu jari dan jari telunjuk disatukan. Membentukkan 'mini love' diberi pada Amalia dengan senyuman lebar. Amsyar ketawa kecil selepas dia mengusik.
Tak semena-mena wajah Amalia naik berona. Dia memalingkan wajah ke tempat lain. Pura-pura tidak nampak. Bibir dirapatkan.
Jejaka itu tersenyum segan. Wajah merah membahang Amalia itu membuatkan hatinya tidak memberi pujian. Comel.
Amalia berdehem kuat. "Arh... aku nak jumpa seseorang sekejap. Dalam bilik sana. Kau boleh tunggu kan?" Soal Amalia. Mengelak wajahnya dari bertemu dengan mata Amsyar. Menukar topik lain. Sebuah bilik yang tertulis nama pemilik bilik itu sendiri ditunjuk.
Amsyar mengangguk dengan senyuman comelnya. Tunggu awak sampai bila-bila pun saya sanggup Amalia. Asalkan menunggu seseorang bernama Amalia Narnia. Hati berbicara yang belum dapat dia ungkapkan.
Kaki mereka melangkah dekat. Pintu bilik itu ditenung. Amalia menelan air liur kesat. Entah kenapa dia rasa takut bertemu dengan wanita itu. Mungkin lama sudah mereka tidak bersua selepas berbelas tahun. Orang yang sangat rapat dengan ibu dan orang yang sangat menjaga Amalia dengan kasih sayang suatu ketika dahulu.
"Awak nak saya bukakan?" Amalia tidak menjawab. Wajah tenang Amsyar hanya dipandang. Empat mata bersabung, Amsyar mengukirkan senyuman manisnya. Tombol pintu digenggam.
Kening Amsyar diangkat. Seolah menanyakan patutkah dia teruskan. Amalia mengangguk, mata menekur lantai. Menerima arahan Amalia, Amsyar mengetuk beberapa kali. Kemudian, menguak perlahan.
Seorang wanita separuh abad yang sedang ralit membaca buku di atas katil melihat mereka. Amalia menyampaikan senyuman lebar, terserlah jua baris giginya yang putih bak mutiara. Wanita yang bernama Zaiton itu tersentak kecil.
Buku diletak ke tepi. Masih tidak tergagah melontarkan kata. Hanya mata bertemu berbicara. Masya Allah...
Langkah demi langkah, Amalia mendekati. Dia duduk di penjuru katil. Satu, dua, tiga. Zaiton menarik pantas Amalia ke pelukan erat. Seolah meluahkan rindu sesama sendiri. Beberapa titik air jernih membasahi pipi tua kerut Zaiton. Allah...syukur Engkau makbulkan doa ku.
YOU ARE READING
Light Of My life [C]
Romance[2021] Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang s...